KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday 27 February 2014

Aiskrim Coklat....


Jom layan aiskrim dimalam hari ni....
Ngan cuaca panas kt cheras ni memang nyaman aiskrim lalu kt anak tekak...
Dok layan aiskrim ni memang terbaik sgt...
Actually semalam lagi aku buatnya...
Malam ni baru dpt merasa...


Bahan-bahan:
  • 4 kuning telur
  • 1/2 cawan gula
  • 500 ml susu (gunakan susu kotak - pilihan saya susu dutch lady)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 250 gm krim putar (whiping cream)
Cara:
  1. Masak kesemua bahan kecuali krim putar dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 2 jam.
  2. Pukul krim putar sehingga pekat (terbentuk garis-garis melengkung pada krim).
  3. Campurkan krim putar bersama bahan 1. Gaul rata (gunakan senduk sahaja, tidak perlu putar).
  4. Simpan di dalam peti sejuk beku semalaman. Setelah itu, keluarkan dan pukul (dengan mixer) sehingga aiskrim menjadi dua kali ganda banyaknya.
  5. Masukkan aiskrim ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk beku sehingga mengeras dan boleh dihidang.
  6. Sebagai tambahan, anda boleh campurkan coklat cip, coco crunch atau coklat kit kat pada aiskrim anda...

Monday 24 February 2014

Biskut Coklat Rambo....


Waaa mengookies aku ni...
Actually ni petang semalam punya keja...
Dah boring nk jgk menggodek2 kat dapur...
Si Rusydi suka sgt makan biskut...
Kejap chipsmore, kejap tiger...
Ikut perangai papanya suka menguyah..
Masa dok membakar ni dah brapa ketul masuk mulut 2beranak tu....
Alhamdulillah sedap kata en somi...
Setakat ni resepi yang aku cuba semua menepati citarasa aku...
Cuma kejadian jer la sememeh...hihiih


SUMBER : Kak Suzana @ Cooking With Soul / Majalah Saji


Bahan-bahan
  • 250 gm.mentega
  • 100 gm.gula aising
  • 80 gm.serbuk koko
  • 50 gm.tepung jagung
  • 200 gm tepung gandum

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum , tepung jagung  dan ketepikan .sementara itu panaskan oven.
  • Campurkan mentega,gula aising dan pukul hingga kembang.
  • kemudian masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum.
  • Gaul rata hingga adunan menjadi doh yang lembut dan sesua untuk di terap.
  • Selepas itu ,canai dan terap adunan  tadi mengikut citarasa.
  • Untuk hiasan,taburkan manik warna- warni di atasnya.
  • Bakar di dalam oven pada suhu 160'C sehingga masak.Sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Sunday 23 February 2014

Bersalin Di Mana?...


Dah 33weeks baru nk fikir bersalin kt mana...
Memang aku dh naik stress dah fikir...
Macam2 dalam kepala otak ni...
En Somi dah ada keputusan dia..
Aku jer berbelah bahagi lagi...
Umah aku ni kat cheras-kajang..


1. Hospital Kajang
Yang ni memang en somi dah reject awal2..
Sebabnya dok research selalu jer penuh..
Dan en somi plk tak bleh masuk...


2. Hospital Serdang
Yang ni yang aku dok fikir dan berbelah bahagi...
Kebanyakkan cakap ok dari kajang..
Ramai pakar2 yang ada...
Tapi disebabkan ramai yg nk bersalin kt sini,.
Ramai jgk ibu2 nk kena tunggu dapatkan wad..
Aku suggest yang ni jgk utk en somi..
Tapi bila dia bgtau kalau penuh kalau hosp suh transfer g kajang @ putrajya cmne?
Pastu dia tau aku punya perangai mmg cepat berangin..
Dia takut if xdpt layanan yg ok ker...takut aku berhangin plk..
Dah buat aku serba salah...
Tapi dalam otak aku still nk jimatkan lagi bajet..
En Somi plk dok tnya if kt sini boleh booking bilik seorg sbb en somi mmg nak ada bila aku bersalin, bersalin ngn doc perempuan islam, ok jer untuk dia...
Saper tau yer? Serdang boleh request cmni x? 
Bukan kami suami isteri demand..
Tapi memang aku nk bersalin ngn doc perempuan...


3. Hospital Pakar An-Nur
Sebelum ni memang aku bersalin Rusydi kat sini
Memang aku sangat berpuas hati ngan layanan nurse ngn doc..
Dulu bersalin ngn Dr Khamsiah...
Waaa rindu nk bersalin ngn Dr Khamsiah lgi....
Tapi disebabkan aku tgk rate dah naik...
Gulp!!! Tertelan air liur la plk...
Macam terasa sayang plk kt duit ni..
Padahal memang en somi dh buat bajet utk bersalin kat sini..
Dan ini memang pilihan dia...
Tapi bila aku tgk rate dia...waaaa risau wehhh...
Yerla dulu aku bersalin Rusydi 2011...
Sekarang confirm2 la dh berapa...
Kesian plk aku kat dia..
Maklumlah dia sorg yg cari duit...
Ini yang aku sangat2 berbelah bahagi...

SO......KEPUTUSAN NYA MEMANG AKU TAKDE LAGI...
ADA SAPER2 BOLEH BAGI PENDAPAT....
KALAU TAK MAU AKU BERSALIN KAT UMAH JE..
YER LA MAK AKU DULU BESALIN KAN AKU KT UMAH JER..
HIDUP JER SAMPAI SEKARANG...HIHIHIHI...





Thursday 20 February 2014

Bersantai......


Anak teruna ku tengan bersantai...
Rasanya umah aku ni 24jam upin ipin jer...
Kadang2 boboiboy, jap2 bola kampung...
Bila dia santai cmtu baru la aman nk wat keja....
Diam la kejap...
Kalau tak sibuk menyepah barang...
Walaupun mata kt tv, buku sentiasa ada ditangan...
Kata papa dia ulat buku jgk...
Ikut mama dia yang kaki novel.....hihiihih...
Okey apa kan galakkan anak membaca dari kecik....


Strawberry Yogurt Cheesecake


Alahai tengok la cheesecake aku ni kemain comotnya...
Maklumlah tangan orang tak berseni memang camni...
Tambah plk masa nk membuatnya mood sentap...
Dok berjuraian air mata....huahauah...
Sejak kandungan masuk 8bln ni kemain lagi mood sentap nya...
Tak kena ckit jer mula la bergenang air mata...
Bila fikirkan balik benda tu xde la seberapa.....huhuuhuh....
Sentap sentap jgk, tp makan tetap makan...
Tak gitu....hihiihihih....
Hasil resepi ni memang sedap...tp bila aku yang tak berseni ni ambk gmbr mmg la xcantik...
Untuk bahagian topping tu aku skip..
Malas plk nak membuatnya...hihiihh
 


Bahan-bahan Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam
125 gm mentega tanpa garam
 

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - gantikan dengan yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

 
Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin (gune air panas, kacau dan sejukkan)

 
Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

 
Topping:
Buah stoberi+ 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk . Suamkan seketika then curahkan atas kek.

 
Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam.
  8. Buat topping dgn mencampurkan buah strawberry dan air gula dan gelatin. Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api. .
  9. Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.

Monday 10 February 2014

Merajuk...



Suruh tido tak mau...
Bila kena jerit ckit cmni la gayanya...
Dah macam ultraman dh...
Agaknya "fire" jeritan aku kot....
Hahhahahaha....

 

Mexican Bun....


Dah breakfast semua...
Ok pagi ni breakfast ngn roti ngn nescafe okey...
Semalam dok menguli ni...
Pagi ni dh jdi roti...
Dah lama tak masuk en3...
Walaupun roti ku ini tak menawan tetap nk masuk blog jgk..
Kalau tak kesunyian la blog aku ni...
Untuk resepi kat bawah ni aku wat 1/2 jer..
Byk2 sangat sape plk nk makan kan...

SUMBER : Yatie Zaini

Bahan-bahan ( 17 biji )

# Bahan untuk Inti #

100 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang

# Bahan untuk Topping #

100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
100 gram tepung serbaguna, diayak

# Bahan untuk Doh Manis #

500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
1 sudu teh) garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara
Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat Roti Boy Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti menjadi kuning.

Sunday 2 February 2014

Kuih Lapis...


Ni semalam punya citer utk bekfas pagi tadi....
Nekad la nk buat kuih lapis ni....
Dengan perasaan risau tak menjadi nya...
Ku godek2 jgk bahan nya...
Dah siap simpan semalaman pagi ni baru aku potong...
 

Pagi2 en somi tanya mana kuih semalam...
Aku memang xgtau dia pun nk wat kuih apa..
Sekali potong dia cakap oooo kuih lapis...
Kira rupa tu ada la kalau laki aku bleh kenal kuih lapis...ahaksss...
Sekali rasa macam biasa la jarang nak memuji...
Asyik ngap2 jer...
Aku tanya dia xnak komen ker...
Dia cakap nanti buat lain kali bagi cantik & kemas lagi....
Huahauaah...kira okey la kan untuk percubaan pertama...


Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.