KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 28 October 2014

Talam Roti Paun...


Dengan beraninya aku pos talam roti paun rini...
Bukan apa resepi kemain lama simpan...
Nak buat takut tak menjadi..
Semalam kebetulan ada roti dh nk expired..
Nak wat puding roti dh biasa...
Cakap kt laki aku nak wat talam roti ni..
Sekali dia ckp resepi dr mana plk..
Jangan nak mandai2 buat kalau tak jadi nanti cmner..
Bukan apa..kadang2 apa2 kalau tak menjadi aku suh dia makan smpai hbis..
Sebab taknak membazir punya pasal...
Hahahah kesian laki aku kena buli...
So ni la hasilnya..
Nasib baik menjadi tp xla secantik akak2 aku yg pro semua..
Adik ni baru belajar...
Laki aku pgi2 dh tnya mana kuih tu..
Meh sini nak tgk...
Aku potong2 bagi dia rasa...
Dia cakap wahh sedap rupanya..
Macam puding pun ada rasa...
Pastu siap suh bawak ckit ke rumah bs Rusydi suh rasa...
Kembang montot hakak okeyy,...

SUMBER: Kak Azlita @ Masam Manis / Chef Asmah

Lapisan Bawah

4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah

Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau 
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api 

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu 
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.

Lapisan atas

1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe


Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api 



Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu 
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik




4 comments:

  1. sy kalo kuih2 gini tak laku kat rumah. nk buat kena tggu family dtg...

    ReplyDelete
  2. TAK PENAH LAGI MAKAN TALAM NI NAMPAK CAM BYK KEJE GAK EKK

    ReplyDelete
  3. kmaz xpernah buat lgi talam roti ni...cantikk warnanya..

    ReplyDelete