Pestime aku cuba ayam palembang nih...
Resepi dia lebih kurang resepi ayam masak hitam la...
Makan dengan nasi impit ke ketupar pun sedap nih...
Rugi tak cuba weii...
Memang resepi ni kena repeat banyak kali nih...
SUMBER : kak madihaa
700 gram ayam - potong kecil
1 biji kentang (MaDiHaA tambah) ~ potong wedges
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik ~ MaDiHaA letak 3 sudu besar kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals) MaDiHaA kurangkan sikit
minyak
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara:
1. Panaskan minyak & goreng ayam setengah masak. Angkat & ketepikan. Goreng pula kentang hingga masak. Dalam kuali yang sama.. kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.
dia cem ayam masak kicap lagi extra sedap sket kan.. hehe.. aduh terlior..
ReplyDeleteMesti sedap sebab ada letak kerisik lepas tu santan lagi.. x pernah cuba lagi ni
ReplyDelete