KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 31 July 2017

Cendol...



Sekarang musim kemain panas...
Aku tak tahu la musim panas ke..
Aku yang panas memanjang...
Siyes...hari minggu berapa kali mandi...
Lepas mandi jer...buat keja sikit dah berpeluh...
Terus tak selesa....
Stress betul...

Panas2 ni layan lak cendol kan...
Lagi la...
Dah lama tak melayan cendol pulut kt shah alam...
Kemain jauh kan....
Aku suka g tasik shah alam tu..
Jalan-jalan kejap...
Pastu makan laksa ngn cendol...
Heaven.....

Sebab malas nak g shah alam...
Kita bikin cendol kat umah jer la...
Layan satu family yer...


Friday 28 July 2017

Sardin Express...



Sesekali masak sardin kan...
Sebabnya semalam lupa nak letak bawah ayam ikan bagai..
Sebab pagi mmg aku masak bawak bekal ke opis...
So terpaksa masak lauk express jer....
Hiihihih..


SUMBER : My Cook Book

Bahan-bahan:

2 kotak sardin cap Rainbow
1 biji bawang besar kuning potong bulat
Sos tomato
Kicap masin & manis

Cara-cara:

Panaskan kuali pastu masukkan sardin
Pastu masuk setengah cawan air (nak bagi berkuah skit)
Masukkan bawang dan cili
Masukkan kicap, sos.
Kacau2 hingga mendidih..Kalau rasa tawar letak garam sikit.
Dah boleh makan ehehe..

p/s: siapa suka pedas, boleh masukkan hirisan ciliapi...saya xbuh, nnt anak2 xleh makan.

Wednesday 26 July 2017

Kari Ayam...



Sesekali layan kari ayam kan...
Ekceli semalam jiran depan umah aku ni bagi roti jala..
Dia cakap kat opis dia ada buat makan2 mcm meeting cmtu la..
Then ada buat roti jala...
Roti jala tu banyak lagi..
Tapi kuahnya dh hbis..
So tak nak bagi membazir dia bagi la aku..
Ada la dlm 17ketul...besar2 plak tu..
So terpaksa buat kuah kari sendiri..
Siyes aku mmg jarang masak kari ayam...
Lagi pun tak berapa nak pandai....hahaha...
So main google la jgk semalam...
Akhirnya jadi la kari ayam....

Bahan-bahan

Ayam
5 ulas bawang merah 
1 paket kecil rempah kari 
3 ulas bawang putih
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari 
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat 
minyak untuk menumis
3 biji ubi kentang
garam

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga wangi. 
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang di bancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak dengan api yang sederhana (kacau selalu).
3. Masukkan pula ayam dan kentang. 
4. Masukkan pula air asam jawa dan santan pekat, biarkan mendidih.
5. Tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang di kehendaki. Kecilkan api dan biarkan kari mendidih dan pecah minyak.
6. Masukkan pula garam, serbuk perasa (jika suka) . Renihkan hingga pecah minyak lagi dan tutup api.


Tuesday 25 July 2017

Rusydi @LittleHajj 2017...


Dah besar anak teruna aku ni...
Semalam dia dan kengkawan semua pergi simulasi Haji kt Shah Alam..
Teacher diorg bagitau semua peserta dalam 6000 orang...
Salah sorangnya adalah Rusydi ni ha...
Before semalam..hari2 bercerita saya dah buat kapalterbang nak pergi haji..
Maksud dia passport..hahhaa...
Then setiap hari bercerita nak tgk kaabah...
Hari2 jugak dok baca laibaikaAllah humalabait...
So semalam akhirnya dapat la pergi...


So ni semua friends Rusydi yang ikut simulasi Haji tu...
Rusydi paling kiri...
Cenonet jer kan..hahaha
Rusydi dari Little Caliph Bukit Segar...

Rusydi kat tengah2 tu


gigih semua kutip batu nak melontar jamrah...kata rusydi nak baling syaitan....hihiihih




















Akhirnya.....dah siap....

dalam bas nak balik....dia siap gtau aku...teacher ckp nak g kaabah nak aeroplane...tp saya pergi naik bas,.....hahahahha













Mee Goreng Sotong...



Kemain nama kan...
Padahal mee goreng biasa jer...
Nak nama gempak sebab letak sotong..
Jadi nama mee goreng sotong...
Hakhakhak....
Oklah resepi simple jer...

Bahan2:
500 gm mee kuning
1 mangkuk sotong
1 pokok sawi sawi 
3 sudu besar cili kisar
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak secukupnya
3 ulas bawang merah -hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 biji telur- kocok skit
1 cawan air
Garam secukup rasa


Cara Memasak:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
Masukkan sos cili, sos tiram ,kicap dan garam secukup rasa.Masak sebentar.
Masukkan sotong.
Kemudian masukkan mee . Kacau rata. Masukkan sawi.
Tolak mee ke tepi kuali dan masukkan telor. Biarkan telor masak sebelum digaul dengan mee tadi.
Kacau rata dan angkat. 



Friday 21 July 2017

Spaghetti Bolognese.....



Dari hari tu budak Rusydi ni mintak suh buat spaghetti...
Mmg peberet dia la spaghetti ni...
Rasanya dah banyak kali dh aku tulis resepi spaghetti ni kt sini...
Maklumlah peberet si anak....
Nak membuatnya pun senang....
Cuma mamanya saje yg malas...Ahaks
Ok lah selamat menjamu mata jer la yer...


Wednesday 12 July 2017

Tomyam...



Teringin nak makan tomyam...
So semalam masak tomyam kat umah...
Tomyam ayam jer...
Kalau seafood punya lagi la...
Anak aku suka sangat la hirup kuah tomyam ni...
Kalau en asben terus suruh rebus bihun...
Makan dengan kuah tomyam...


Bahan :
3 cawan air 
isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
1/2 batang karot
sedikit kubis bunga
1 biji tomato, potong 4
1 batang serai
4 helai daun limau purut
10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis, ambil jus
tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
sedikit daun ketumbar
1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4




Cara :
Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot, bunga kubis dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
Selepas itu masukkan ayam, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.


Tuesday 11 July 2017

Ayam Palembang




Pestime aku cuba ayam palembang nih...
Resepi dia lebih kurang resepi ayam masak hitam la...
Makan dengan nasi impit ke ketupar pun sedap nih...
Rugi tak cuba weii...
Memang resepi ni kena repeat banyak kali nih...


SUMBER : kak madihaa

Bahan-bahan:
700 gram ayam - potong kecil
1 biji kentang (MaDiHaA tambah) ~ potong wedges
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik ~ MaDiHaA letak 3 sudu besar kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals) MaDiHaA kurangkan sikit
minyak

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak  & goreng ayam setengah masak. Angkat & ketepikan.  Goreng pula kentang hingga masak. Dalam kuali yang sama.. kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.

Monday 10 July 2017

Ayam Laksamana....



Pestime cuba resepi ayam ni...
Nama menu kemain unik kan...
Tengok ramai blogger masakan masak ayam ni..
Ada yg makan dengan nasi serai la...
Tapi bila cuba siyes berbaloi...
Sedap....
Rasa mcam ala2 rendang pun yer jgk...
'
SUMBER : QH

Bahan²
1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 camca besar gula melaka
1/2 cawan sos tomato
3 camca besar sos cili
1 senduk nasi cili kisar
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
1 genggam kismis
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar, potong kasar²
Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan

Bahan Kisar Halus
2 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 biji pala, diparut ( nutmeg ) 

Cara Membuatnya
1.        Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar² sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap² saja. Angkat dan tos, ketepikan.

2.        Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, tambah sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.

3.        Masukkan ayam dan kismis, gaul rata² dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan...

Friday 7 July 2017

Beraya Kat Bukit Keluang...



Balik jer besut konpem la datang sini...
Dekat jer kan...
tapi masa raya boleh pulak jem...
Budak ni mampu tengok jer...
Nak mandi aku plk lupa nak bawak baju spare....






Nampak bot lalu..cepat2 aku capture pic..hahahaha...









nampak orang naik banana boat tu cm best...tp siyes..aku mmg penakut...mmg xpernah la naik benda alah tu...



Raya kedua 2017...


Raya kedua belah en asben lak...
Balik Kampung Raja kat Besut lak...
Anak2 aku paling best la balik sini..
Sebab sepupu lelaki ramai...
Memang aku jeling2..jerit2..diorg buat bodoh jer...
Dah dapat geng...



Nampak tak budak cinonet tu...Kemain stylo lagi dia....





ni sepupu laki aku....dia sorg jer bunga dlm family...so dapat la aku geng kt umh ni...kalau tak mati kutu dibuatnya...





Raya Pertama 2017.....



Keluarga kecil aku...
Aku cuma 4beradik jer...
Sorang lagi adik bongsu masa ni...kt umah nenek...
So tahun ni xde plak gambarnya...
Tahun lepas adik aku yang lelaki...
Demam punya kes...
Sadis betul...

Raya ni betul2 stress ooo...
Aku takde baju raya...
Nak jer aku ludah muka tukang jahit tu...
Aku hantar kain semua 2bulan sebelum raya...
Seminggu puasa aku dah call dia cakap tengah buat..
Then 2minggu nak raya dia call cakap baju raya aku yg nak pakai raya kedua dia cakap tak dapat nak siap...
Sebab baju tu ada lning...
So aku bodek la kasi siap...
Aku tanya lagi sekali..baju raya yg lain dh siap belum....
Dia cakap baju semua dh siap kecuali yang raya kedua la...
Dia siap tanya nak balik hari apa...
If balik jumaat sempat siap..
OKey aku cakap jumaat malam aku balik...
Sebab ahad dh raya kan...





Akhirnya pagi jumaat tu dia call aku cakap xsiap..
Pukul10 pg call cakap tak siap..
Aku cakap xper la nak wat cmner..sedih la jgk kan...
Tapi dok fikir xper la janji siap baju raya pertama...
Sekali dia bgtau..semua baju dia xbuat...
Xsentuh langsung...
Ya Allah...mcm nak maki terus masa tu...
Siyes sakit hati...
Bila aku nak cari baju raya...
Malam ni nak balik....
Dah la balik kelantan...
Konpem2 la jem kan...
Memang g ambk kain pasang dlm plastik tanpa di sentuh...
Mmg dapat la makian percuma dr laki aku...
Menyusahkan orang namanya...
Menipu...



So tahun ni pun...
Pakai la baju raya tahun lepas...
Kesian anak2 aku....
Next year..nak beli yg dh siap jer...
Sakit hati weiii..




Pic kat kampung aku...
Geng2 tak mandi...
Yang belakang tu...adik aku yg bongsu...
Sebab pic dia xde kat atas...
Aku tepek kat bawah...
Ank2 bujang aku ngn sepupu dia...
Mek dini ni....uishhhh kalau angkat dia ni
Boleh patah pinggang aku...
Baru 4thun..tp berat dh 26kg...
Sadis weii kalau angkat budak ni...