KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 27 April 2016

Sambal Ayam Udang Kering..



Dok tgk pic kat Dapur CT...
wow kemain mengagumkan.....
Semua makanan aku tgk terliur....
hihiihi...
So hasil godek2 kat situ nak jgk aku cuba resepi ni...
Bangun pagi tadi terus masak...
Nak bawak bekal kan...
Bawak la lebih bagi budak opis ni merasa...
Siyes sedap...
Tak rugi mencuba....


SUMBER : Dapur CT

Bahan-bahan :
900 gm ayam - dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 genggam udang kering - direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris
2 biji cili merah - dihiris menyerong
2 biji cili hijau - dihiris menyerong
3 sudu besar cili kering kisar
1 kiub pati ayam knorr
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Daun sup - dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan Perap :
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil seasoning Maggi
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kari daging dan ayam Baba's
1/2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuatnya :
1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
5. Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
7. Larutkan kiub pati ayam bersama air, kemudian tuang. Tambahkan garam secukup rasa jika perlu.
8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.


Tuesday 26 April 2016

Hari Malas...Bad Mood



Hari yang malas...
Ponteng keja...
Nak masak pun malas...
Ikan keli bakar..
Sambal Belacan..
Ikan Masin..
Telur dadar...
Masak Lemak Petola ngn Suun...
Takde mood nak membebel panjang...
Sakit hati...
Nak g mandi sambil kunyah air batu..
Hilangkan panas dalam hati...



Monday 25 April 2016

Agar-Agar Santan Gula Melaka...



Haaa ni dia dessert hari minggu ritu...
merajinkan diri buat agar2...
Ni la kejadian org yg jenis kurang kesabaran ni....
Entah hape2 lapisan agar2 nih....
Ahhh itu belakang kira...
Janji rasa sodap....
Oklah resepi kat bawah..

SUMBER : kak yatie

Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
1 liter air (4 cawan) 
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
1/4 cwn gula pasir 
250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
Secubit garam  
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:  
Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA NAZ:  
Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Friday 22 April 2016

Bebola Kentang Nestum....



Haaa ni hasil godek2 dapur org semalam...
pagi ni jadi la bekalan rusydi ngan rizqi pagi ni....
suka bebudak 2org tu makan....
Rizqi kemain dok kutip jagung ngn karot tuh....
Suka betul diorg...
Lainx nak cuba guna oat lak...
cam sedap jgk kan...hihihi


Bahan-bahan A
200gm kentang-rebus sehingga empuk
1 ¾ cawan bijiran seisi keluarga NESTUM
200gm daging ayam atau lembu kisar
100gm sayur campuran
3 sudu teh MAGGI cukup rasa

Bahan B
½  cawan bijiran seisi keluarga NESTUM untuk salutan
2 sudu makan minyak untuk menggoreng

Cara membuat

Gorengkan daging dengan minyak sehingga masak.
Lenyekkan kentang sehingga halus dan campurkan semua bahan-bahan A.
Bulatkan seperti bebola dan salutkan dengan bijiran seisi keluarga NESTUM dari bahan B.
Bakar atas dulang pembakar dan bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit atau sehingga keperangan.
Menghasilkan anggaran 14 biji bebola kentang.


Thursday 21 April 2016

Nasi Daging...



Haaa ni la tayangan bila selera makan dah elok...
kemain lagi bernasi daging...
orang lain dh kemain pro...
aku plk masih terhegeh2 belaja masak nasi daging...
Mula2 nak try malas nak guna beras basmathi bagai...
takut xjadi...hhihih...
so bila masak ni menjadi plk...
sedap weii.....
so next time kita guna beras mahal lak eh....
ok resepi kat bawah...

SUMBER : iresepi

Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam

Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih

Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak:
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

Cara untuk air asam:
Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.


Thursday 14 April 2016

Bubur Nasi Cendawan...



Sedih bila ada ulser ni...
Nak makan pun susah....
So menu org sakit ulser....
Bubur nasi cendawan....
Cukup la bgi perut kenyang...

2 pot beras dicuci
2 ulas bawang putih dihiris
5 kuntum cendawan 
1 sudu minyak zaiton
dada ayam
kiub ayam
lada sulah
air
garam


1. Tumis bawang putih dan cendawan hingga naik bau

2. Masukan beras, dikacau mesra

3. Tuangkan air tunggu hingga separuh masak

4. Letakan ayam dan kiub ayam. Tambahkan air hingga masak

5. Taburkan lada sulah dan rasakan dengan garam....

6. Nak lagi sedap tabur ikan bilis goreng, bawang goreng ngn sayur masin.




Wednesday 13 April 2016

Nasi Goreng Cendawan...


Nasi goreng cendwan....
Nyum...nyum....
lapar x bila tengok....
hahahah gelak dgn jahat sekali....
baru masak nasi goreng cendawan dah berlagak kan....
kalau dapat kek yang berlapis2 tu xtau la berpijak di bumi lagi ke x....
hhihiih...
Nasi goreng cendawan ni mmg peberet seisi umah aku....
Bila mood malas masak cenggini pun laki ngn anak2 boleh kasi licin kuali...

SUMBER : nennie

BAHAN-BAHAN: 
4 cawan nasi 
1 biji telur - boleh tambah 
2 sudu besar sos tiram-boleh tambah 
1 sudu besar kicap manis - boleh tambah ikut selera sendiri 
1 sudu kecil minyak bijan 
Cendawan tiram secukupnya 
10 batang hotdog - dipotong kecil ( boleh tambah ) 
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa 

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS : 
2 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 

CARA MEMASAK : 
1) Bersihkan cendawan dan disiat kecil kemudian potong semua jejari ketam ketepikan dulu , lerai-leraikan nasi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum. 
2) Masukkan hotdog serta dikacau sampai masak kemudian masukkan sos tiram , minyak bijan dan masukkan pula telur dan kacau semua bahan menjadi rata. Masukkan cendawan yg sudah dikoyak kecil . Kacau semua bahan sampai cendawan masak . 
3) Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap serta serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur. Jika kurang masin baru ditambah kicap atau garam secukup rasa . 


Friday 8 April 2016

Biskut Chocolate Chips...



nak jgk tayang biskut rini walaupun badan dah seram sejuk...
rasanya diri ku ini dah mula nak demam...
ritu Rusydi yang demam...
Beralih ke Rizqi pulak...
Sekarang mama plk...
Tak sabar nak balik umah nak letak kepala kt bantal...

Semalam ok lagi siap boleh bikin ini biskut lgi...
Alkisah anak bbysitter Rizqqi yang mintk buatkan...
Memang biskut ni seisi rumah aku dan bbysitter yang suka...
Memang sedap tak terkata la jawabnya kan...
Sapa pernah cuba jer tau...
So semalam gigih la buatkan....
Tapi bangun pagi ni satu badan sakit2 huhuh.

Oklah dah xleh nak ngadap laptop lelama...
pening...
resepi kat bawah..


Bahan-Bahan:

1 cawan mentega
1 cawan gula castor
1 cawan brown sugar
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung (plain flour)
1 1/2 sudu teh baking soda
2 sudu serbuk koko
1/2 sudu teh garam (jika guna unsalted butter)
2 cawan semi sweet chocolate chips
1 cawan kekacang- aku suka hati jer letak mcm2 kacang

Cara Penyediaan:

Panaskan oven ke suhu 170C.
Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
Masukkan tepung, serbuk koko, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.


Monday 4 April 2016

Lempeng...



Ni dia di kala petang baru nak tayang lempeng pagi td...
Alaaa bukan basi pun kan....
Nak buat cmne aku ni kat opis...
Nak2 pagi isnin...siyes kelam kabut....
Sekarang masa untuk berjimba ngn blog...
Nasib baik bos aku xde nak baca blog...
Tak memasal kena potong gaji...hahahah
Layankan mata tengok lempeng nih..