KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday, 16 October 2014

DAGING MASAK MERAH ALA THAI...


Disebabkan raya ritu xbalik kg..
So semalam adik aku dtg..bapak aku kirimkan daging ni hah..
Merasa la jgk daging korban ni..
So jadikan menu semalam...
Daging masak merah ala thai gitu...


Bahan-bahan:
1/2 kilo Daging  - dipotong nipis dan di rebus 
2 sudu besar lada kering - yang diblend
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang ler pada masing2, nak pedas tambah lagi, tak nak buleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram


Cara membuatnya:
Memula, goreng ler daging tu sebentar, ketepikan
Tumiskan bawang putih hingga naik bau
Masukkan lada kering yang diblend tadi
Kacau hingga lada nampak sedikit garing
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Kacau seketika
Masukkan bawang besar
Masukkan garam dan perasa
Kacau sebentar dan angkat.


2 comments:

  1. Alhamdulillah... di mana pun anak berada, orang tua tetap ingat, kalau boleh setiap makanan nak dikongsi bersama. Saya belum pernah masak merah ala thai... nampak gabar tu memang menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu k.amie...cubalah..sedap sgt...

      Delete