KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 19 December 2014

CHICKEN POT PIE...



Dah lama dok dlm list...
Akhirnya baru dpt bikin....
Buat lebih ckit utk Rusydi bwk g umh bbysitter dia...
Bg dia merasa ngn kawan2 dia....
Aku pun bwk jgk utk bdk2 opis...
Sekali budak opis ni ckp sedap...
Suruh buat lgi,,,,
Memang tak rugi mencuba resepi nih...





SUMBER : Dapur KakJee

Bahan2

1 tin creamy mushroom soup 
1 labu bawang besar di dadu kecil
2 ulas bawang putih di ricik halus
1 keping dada ayam (direbus dan disiat2)
10 ekor udang dibersihkan dan cincang  (Kjee suka2 je letak)
1 batang carrot
1 biji kentang
sedikit lada hitam
1 tin air (tin mushroom soup tadi)
2 sudu besar minyak zaiton (boleh guna minyak apa2)
cheese (optional)
3 keping pastri puff 4x4inci (jenama kawan)
3 biji ramekins saiz 4 inci

CARA

Kentang dan carrot didadu dan rebus bersama dada ayam. Bubuh sedikit garam. Setelah masak, keluarkan ayam dan carik2 atau disiat2kan. Tos carrot dan kentang.
Panaskan minyak zaiton dalam periuk. Apabila sudah panas, masukkan bawang besar dan bawang merah. Tumis sampai layu. 
Kemudian masukkan udang yang telah dibuang kulit dan dicincang. Apabila udang sudah berubah warna, masukkan ayam, kentang dan carrot. Boleh bubuh frozen peas dan jugak cendawan hiris kalau suka. 
Kacau seketika dan masukkan satu tin creamy mushroom soup. Isikan air dalam tin kosong itu dan tuangkan sekali sampai kacau rata. Biarkan melegak seketika. Taburkan sedikit lada hitam. Tak perlu bubuh garam sebab kalau sudha cukup rasa. Padam api.
Panaskan oven 180 darjah.
Kaupkan bahan2 yang telah masak tadi ke dalam ramekin. Isi sampai penuh. Kemudian taburkan cheese kalau suka. Kjee bubuh ceddar dan parmesan.
Kemudian tutup dengan sekeping pastry puff yang telah dikeluarkan mengikut suhu bilik. Sapukan telor yang telah dipukul dan dicampur sedikit fresh milk diatas pastri.
Kemudian bakar selama 15 minit atau hingga pastri kekuningan. Guna api atas sahaja.


Thursday, 18 December 2014

Apam Tepung Gandum....


Apam tepung gandum...
Buat separuh adunan jer....
En somi tak suka sgt apam nih....
So aku ngn rusydi je dok makan...hihiih

SUMBER : ezadlieza

BAHAN-BAHANNYA :-) 
500 g tepung gandum  
3/4 cawan gula perang (brown sugar) 
2 cawan air  
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan 
Kelapa parut putih + sedikit garam 

CARA MEMBUATNYA :-) 

Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. 
Tuang bancuhan yis dan kacau rata. 
Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. 
Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi. 
Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. 
Hidangkan bersama kelapa parut tadi....


Wednesday, 17 December 2014

Apam Gula Hangus....


Pagi ni adik aku dok bgtau umh kt kg dah banjir...
Air sungai dah naik atas jalan raya...
Nak g mana2 dh xbleh dh....
Kena naik bot...
Kalau kat kg ujan2 cmni...
Dapat la makan apam ni panas2..
Ramai2 ngn adik2...
Syoknya....

SUMBER : Ibu Haiqal

Bahan-bahan 

 2 biji telur 
 1 cawan gula pasir 
 1 cawan air 
 1/2 cawan minyak masak 
 2 sudu besar marjerin  
 2 sudu besar susu pekat 
 1 sudu teh soda bikarbonat.
 1 1/2 cawan tepung gandum. 


Cara-cara :
1.    Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2.    Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
3.    Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
4.    Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
5.    Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. * ibu haiqal guna acuan muffin kecil - masak selama 15 minit
6.    Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik. 
7.    Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. 


Tuesday, 16 December 2014

Bingka Labu Berjagung....


Ni kejadian ari minggu baru nih...
Kebetulan ada beli labu sebijik buat gulai lemak putih...
So bakinya bikin bingka ni la....
Tak rugi mencuba yer...
Bikin malam...pg esok dh jamu utk bekfes...
Tengahari dh hbis....
Tp anta la kt umh jiran depan ni sepinggan..hihiihih...

SUMBER : Siti Delima 

Bahan-bahan :
380 gram labu manis - kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
500 ml santan
4 biji telur gred B
200 gram tepung gandum
150 gram gula halus
1 camca teh esen vanilla 
1/2 camca teh garam
3 sudu besar jagung cream dalam tin
Bijan secukupnya

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200 C, lenser tin berukuran 8 inci bulat dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapis adunan tadi.
3. Masukkan labu lecek, jagung cream dan esen vanilla, kacau rata.
4. Tuang dalam loyang dan taburkan bijan rata-rata. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak.
5. Bila kuih sudah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar.  Kemudian boleh tarik keluar dari loyang. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.




Thursday, 11 December 2014

SINGGANG IKAN.......


Waaa ni menu yg bikin selera aku...
Singgang ikan...
Lawan plk ngn ulam dan budu....
Picit cili padi letak tempoyak ckit...
Ummppphhhh....
Aku suka letak bendi dlm singgang ni....

Bahan-bahan

ikan 
lengkuas (dihiris)
kunyit hidup(dihiris)
bawang putih(dihiris juga)
bawang merah(dihiris-)
asam keping(taruk 4@5 keping)
1 camb lada hitam(takyah tumbuk)
cili padi (ikut suka la nak taruk byk mana pun)
1 biji tomato 
10 biji bendi
garam
perasa/gula

cara-cara:
masuk semua bahan2 sekaligus dlm periuk, tambah air untuk dijadikan kuah, tunggu menggelegak then baru masuk garam dan serbuk perasa.



Tuesday, 9 December 2014

SAYUR AIR CENDAWAN....


Sayur simple punya....
Sgt senang...
Cendawan cmni aku suka sgt hirup kuah dia...
Sodap wooo.....

Bahannya
1 peket cendawan tiram
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*Sedikit lada hitam
Garam dan serbuk perasa
1 cawan air ( separa dengan cendawan )

Tumbuk bahan2 bertanda * . Satukan kesemua bahan2 kedalam periuk......masak sehingga mendidih, sesuaikan rasa...siap.

Siakap Kukus Sos Tiram...


Lately rajin plk ambk pic nk msuk dlm blog nih...
Tapi masa nak update blog jer non hado...
So kita masuk la en3 satu persatu yer...
Ok siakap kukus ni resepi dr sue-hasue...
Tapi dia bikin dengan ikan terubok...
Aku kt sini mana nak cari terubok nih..
Yang ada pun siakap...
So bikin jer la ngn siakap nih...

SUMBER : HaSue

Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera
1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah*
1inch halia*
2 batang serai* 
3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
Garam dan lada sulah secukup rasa
->Bahan2 bertanda * dihiris halus

Cara2:
Panaskan pengukus
Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!