KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 26 September 2012

Sup Tulang



Alhamdulillah kenyang betul malam nih...
En Hubby still xberhenti makan...
Dah lama xbuat sup tulang...
Nasib baik En Hubby dh rebus tulang tu awal2...
Kalau nk tggu bini dia balik baru rebus alamatnya keras kejung la tulang tuh..
Ada tips ke nk bagi tulang cepat lembut?....
Kalau ada gearbox lagi la suker tgk En Hubby makan....
K la resepi kt bawah..

Bahan-bahan 

1/2 kg tulang
2 s/b rempah sup
2 biji kentang [belah 4]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
3 ulas bawang merah [tumbuk]

2 ulas bawang putih [tumbuk]
2 sm halia [tumbuk]
1 s/k lada hitam [tumbuk]

1 biji buah keras [tumbuk]

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga 



Cara 


1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, air dan garam. Biarkan mendidih.
6. Biarkan reneh sehingga kentang lembut.
7. Tutup api dan masukkan daun bawang/daun sup





Wordless Wednesday : Rusydi Dengan Buai Biru..












Tuesday 25 September 2012

Muffin Coklat


waaa jgn xcaya k hari ni aku tayang muffin...
Aku wat ckit jer dulu sbb nk cuba...
Kan xjadi kan membebel lak En Hubby tuh klu wat banyak2...
Sebenarnya xterfikir pun nk wat muffin nih..
Semalam lepas makan mintk ngn En Hubby nk main pesbuk jap...
Sekali dia ckp jap..jap...jap..game xleh stop nih..
Cakap kt dia xper la terus masuk dapur...Tgk resepi yg pernah salin tp xwat jadi la muffin..
Tapi yang heran nya nape xnaik membulat yer..
En Hubby igtkan bini dia merajuk sbb bunyi bising jer kt dapur..ahahahha...
Sekali dah siap suh dia test sedap x...
Sedap...kalau cmni merajuk la ari2...cehhhh...

Sumber : Chef Hanieliza

Bahan A [Kacau rata]  - semua aku guna setengah adunan..
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan] 
2 cawan tepung superfine- aku guna tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata] 
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

Cara 
1. Panaskan kukusan
2. Kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
5. Lapikkan papercup dalam acuan apam dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 15 minit dengan api sederhana.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan krim coklat 



Monday 24 September 2012

Kuih Seri Ayu


Selamat hari isnin semua...
Semua mood ok x?...Aku gk yg mood malas sgt....
Tapi ptg semalam aku rajin k...
Nengok la kuih peberet aku kat atas tu...
Cantik la kan...pestime okey buatnya...
Kena lak ujan2 makan la kuih ni panas2..fuhhh sedap..
Percaya x aku jer dh selamat 7 biji masuk perut...Ahakssss..
Menjadi la aku korek2 umah K.An tdi ambk resepi kuih ni la..
Tapi aku buat setengah jer smbil bagi2 kt jiran ckit sorg..
K.An sy mintk halal tepek kat sini lak yer..

Sumber : K.An Periuk Tanah

Bahan-bahan : (menghasilkan 60 biji kuih) - aku wat 1/2 adunan jer yer..

1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
1 sudu besar tepung sagu (ubi)

3 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar ovellette
2 cawan gula pasir
4 biji telur gred A (kalau gred c ke bawah tambah jadi 5)
2 cawan santan pekat (pati santan)
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan

Cara membuatnya:

1. Gaulkan kelapa, garam dan tepung sagu- ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu(gunakan kelajuan tinggi). Masukkan tepung gandum, ovellete , pewarna hijau dan perisa pandan. Gaul guna senduk.
3. Masukkan santan pekat dan gaul lagi hingga sebati. Panaskan pengukus.
4. Susun acuan dalam pengukus. Isi acuan dengan kelapa putih. Tekan padat menggunakan hujung jari. Kukus 2 minit.
5. Isikan dengan bater (adunan kuih) seperti di dalam gambar. Kukus lagi selama 10 minit. Apabila masak, Keluarkan daripada acuan dan sedia dihidang.


Saturday 22 September 2012

Bee Hoon Singapore


Demam bee hoon goreng lak aku nih skrg yer...
Semalam dh tayang bee hoon...
Hari ni tayang lagi...
Actually ni request dr En Hubby..nk suh goreng bee hoon lgi..
So di sebabkan aku ni isteri mithali ikut kan jer la...Ahakss...

Bahan-bahan :
Bee Hoon kering, rendam dan lembutkan
Bawang besar, ditumbuk
Bawang putih, ditumbuk
cili api, ditumbuk
Ikan bilis, di tumbuk
Segengam lada hitam, ditumbuk
Sos tiram
Udang basah
Telur


Cara-cara :
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili api hingga layu.
2. Masukkan lada hitam. Kacau seketika dan masukkan udang.
3. Masukkan sos tiram, kacau2.
4. Masukkan garam secukup rasa. 
5. Masukkan bee hoon dan kacau hingga betul2 lembut dan sebati.
 

Thursday 20 September 2012

Bee Hoon Kering


Lama dah xgoreng bee hoon so ari ni goreng jer la bee hoon kering cmni..
Suka makan bee hoon cmni ngn keropok keping...
Keropok lak wat sudu2 bee hoon..hihiihih...
Jimat sabun nk basuh sudu...Ahakssss...Bleh ek cmtuh...

Bahan-bahan :
Bee Hoon kering, rendam dgn air seketika
Bawang besar kisar
Bawang putih kisar
cili api
Serbuk lada putih
Sos tiram

kicap
Udang basah
Telur
Taugeh dan lobak merah
Garam secukup rasa
Cili merah

Cara-cara :
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, dan cili api hingga layu.
2. Masukkan lada putih. Kacau seketika dan masukkan udang.
3. Masukkan sos tiram dan kicap, kacau2 dan masukkan sayuran pilihan.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Pecahkan telur dan kacau2 biar hancur.
6. Masukkan bee hoon dgn sedikit air dan kacau hingga betul2 lembut, kering dan sebati.
7. Masukkan taugeh dan lada merah kacau rata tapi tak perlu terlalu lama.

8. Angkat dan hidangkan.

Wednesday 19 September 2012

Nasi Goreng


Hari ni tayang nasi goreng jer la..
Dah ni jer sempat masak untuk pagi td..
Nasi goreng pun nasi goreng la yer..
Janji dapur berasap la gk yer...
Layan jer la nasi goreng ntah apa2 aku nih..
Janji sedap di makan kan...


Bahan - bahan
nasi putih
2 batang kacang panjang dipotong kecil 
1 sudu besar sos tiram 
2 biji telur
3 bawang merah ditumbuk
2 bawang putih ditumbuk
5 cili padi ditumbuk
sedikit ayam

Cara membuatnya
• Panaskan minyak, masukkan bahan yang ditumbuk termasuk kacang panjang dan ayam
• Pecahkan telur dan masukkan sos tiram dan sedikit air. Masukkan nasi dan goreng sehingga masak.






Monday 17 September 2012

Daging Masak Merah



Salam cuti 1 Malaysia semua....
Best nya bila cuti...Makin lama cuti makin malas la plk nak keja...
Sekali En Hubby baca terus dia suh dok umah baru tau...
Dah habis dh open house so time open kitchen kat dpur lak..
Dah jarang2 berasap..so skrg kena la rajin2 lak perasapkan..
Hari ni wat daging masak merah ngn goreng ikan pekena ngn sambal belacan ngn ulam..
Tu jer la..lagipun 2org jer makan bukan nya ramai...

Sumber : Chef Hanieliza



Daging Masak Merah

Bahan

500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

Saturday 15 September 2012

Kek Lobak Merah Bermadu



Kihkihkih semua....Lama betul xmasukkan en3 yer...
Maklumlah open house berlambak2..So dh brapa hari dok gantung periuk belanga kt umah...
So pagi tadi jadi la sesi godek menggodek kek...
Maklum lah baru nk blaja wat kek..Setakat nih baru 3 jenis kek ku buat termasuk la yang nih..
Kebetulan member ckp nk dtg umah, so buat la kek nih sebagai tambahan...
Risau btul ku takut xmenjadi..tp alhamdulillah jadi la gk..
Lembut jer makan...tp manis ckit l.a..lainx kena kurangkan ckit penggunaan gula nih..
Tapi klu org yg suka makan manis tu maybe dh ok kot...
Suker betul bila apa yg kita buat menjadi kan...Member siap puji lagi...
Padahal aku pestime wat kek nih..Risau betul aku takut tak menjadi..





bahan2

450 gm lobak merah-di parut
255 gm tepung roti
1/4 st serbuk penaik
1/2 st soda bicarbonate-akak kurangkan 1/4 st
1 st cinnamon
390 gm gula castor-akak guna 370 gm
75 gm walnut cincang-akak guna 90 gm
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
1/2 st garam


cara

Tepung,serbuk penaik,soda bicarbonate di ayak dan ketepikan.
Pukul telur hingga gebu
Masukkan gula dan pukul hingga gula hancur
Masukkan minyak jagung dan perlahankan speed
Masukkan bahan yang di ayak
Masukkan garam bila lobak merah dan walnut di masukkan.
Gaul perlahan dengan spatula
Alas acuan dengan kertas
Tidak perlu sapu mentega
Bakar dengan suhu 175 selama 40-45 min



Bahan Cream

250 gm cream cheese
60 gm mentega
130 gm gula icing
50 gm(akak guna 80gm) walnut di bakar dulu dan kemudian di kisar

cara

Pukul cream cheese hingga rata
masukkan mentega dan gula
Pukul lagi
Kacau rata dan sapu pada kek.





Thursday 6 September 2012

Bun..



Salam malam jumaat yer semua...Kihkihkih..
Malam nih aku nk tayang roti aku nih...jadi la kan..
Nak tebus mood frust ngn kek pisang hari tu...
Ni pestime la aku cuba wat roti..
Naik lenguh aku uli dengan menggunakan tulang 4 kerat aku nih..
Tapi tidak sia2 bila masak...Lembut nya mcm roti gardenia..
En Hubby siap puji bagai...cakap lepas nih xpyh dh nk g beli roti kat kedai lgi..
Heheheheh...tp kan bila keesokkan harinya plk kurang lembut dh...
Tidak lembut mcm semalam...ke sebab aku biar mcm tu jer bawah tudung saji..
Masuk angin ke apa roti aku..Bleh bgtau x sebab dia..Maklumlah aku nih budak baru blaja...



Sumber : Chef Hanieliza



Bahan A

500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
80 gm gula
11 gm ibu roti [1 paket]
1 s/k pelembut roti
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B 
250 ml air
80 gm majerin


Cara 
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 50 gm setiap dan buatkan bulat2.
5. Bentukkan adunan mengikut pilihan sendiri.
6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Bakar dalam suhu 200'C selama 15-20 minit atau sehingga kelihatan masak.
8. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.




Monday 3 September 2012

Kek Pisang Lembap...Tension Aku...




Jangan nak gelak la yer nengok kek pisang aku nih...
Taktau la cmner silapnya mcm xjadi jer kek aku nih..
Dah la xnk naik plk tuh...kempis jer kek aku nih..
Tengok CMG wat cantik jer..
Asal aku wat jer jdi cmni...Hadoiiiii tension makkkk k...
Tapi rasa dia ok..sedapp....
Tapi nape jadi cmni..xmcm CMG wat...huhuhu...
Tak nak ckp byk...Layan resepi jer la..nk melayan mood tension lgi nih..

Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....






Nasi Goreng Kampung..


Selamat pagi semua....
Mesti kenyang semua yer byk openhouse...
Pagi ni makan nasi goreng jer la sbb nasi semalam ada lgi..
Semalam byk openhouse jdi nasi kt umh kurang la berusiknya...
Makan ngn keropok lekor yg beli masa balik Besut ari tu...

Bahan-bahan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
3 biji cili padi
3 cawan nasi
1 genggam ikan bilis.
2 sudu minyak masak.
kangkung

Cara-cara
1) Goreng ikan bilis dahulu dan asingkan.
2) Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat
3) Ambil separuh dari ikan bilis tadi dan tumbuk bersama.
4) Panaskan minyak dan tumis bahan tumis yang dah ditumbuk tadi.
5) Bila dah naik wangi masukkan sayur dan sedikit air
6) Tambah parisa dan garam secukup rasa.
7) Masukkan nasi dan kacau seketika. Angkat dan hidangkan.









Sunday 2 September 2012

Brownies



Assalamualaikum semua....
Hari ni nak tayang kek pertama aku nih...
Aku nih memang xreti bab2 membaking nih...'
Nih kira pestime la aku wat kek...
Amacam jdi ke tak nih....Tapi rasa dia mmg sedap la...
Kecut perut aku tggu kek ni masak....hhehehe...
Resepi nih aku ambk kt sini....
Saya mintak halal yer resepi ni tuan Umah...






Bahan-bahan:

300g marjerin
200g gula perang
4 biji telur
100g tepung penaik
4 sudu besar serbuk koko
100g kacang badam
Secubit garam

Cara-cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius.
Sambil-sambil tu, pukul marjerin dan gula perang ssehingga gebu.
Seterusnya, masukkan telur satu persatu dalam adunan.
Jangan lupa ayak tepung penaik dan serbuk koko dahulu.
Pastu, masukkan tepung penaik, kacang badam dan serbuk koko sedikit demi sedikit.
Gaul bagi rata.
Tuang adunan dalam loyang pembakar.
Bakar selama 30-35 minit.
Siap.