KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 28 October 2014

Talam Roti Paun...


Dengan beraninya aku pos talam roti paun rini...
Bukan apa resepi kemain lama simpan...
Nak buat takut tak menjadi..
Semalam kebetulan ada roti dh nk expired..
Nak wat puding roti dh biasa...
Cakap kt laki aku nak wat talam roti ni..
Sekali dia ckp resepi dr mana plk..
Jangan nak mandai2 buat kalau tak jadi nanti cmner..
Bukan apa..kadang2 apa2 kalau tak menjadi aku suh dia makan smpai hbis..
Sebab taknak membazir punya pasal...
Hahahah kesian laki aku kena buli...
So ni la hasilnya..
Nasib baik menjadi tp xla secantik akak2 aku yg pro semua..
Adik ni baru belajar...
Laki aku pgi2 dh tnya mana kuih tu..
Meh sini nak tgk...
Aku potong2 bagi dia rasa...
Dia cakap wahh sedap rupanya..
Macam puding pun ada rasa...
Pastu siap suh bawak ckit ke rumah bs Rusydi suh rasa...
Kembang montot hakak okeyy,...

SUMBER: Kak Azlita @ Masam Manis / Chef Asmah

Lapisan Bawah

4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah

Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau 
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api 

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu 
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.

Lapisan atas

1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe


Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api 



Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu 
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik




Thursday 23 October 2014

Ikan Masak Asam....


Dah lama tak masak resepi dr Chef Hanieliza nih...
MaKAN ngn nasi panas sedap nih..
Tapi ni versi simple sngat..
Guna jer apa je bahan dlm umh...
Kalau ikut resepi kt bawah ni konpem lagi sodappp...

SUMBER : Ezadlieza / Chef Hanieliza

IKAN MASAK ASAM 

Bahan

2 keping ikan tenggiri
[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Bahan Hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Bahan Sos
1 cawan air asam jawa
[boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.


Tuesday 21 October 2014

Masak Lemak Cili Api Kacang panjang Dan Daging...


Masak lemak cili api plk yer..
Sebab daging dah tinggal sikit..
Ku campurkan dengan kacang panjang..
Baru nampak byk ckit...
Dah lama tak makan masak lemak cili api daging...
Sedap wooo makan panas2...
Makan plk ngn ulam-ulam...
Memang mabeles...


Bahan bahan:
Daging
Kacang panjang
5 cili padi
Kunyit hidup
Garam
Santan

Blend cili padi dan kunyit hidup dengan santan. Masak dengan api perlahan sambil terus dikacau. 

Masukkan daging dan biarkan dia agak lembut baru  diikuti dengan kacang panjang. Akhir sekali masukkan sedikit garam. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 




Friday 17 October 2014

Udang Masak Lemak Kuning...


Hari ni kita kasi gulai lemak kuning udang plk yer...
Lwan plk ngn budu dan petai dari kampung..
Fuhhh sedap ooo...

BAHAN-BAHAN :

500 grm udang kertas sederhana besar
3 biji ubi kentang
1 batang karot
3 cawan santan pekat
1 keping asam keping

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
1 batang serai-dititik


CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua udang dan potong karot dan kentang . Masukkan santan pekat dan bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk . Hidupkan api dan masukkan kentang dan karot. Biarkan sampai kuah mendidih dan kacau kuah . Masukkan udang dan asam keping bersama garam secukup rasa , 

-Kacau kuah supaya kuah tidak pecah minyak . Bila dah masak boleh la di tutup api dapur.


Thursday 16 October 2014

DAGING MASAK MERAH ALA THAI...


Disebabkan raya ritu xbalik kg..
So semalam adik aku dtg..bapak aku kirimkan daging ni hah..
Merasa la jgk daging korban ni..
So jadikan menu semalam...
Daging masak merah ala thai gitu...


Bahan-bahan:
1/2 kilo Daging  - dipotong nipis dan di rebus 
2 sudu besar lada kering - yang diblend
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang ler pada masing2, nak pedas tambah lagi, tak nak buleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram


Cara membuatnya:
Memula, goreng ler daging tu sebentar, ketepikan
Tumiskan bawang putih hingga naik bau
Masukkan lada kering yang diblend tadi
Kacau hingga lada nampak sedikit garing
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Kacau seketika
Masukkan bawang besar
Masukkan garam dan perasa
Kacau sebentar dan angkat.


Tuesday 14 October 2014

KEK BATIK MARIE BERBIJAN...


Dah lama tak bikin ini kek..
Kek yang paling senang..
Tak payah nak bakar...
Nak kukus bagai...
Tapi kali ni kita kasi lain ckit..
Kita taruk bijan...haaaa...
Ni dapat idea kt umh Kak Zanie...
Oklah resepi kat bawah yer...

SUMBER : Kak Zanie

Bahannya :
50 keping biskut marie jenama 
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil vico
1/2 cawan mentega
4 SB serbuk koko
50 grm biji bijan

Caranya :
Satukan mentega , susu, vico, serbok koko, bijan. Masak guna api kecil hingga bahan2 tadi mencair kacau selalu agar tidak berkerak, bila sudah nampak agak pekat matikan api dan masukkan biskut marie tadi kacau rata2.
Sediakan acuan yg telah di alas dengan aluminium foil. Masukkan campuran tadi rata dan tekan2 supaya padat.
Biar sejuk baru dipotong2 sedia untuk dihidang




Tuesday 7 October 2014

3 Months Ago...





Begedil Vege...


Ni bekalan untuk si abang ke umh bs...
Rusydi sangat la suka..
Kena plk berunsurkan karot..
Memang peberet dia la...
Boleh cuba yer ibu2 sekalian..
Sangat menyihatkan..
Senang pun senang...

Bahan-bahan :

2biji kentang - rebus dan lenyek
1btg karot - rebus dan lenyek
Serbuk lada hitam
1bj bwg merah - potong dadu
1bj bwg putih - potong dadu
1b telur

Cara-cara : 

1. Campurkan semua bahan kecuali telur dan bentukkan.
2.Panaskan minyak dan celupkan begedil tdi kedalam telur dan goreng.
3. Toskan minyak dan boleh dimakan.