Pestime cuba resepi ayam ni...
Nama menu kemain unik kan...
Tengok ramai blogger masakan masak ayam ni..
Ada yg makan dengan nasi serai la...
Tapi bila cuba siyes berbaloi...
Sedap....
Rasa mcam ala2 rendang pun yer jgk...
'
SUMBER : QH
1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 camca besar gula melaka
1/2 cawan sos tomato
3 camca besar sos cili
1 senduk nasi cili kisar
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
1 genggam kismis
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar, potong kasar²
Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan
Bahan Kisar Halus
2 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 biji pala, diparut ( nutmeg )
Cara Membuatnya
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar² sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap² saja. Angkat dan tos, ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, tambah sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
3. Masukkan ayam dan kismis, gaul rata² dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan...
No comments:
Post a Comment