KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 18 March 2013

Nasi Goreng Tomyam..Dah Lama Tak Tengok Wayang..


Morning semua...dah breakfast ke belum?..
Yang mana keja tu mesti berat hati jer nak g keja kan..
Maklumlah isnin..aku dulu macam tu gk..
Sekarang hari2 cuti...hambikkk ko...


Nak citer pasal sambut anniversary semalam..
Mula2 plan nak g makan..
Sekali En Hubby ajak tengok wayang..
Katanya dah lama tak tengok wayang..
Yer la rasanya last aku tengok wayang masa aku pregnant Rusydi 8 bulan..
Sekarang Rusydi dah 1 tahun 2 bulan..cuba korang bayangkan..
Actually wayang ni memang rutin aku ngn En Hubby masa zaman couple2 dulu..
Sebab dah ada anak terus berhenti..
Ni rasa macam nak sambung balik jer..
ROmantik la plak rasanya jalan dua2 ngn En Hubby..
En Hubby cakap nanti Rusydi dah besar bleh la kuar bertiga lak..
Tapi konpem la citer kartun jer kan..hahahhaa...

Okey la berbalik pada breakfast hari ni plak...
Sebab perut rasa macam lapar sangat aku beratkan breakfast ckit..Hihihihi..
En Hubby siap tambah 2x ni dah bukan macam alas perut dah..
Tu macam nak penuhkan perut jer.
Tapi En Hubby ni best makan la banyak cmner pun badan maintain kurus jer..
Bini dia ni gak makin kembang-mengembang...adoiii...

 Bahan-bahan :
  • 3 mangkuk nasi
  • 2 biji telor
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • lengkuas - ditumbuk
  • 1 1/2 s/b pes tomyam
  • Sedikit kobis 
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 2 helai daun limau purut - hiris halus
  • 1 batang serai-dihiris halus
  • 1 batang karot - dihiris
  • 1 s/b sos ikan
  • 5 ekor sotong
Cara-cara :
  • Panaskan minyak di dalam kuali, pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
  • Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi . Goreng hingga wangi.
  • Masukkan sotong , pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga sotong masak.
  • Masukkan kubis, karot, daun limau purut dan kacau rata.
  • Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
  • Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan.
 
 

8 comments:

  1. seronok dpt gie ber2 ngan en abg tengok wayang yer.. .ala ala romantik gitu... jgn lepaskan peluang selagi anak lom besar.. esok tak merasa lagi..kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sesekali nak jgk rasa mcm bercinta dulu2..rasa mcm muda la plk..hihiihih

      Delete
  2. ooo wayang... lama sungguh tak masuk cinema... dah berpuluh tahun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa K.Amie lagi lama...sesekali kat Amie ni pun sebab sambut anniversary...

      Delete
  3. nak komen ttg pinggan.. hahahah. sama mcm set kat dapur kuuu

    bab wayangkan.. k.Ayu lagi lama.. sejak tunang ngan en zalie. tahun 2002 smpai skrg.. hahaha. 11 tahun xmasuk panggung wayang

    lps tu nk ucap happy aniversarry. moga kebahagian milikmu skluarga..

    (ewah.. ayat daku romantikkan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeker..sama plk kita ek..nk beli set pinggan mahal xmampu la lagi...huuhuhu..fuhhh lama tuh..apa pun terima kasih..moga doa kekawan semua, berkekalan la hubungan kami..
      ***baru adda tau romantik jugk K.Ayu ni yer..kihkih

      Delete
  4. dah lama tak makan nasi goreng sejak nak mengurangkan pengambilan nasi. nasi goreng adalah makanan feveret saya utk breakfast

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda ni nak diet kekonon..tp En Hubby ni dia suka makan berat2..tp badan dia kurus jer..yang tukang masak ni xkan nk tengok jer..terjebak la jugak..huhuuhu

      Delete