KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 28 April 2015

Sambal Sotong...



Pagi td..sebab perut kemain memulas...
Kelam kabut masuk toilet...
Tengok2 jam baru kul4.30....
Mata mmg dh xleh nk lena lgi...
Kita masak la...
Bawak bekal lg...
So menu pg td buat sambal sotong..juz tambah telur dadar jer....
Oklah ni resepi sambal sotong yer...

SUMBER : resepi bonda

Bahan-Bahan:
500 gram sotong
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 senduk minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk cili kisar:
15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris nipis
1 inci halia
1 biji bawang besar
Cara Membuat:
1. Bersihkan sotong dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak.
3. Selalu kacau kuah sambal supaya bahagian bawah tidak berkerak dan hangit.
4. Masukkan sotong, sos tiram, dan air asam jawa. Kacau dan biarkan sehingga sotong masak.
5. Apabila kuah sudah menjadi pekat, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Monday 20 April 2015

Ayam Percik...


Bila hari mggu jer mood rajin tuh ada la ckit....
Asyik dok tgk adik aku kt kg dok tayang percik jer kt fb...
Menggelupur gk aku kt kl nih...
Nak bikin hari biasa x berkesempatan...
So smlm...apa lgi...
Projek la sama2 ngn en somi...
En Somi bakar ayam...
Aku sediakan kuah percik....
Waaa ada yg ku main ratah jer...
Sedapnyer...
Terubat kerinduan kt kg....

Oklah resepi kat bawah yer...

SUMBER : iresepi

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam, dipotong 4
Bahan untuk kisar halus (perapan):
6 ulas bawang merah
1 batang serai
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
2 cm halia

Bahan untuk kuah percik:
3 cawan santan pekat
1 batang serai
2 cm halia
4-5 tangkai cili kering
8-10 ulas bawang merah
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit asam jawa
Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam:
Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.
Cara- cara untuk kuah:
Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Tips:
Kuah lagi sedap jika rasa sedikit manis. Lebihkan gula di dalam kuah percik.


Friday 17 April 2015

Puding Roti...


Wow memuding roti plk kiter....
Buat semalam punyer...
Datang bawak opis...
Tapi sbb bgun lambat xsempat nk buat sos kastard..
Klu ada sos tu lgi nyummy....
Takper la makan jer la roti cmni pun...
Sedap jgk...

Bahan-bahan 
6 keping roti 
2 cawan susu segar 
1/2 cawan gula 
2 biji telur
4 sudu besar mentega 
1 sudu kecil esen vanila 

Cara-cara 
Carik-carikkan 6 keping roti ke dlm bekas cairkan mentega dan tuang mentega itu ke atas roti yang telah dicarikkan 
Pecahkan telur bersama-sama susu dan gula ke dalam bekas yang lain. 
Pukul sehingga gula hancur. 
Boleh masukkan esen vanilla jika ada Tabur kismis jika ada ke dlm loyang dan seterusnya tuang bahan-bahan yang dipukul. 
Bakar pada suhu 175 celsius sehingga emas kekuningan (lebih kurang 35 minit)


Wednesday 15 April 2015

Kek Marmar...


SEMALAm dapat rojak buah 1 tupperware dari member...
So buat la kek ni sebijik utk bg bekas dia balik..
Takkan nk bg tupperware kosong kan...
Walaupun kawan aku tu xkisah...
Tapi segan la plk kan...
Lagi pun bukan susah pun wat kek nih...
Kejap jer...

Oklah jom tgk resepi kat bawah...

SUMBER : Kak Monie


1 mentega
1 1/2 cawan gula
2 2/3 cawan tepung kek
3 telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat
1 cawan air + 2 sudu susu manis
2 sudu makan serbuk koko + air panas
2 sudu makan susu tepung
2 sudu makan esen vanila

Macam buat kek - asingkan 2 senduk bacuhan kek dan campur dengan bancuhan koko.
Letak bancuhan kek asal meliputi tin pembakar, sudukan dalam 9 tompok bancuhan kek koko dan tompokkan juga dengan baki bancuhan kek asal. Guna pisau atau chopstick untuk swirl ..


Tuesday 14 April 2015

Ayam Masak Kukus....


Ayam ni versi org malas....
Dah xtau nak masak apa...
Si Rusydi plk suka hirup kuah....
So pgi ni kita kasi kukus ini isi ayam....
Biar kuah byk2.....
Selalu kita bikin ikan...
Apa salahnya bikin ayam....

So 1 tupperware Rusydi bawak g umh bs...
1 tupperware lgi aku yg bawak bekal...
Tumbuk sambal belacan ngn telur dadar....
Ok la kan/...

Bahan-bahannya:


Beberapa keping ayam bahagian dada
4 ulas bawang merah yang diracik halus
3 ulas bawang putih juga diracik halus
1 ketul halia juga diracik halus
1 batang serai dihiris nipis
4 biji limau kasturi diperah untuk mendapatkan jusnya (guna limau nipis dan lemon juga boleh), jika tiada air asam jawa juga boleh
1/2 kiub pati ayam atau 1/2 sudu  kecil serbuk pati ayam
1 1/2 sudu besar sos tiram atau sos ikan (terpulang pada masing-masing, IEB lebih suka menggunakan sos tiram)
Garam secukup rasa
Daun bawang sebagai hiasan dan untuk bauan

Cara Penyediaan:

Setelah ayam dibersihakan tos kan ayam sehingga kering, gaul garam bersama ayam sehingga rata, kemudian gaul ayam juga bersama sos tiram atau sos ikan dan juga kiub pati ayam atau serbuk pati ayam sehingga sebati. Perap ikan tersebut selama 5 - 10 minit.

Sementara itu taburkan separuh pada bahan-bahan yang telah di hiris juga diracik didalam bekas atau loyang memasak, kemudian masukkan ayam yang sudah diperap tadi didalam bekas untuk memasak ayam tersebut bersama bahan-bahan perapan ayam , kemudian masukkan separuh lagi bahan-bahan hiasan diatas ayam. Kemudian masukkan perahan jus limau tadi ke dalam ikan tersebut. Aku tambahkan lagi air utk kuah yg byk....


Dah Pandai Bergaya.....



Hahhhh ni nak tepek gmbar si abang....
Tgk tuh...dok tayang gigi....
Dah pandai bergaya sekarang....


Ini versi senyum sinis....
Kasi cair anak dara hokey....
Ada saper nak jdikan menantu x????hihihih



Monday 13 April 2015

Sotong Taucu Terung...


Lamanya tak hapdet blog....
Siyes byk sgt keja skrg...
Oklah ni lauk pgi td  masak...
Subuih2 dh bgun sbb rini nak bawak bekal...
Maklumla area opis ni semua kedai cina...
Ada kedai mamak pun mahal giler..
Nak2 zaman gst skrg...
Sedih hokeyyy....
Takper la masak jer kat umh...
Jimat pun jimat...
Kebersihan pun terjamin...

Oklah resepi kat bawah yer...
dari resepi CMG tp kebetulan ada sotong ngn janggut dia tuh..
Aku cmpak jer sekali...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji terung 
4 ekor sotong
1 1/2 camca besar taucho
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 biji cili merah, dihiris
1/2 inci belacan, larut kan dengan sedikit air
1/4 cawan air
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkan belacan, sotong dan taucho, kacau rata dan masak hingga pecah minyak. Tuang air dan masukkan terung tadi (toskan dahulu), kacau dan masak hingga pekat.
Tambah secubit gula dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap hingga terung lembut tapi tidak lembik. Angkat dan isi dalam bekas sesuai. Hidangkan segera bersama nasi atau bubur...


Friday 3 April 2015

Asam Pedas Sardine....Asam Pedas Untuk Dia....


Waa dah hbis citer Asam Pedas Untuk Dia...
So aku lak nk kena godek asam pedas utk en somi...
Yer la dah lama aku xmasak asam pedas kt umh ni..
So en somi dh request...

Sempena jgk ngn GST....mana2 pergi GST...
adoiiii aku ni bukannya berduit sgt...
Amat2 la terasa jgk....
Walaupun 6%...tp bg aku terasa jgk....
Semua benda nk cas 6%...mmg naik giler gk la aku...
So g econsave ritu tgk la harga..
Semua barang aku beli semua kena GSt kecuali barang basah ngn sayur...

Si sardin ni pun gst okeyy...
Oklah ni semalam punya lauk..
Balik keja ker en somi mintk asam pedas...
Katanya dh lapar sgt...
Ikan dlm peti plk keras kejung...
Kalau nk tggu pun mmg lama...
So nasib ada sardin nih...
Cepat gk keja aku...
Sambil godek2 dapur CMG...
terhasil la asam pedas sardin...
Sedap jgk oooo...

Kemain menambah nasi en somi..
Mungkin sbb dh lama aku xmasak asam pedas,,'Mengidam sgt la tuh....
Okey la resepi kat bawah yer...

SUMBER : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine pilihan anda 
1/2 biji kecil nenas madu, dibersihkan dan hiris nipis
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 helai daun limau purut 
1/2 camca besar pes asam jawa
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 kiub pati ikan bilis 
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air scukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
Asingkan ikan sardine dan sosnya. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos ikan sardine, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Tambah pes asam jawa, kacau rata dan masukkan nenas. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan bunga kantan, daun limau purut (atau daun kesom) dan kiub ikan bilis. 
Perlahan2, masuk ikan sardine. Tambah serbuk lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..