KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 24 September 2012

Kuih Seri Ayu


Selamat hari isnin semua...
Semua mood ok x?...Aku gk yg mood malas sgt....
Tapi ptg semalam aku rajin k...
Nengok la kuih peberet aku kat atas tu...
Cantik la kan...pestime okey buatnya...
Kena lak ujan2 makan la kuih ni panas2..fuhhh sedap..
Percaya x aku jer dh selamat 7 biji masuk perut...Ahakssss..
Menjadi la aku korek2 umah K.An tdi ambk resepi kuih ni la..
Tapi aku buat setengah jer smbil bagi2 kt jiran ckit sorg..
K.An sy mintk halal tepek kat sini lak yer..

Sumber : K.An Periuk Tanah

Bahan-bahan : (menghasilkan 60 biji kuih) - aku wat 1/2 adunan jer yer..

1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
1 sudu besar tepung sagu (ubi)

3 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar ovellette
2 cawan gula pasir
4 biji telur gred A (kalau gred c ke bawah tambah jadi 5)
2 cawan santan pekat (pati santan)
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan

Cara membuatnya:

1. Gaulkan kelapa, garam dan tepung sagu- ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu(gunakan kelajuan tinggi). Masukkan tepung gandum, ovellete , pewarna hijau dan perisa pandan. Gaul guna senduk.
3. Masukkan santan pekat dan gaul lagi hingga sebati. Panaskan pengukus.
4. Susun acuan dalam pengukus. Isi acuan dengan kelapa putih. Tekan padat menggunakan hujung jari. Kukus 2 minit.
5. Isikan dengan bater (adunan kuih) seperti di dalam gambar. Kukus lagi selama 10 minit. Apabila masak, Keluarkan daripada acuan dan sedia dihidang.


2 comments:

  1. Salam adda! sedapnya puteri ayuu, suke betul makan kuih ni tp ntah macam mana boleh malas nak buat :D alasan dia senang jerr kelapa parut kat sini tak besttt :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihkih..alasan yg logik..tp betul gk klu kelapa xbest nk wat kuih pun xsyok..makan lagi la xsyok....cuba la tanam pokok kelapa kt sana..kihkih

      Delete