KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday 28 October 2012

Kek Gula Hangus


Ni kek aku wat masa raya 2-3ari lepas...
Sajer nk cuba wat kek nih..
Ni kira pestime wat kek gula hangus nih...
Yes yes yes akhirnya jadi gk..
Aku ni kalau dh masuk dlm oven jer mula la gelabah..
Dok fikir2 jadi x kek aku nih..
Risau cm nk bersalin okey...
Ni aku cuba guna resepi Mak Lang..
Manis pun kurang..okey2 jer la...
Laki aku klu kek manis2 nih mula la berbunyi mulut dia..
Yang ni berketul2 la gk dia makan...

Sumber : Dapur Mak Lang  & Pn Halimah

Bhn :

1 cwn gula

1 cwn air panas

2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar.
Bila gula dah agak cair masukkan air panas
(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor

1 cwn susu pekat

1 cwn tepung gandum

2 sd kecil soda bikarbonat

1 sd kecil esen vanila

Cara2:-

Pukul telor sampai kembang & pekat.

Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata

Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.

Tuangkan esen vanila last sekali masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup - untuk dapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja.

Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
 

Ikan Masak Benggali



Waaa sakan yer beraya..
Aku gk sedih xdapat balik kampung..
Takde la nak makan daging banyak2...
So dok umah jer la aku terkulat2 laki bini...
Hari ni lauk ngahari aku..
Semua orang tayang daging..Aku jer dok tayang ikan bawal nih..
Huuhuuhuu..
Saya mintk copy kt sini yer Kak Noreen..

Sumber : Kak Noreen & Bro Rozzan

Bahan-bahan:1 ekor ikan kerisi/tenggiri
2 labu bawang besar - dihiris
air asam jawa secukupnya
3-4 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa - optional jika suka
1 ikat daun ketumbar - dihiris
2 biji buah tomato - dibelah 2 atau 4
sayur bendi/terung secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh serbuk kunyit

cara:

  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang besar hiris sehingga separuh layu
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi sehingga garing dan naik bau
  • bubuh sedikit air jika perlu lalu masukkan daun ketumbar
  • kacau dan biarkan sebentar lebih kurang 1-2 min
  • selepas itu masukkan air, ikan dan sayur bendi/terung
  • biarkan sebentar
  • kemudian barulah dimasukkan air asam jawa, serbuk perasa dan garam secukup rasa
  • akhir sekali masukkan buah tomato
  • kacau sebentar sebelum dipadamkan api
  • hidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

Monday 22 October 2012

Asam Tumis Ikan


Malam nih tayang menu sihat ckit...
Alahai sedapnya dapat hirup kuah masam manis ni..
Masam asam keping cmpur ngan manis nenas...
Fuyooo nikmat wehhh hirup masa panas2...


Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kerisi (atau apa2 ikan kegemaran)
1/2 biji nenas madu, dihiris sederhana tebal
2 helai daun kunyit, disiat
3 keping asam gelugor
800 ml air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
2 biji buah keras (optional)
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, cuci dan toskan
1/4 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga wangi, gunakan api sederhana. Masukkan nenas dan asam gelugor, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukan ikan, daun kunyit, garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau perlahan dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

Sunday 21 October 2012

Daging Kunyit Berkentang


Hari ni menu daging la plak...
Goreng daging kt umah sendiri jer la..
Raya korban xbalik kampung..huhuhu
Dah la kalau umah aku kt kampung tu..raya haji mmg la meriah..
Maklumlah kat kelantan kn...
Waaa rindu nk balik kampung...
Daging ni tinggal ckit jer tp sbb nk bg nmpk byk aku tambah kentang...
Aci x? Sebabnya aku pernah tgk K.Nor Secubit Garam tu wat cmni gk..
haahahah...So sy mintk copy kt sini yer K.Nor

Sumber : K.Nor Secubit Garam & CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
1 biji kentang, kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 biji lada merah, hiris
1 biji lada hijau, hiris
1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
* k.nor tambah cili api sket :) 

CARA MEMBUATNYA :-)
Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam (seeloknya siapkan sebelum anda masuk tidur). Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Panaskan kuali, masukkan daging tadi, kacau dan tuang air. Bila mendidih, kecilkan api dan masak hingga daging lembut. Masukkan minyak masak, gaul rata dan biar daging sedikit garing.
Tambah kentang, hirisan bawang, hirisan cili hijau/merah dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat



Saturday 20 October 2012

Rich Cocoa Pudding


Tadaaaaa ni la dessert aku yang terlebih rajin ari nih..
Orang lain dh berkurun dah membuatnya..
Aku baru nk cuba...
Mabeles betull..sedap...
Tapi gmbar tu biasa la guna camera biasa jer...huhuuh..
Janji ada camera kan..syukur la..
Ni ambk dari umh CMG...
CikMat sy mintk copy kat sini plk yer..
Halal yer..


BAHAN-BAHAN PUDDING :-)
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (mat tak letak)
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (mat guna konnyaku jelly)
3 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 tin buah2 cocktail, asingkan jus dan isinya
1 tin sus sejat "IDEAL"
Sedikit ceri merah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti. Bila bancuhan menjadi pekat, matikan api dan masukkan mentega, kacau rata dan tuang dalam acuan pilihan. Biar beku.
  2. Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah2an cocktail tadi, susu sejat dan sedikit jus dari buah2 tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti sejuk atau letak air batu.
  3. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut...

Sotong Goreng Belacan


Adoiii sakit betul urat betis aku nih..
Hari ni mood rajin datang...So pagi2 kejut En Hubby g jogging..
Lama betul dh xjogging..Lepas bersalin smpai anak nk masuk 10bln baru nk g jogging..
Maklumlah badan dh chuby sesangat dh nih...Asyk mengah jer kalau wat keja byk ckit..
Xbleh jdi nih...dh la orgnya xbrapa nk slim sgt...
Balik jer jogging lapar plak..Masak ringkas2 jer..
Sotong ni salah satu menu..Siap ada desert lagi okey....
Teka2 desert apa la aku dok rajin sgt nk buat...hahahah
Bukan main lgi melantak nasi td..turun 1kg naik plk 2kg..hahahha

BAHAN-BAHANNYA :
5 ekor sotong saiz besar
5 biji cili hijau, tumbuk
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang merah, tumbuk
2 ulas bawang putih, tumbuk
1 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan 
Sedikit air, untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  2. Masukkan sotong dan perasakan dengan secukupnya. Angkat dan hidangkan..


Thursday 18 October 2012

Sambal Udang Bostadar


Sedap betul weiiii menu malam nih...
En Hubby biasa la bertambah2 la kalau ada lauk udang nih..
Orang lain dh brapa kali cuba dh resepi nih..
Aku plk baru terkial2 nak membuat..
Tu la dulu org suh blaja masak xnak...
Huhuhuhuhu....Rupanya mmg sedap kan udang masak cmnih..
K.Ayu sy mintk copy resepi kt sini yer...

Sumber : K.Ayu Singapore & Majalah SAJI 

Ingredients:-
300g udang dibuang kulit
3 sudu besar minyak
*7 ulas bawang merah
*5 biji buah keras
*10g belacan
1 sudu kecil serbuk kunyit
7 tangkai lada hijau -dibuang biji dan hiris kasar
1/4 cawan santan
gula & garam secukupnya
6 ulas bawang putih dihiris dan goreng- untuk hiasan
(*bahan2 kisar/atau tumbuk lumat)

Method:-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 kisar/tumbuk dan kunyit serbuk hingga naik bau.
Masukkan udang dan lada hijau. Goreng seketika selama 2 minit. Kemudian masukkan santan secukup rasa. Kacau rata. Taburkan bawang putih yang telah digoreng. Hidangkan.



Mee Goreng Basah -2


Lambat betul tayang menu breakfasi nih yer...
Pagi tadi busy sgt kt opis smpai xsempat nk belek apa pun...
Sampai umh baru la bleh bersenang lenang main tenet...kihkih
Mee ni aku goreng bodo2 jer...
Memang xde pape dlm icebox...
Sayur xde,nasib baik la taugeh jdi penyelamat....
lauk pauk lgi la...nasib baik ada telur bleh gk masuk dlm mee nih..
Nasib baik laki aku xcerewet...dia telan jer tanpa byk soal..
Cuba la klu banyak cekadak..memang aku gantung periuk belanga la seminggu..
Majuk tau..hahahhaha


Bahan-bahan 

  • 1 paket  mee kuning
  • 2 sb pes lada kering
  • 1/2 sb sos tiram
  • 4 sb sos tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • 2 ketul fishcake
  • taugeh

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada kering tumis sekejap. 
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,gula dan garam. Kacau biar sekata. Masuk telur dan kacau seketika.
  3. Kemudian masukkan sedikit jer air diikuti mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula fishcake dan taugeh. Angkat dan hidang.

Tuesday 16 October 2012

Sambal Udang



Malam nih makan berlauk udang lagi la aku...
Ikan ngn udang jer ada dlm icebox..
Malas tul nk turun kedai td..
Hujan kn lebat td kt cheras nih...
Hari2 cuaca kt sini mmg hujan jer...
Tapi aku mmg suker cuaca sejuk2 nih..
Kurang ckit rasa penat..
Aku ni mmg xtahan panas..nk kta orgnya putih mmg idop la..
Kulit hitam manis aku nih mmg xtahan panas..
Kena plk kt mata...panas sgt bleh senak mata aku..pastu mula la pening kepala...
Ok la setakat ni jer la....ntah mana2 dh aku ni pergi..lari topik dh nih..


Bahan-bahannya
1. 8 ekor udang hidup - bersihkan
2. 2 sudu cili kering kisar
3. 1 biji bawang besar dikisar
4. 2 ulas bawang putih dikisar
5. sedikit kunyit hidup dikisar
6. 1 biji bawang besar - dihiris bulat
7. air asam jawa
8. 1 sudu besar kicap
9. 1 biji tomata dikisar

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga kering air,kemudian baru masukkan lada kisar, kacau hingga garing dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam, kicap, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan udang dan  kacau hingga sebati.
4. Angkat dan hidangkan.

Sunday 14 October 2012

Rendang Ayam Pedas


Hari ni datang mood rajin...
Actually aku ambk resepi ni kat tv..
Kalau umah ada unifi kt chanel resepi tu la aku kutip resepi nih..
So merendang la aku kat dapur...
Aku wat pedas2 okey..Dah namanya rendang pedas kan..
En Hubby aku ni suker betul makan pedas...
Kadang2 cili tu dia wat ulam je..
Seriau aku nengoknya..
Nasib baik xde buasir kalau x naya jer..
K lah smbil tggu En Hubby siap mandi nk lunch ni aku nk g ronda umah kekawan jap..

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam - dipotong 
2 cawan santan 
1 helai daun kunyit - dihiris halus
garam dan gula secukup rasa
kerisik 

Bahan2 kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
1/2 cm kunyit hidup
15 biji cili padi - kalau nak pedas boleh tambah lagi
2 biji buah keras
2 sudu cili kisar

cara:

  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar di dalam periuk
  • kemudian masukkan ayam dan tuangkan santan dan kacau sehingga sebati
  • biarkan sehingga kuah hampir2 kering
  • masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa
  • akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacaukan sebati
  • kepekatan atau kekeringan kuah bergantung pada selera masing2
  • angkat dan hidang.

Saturday 13 October 2012

Nasi Goreng Ikan Masin la plak....


Hari ni tgahari aku xmasak...
Nak g berday party anak jiran depan umah nih..
Jadi pagi kena la isi perut dulu..
So buat la nasi goreng ni ckit...
Aku kalau masak mmg simple..
Biasa la org xreti masak cm aku nih ikut apa yg ada kt umah jer la..
ok resepi kat bawah..

Bahan-bahan :

  • 2 cawan nasi
  • 2 biji bawang putih, ditumbuk
  • 1 biji bawang besar, ditumbuk
  • isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
  • 2 sudu sos tiram
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • Cili merah, dihiris
  • Sayur kailan
  • Lobak merah
  • 1 biji telur
Cara-cara :

1. Panaskan minyak kemudian goreng ikan masin hingga kering sambil dihancur2kan.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar goreng hingga wangi dan layu.
3. Masukkan telur dan pati ikan bilis biar hingga masak.
4. Kemudian masukkan nasi, kailan, lobak merah, cili merah, sos tiram dan garam. Gaul hingga sebati.
5. Apabila telah sebati dan masak boleh la diangkat .




Friday 12 October 2012

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin


Semalam dok godek2 umh kawan2 berhenti umh kt umah K.Ummi Kuantan...
Tengok kt ummi wat nasi goreng kailan ikan masin...
Nak la cuba sebab kailan ada la ckit lgi tuh...
So jadi la utk breakfast pgi tdi..
Gambar biasa la xcntik kan...
Aku ni mana pandai nak deko2 bagai...
K.Ummi sy mintk copy resepi kt sini yer...



Bahan:-
  • 2 mangkuk nasi putih
  • 1 keping ikan tenggir masin (digoreng) - 
  • 300 gm sayur kailan (dipotong)
  • 1 sudu besar sos nampla (sos ikan)
  • 1 pokok daun bawang (diracik)
  • 2 sudu besar minyak masak
Bahan Tumis:-
  • 2 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 5 biji cili padi - tumbuk
  • sedikit belacan
  • sedikit ikan bilis
  • garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan nasi, kailan dan sos nampla. Kemudian gaul rata.
  3. Taburkan ikan masin dan gaul rata.
  4. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
  5. Taburkan daun bawang dan hidangkan bersama keropok keping 



Thursday 11 October 2012

Kailan Ikan Masin


Alhamdulillah kenyang nya malam nih...
Perut kenyang kt luar plk ujan...
Makin berat lak bijik mata nk angkat...
Si Rusydi plk mmg kul8 mmg dh tidow la..
Kul12 baru dia bgun menyusu pastu smbung tidow balik..
Dia memang cmtu..malam mmg xbyk karenah..
Kalau berjaga malam pun mmg papa dia la yg menjaga...mama dia mmg xlarat..
Papa dia xper..kul3 @ 4 pgi baru tidow..xsunggup la aku nk meneman nya...
So berjaga la ank ngn bapaknya...Mama dia terbongkang tidow...hahahhaha
Baru adil kan..susah senang jaga anak sama2...anak baru sorg ok la lagi..berderet nanti xtau la...
Hehehehe...ada hati tu nak anak berderet2...yg sorg ni pun semput semacam dh nak menjaganya..
Tapi apa pun bila tgk muka comel sikecik tuh..Sayangggg sgt...Bapak dia pun sayanggg gk...
Melalut dah aku nih....Ok la nk melayan 999 ni plak...


Bahan2:
  • 1 ikat kailan-di potong dan dibersihkan
  • 3 ulas bawang putih-ketuk
  • 3 biji cili padi-di ketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit Minyak
Cara2:
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi. Masukkan sos tiram dan kailan.Kacau sebentar dan boleh diangkat dan hidang segera...

Tuesday 9 October 2012

Kailan Goreng Belacan


HAHAHAHAHA...gelak jahat ni okey...
Malam nih sayur kailan goreng belacan lak...
Lawan ngn ikan goreng ngn sambal belacan jer..
Tak sempat nk masak td balik keja dh lambat..
Hujan punyer pasal, lambat la En Hubby ambk bini kesayangan dia nih..
Aku pun jadi la mak pacak kt bawah opis nih...
Takper la demi laki ku yang tersayang dgn senyuman la ku tunggu dia kat bawah tu..hahaha...

Bahan-bahan:

Kailan
3 ulas bawang putih 
2cm belacan
2 sudu sos tiram 


Cara-cara:

Tumiskan bahan tumbuk seperti bawang putih dan belacan. Goreng hingga naik bau
Masukan batang kailan, kacau sebenar dan masukkan daun pula.
Kacau seketika dan tambah sedikit air. masukkan sos tiram.
Kacau-kacau, angkat. Hidang.





Monday 8 October 2012

Kailan Goreng


Lama betul xkemas umh aku nih...
Berhabuk bersarang semua ada..
Aku nih dh la malas..lauk pauk plk xspecial sgt...
So drpd xde langsung tayang jer la kailan goreng nih..
Actually kailan ni byk betul kt umh aku nih..
Ntah mana adik ipar aku ni ambk xtau..
Memang umh aku pasni dok tayang kailan la..
Umah jiran pun dh byk aku sedekahkan..
Dia nak suh aku bertukar ijau agknya borong kailan byk2..
Lama-lama kalah Hulk nanti..

Bahan2:
  • kailan
  • 2 ulas bawang putih-ketuk 
  • 1/2 bawang besar - hiris
  • segengam ikan bilis
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • belacan

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan bawang besar, gula, ikan bilis, belacan dan lada sulah.Kacau seketika.
  3. Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
  4. Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.


Wednesday 3 October 2012

Udang Masak Lemak



Sapa yg alergik tu telan air liur jer la yer tgk udang tuh..kihkihkih..
Puas ati aku ngn En Hubby meratah udang malam nih...
Sedap weii....
Udang ni mmg peberet En Hubby la..
Kalau setakat 4-5 ekor tu dia sorg jer la...
Taknak cakap byk..nk g ronda2 umah org lak..
Layan jer la resepi simple aku kt bawah..


Bahan-bahan:

beberapa ekor udang dibersihkan 
5 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 inci kunyit ~ kisar
1 inci halia ~ kisar
5 cili padi ~ kisar
santan secukupnya
1 keping asam keping
serai ~ diketuk

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau hingga wangi. Tambahkan  serai.
2. Kacau seketika kemudian tuangkan santan dan kacau lagi.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan udang. Biarkan selama beberapa minit sebelum menambah asam keping dan garam secukup rasa. Angkat dan hidang.

Monday 1 October 2012

Asam Pedas Ikan Pari



Malam ni tayang asam pedas yang wat ari sabtu ari tuh..
Dh jadi baja dh semua nya..xpyh nk mintk la yer..
Lama betul xwat asam pedas..
Sekali En Hubby g pasar pagi tuh wat balik ikan pari..
Apalagi wat la asam pedas...sedap wehhh...
En Hubby siap hirup kuah bukan main byk lagi..
Dia mmg suka masam2 cmpur pedas2 nih..
Kalau singgang pun sama..suker sgt...


Sumber : Koleksi Resepi Terhebat Nusantara


Bahan-Bahan:
15 batang lada kering
4 biji bawang putih
½ inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
sedikit blacan
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh lada hitam
kesemua bahan2 dikisar halus
1 batang serai dititik
2 mangkuk air asam jawa
garam
1kg ikan pari
terung dan kacan bendi
daun kesum

Cara Membuatnya
Tumiskan bahan2 kisar dengan minyak sehingga garing. masukkan air asam dan garam serta serai. bila mendidih masukkan ikan pari dan sayur-sayuran. Bila dah masak angkat dan hidangkan.