KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday 28 April 2013

Cucur Ikan Bilis..


Hujan-hujan ni layan cucur panas2 best gk..
So aku pun terus la godek2 bahan nak wat cucur..
Dah siap semua bukak la icebox cari udang..
Aikk mana pergi semua udang hari ni?<<<baca dialog seperti iklan kfc tu yer..
Tanya En Hubby mana udang?
Sekali dia cakap semalam dah masak maggi...
Patut la sebab semalam member dia datang lepak..
Ada la 3-4 orang...memang licin la udang aku kena plk 3ekor sorang..
Diorang selalu datang lepak kat umah ni..sambil-sambil wat keja..main game la..
Setengah tu kata ko ok ker? kalau aku tak ok sebab takde privacy..
Bagi aku ok la at least diorg ada depan mata..
Kalau kat luar lagi la risau..pastu ntah bila2 balik..
Lagipun kawan2 En Hubby aku memang dah geng lama dah..
Kawan dia kawan aku jugak la kiranya..
Ok lah melalut la plak..
So udang dah tarak En Hubby cakap buat jer la cucur ikan bilis..
So lastly memang cucur ikan bilis jer la...

 Bahan-bahan :
  • Daun bawang - hiris
  • 2 cawan tepung gandum
  • segenggam ikan bilis
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sesudu kecil
  • Sesudu kecil soda bicarbonate
  • 1 3/4 cawan air secukupnya
  • Minyak masak

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan kecuali tepung ke dalam bekas. Kacau bagi rata sikit.
2. Kemudian masukkan tepung dan diikuti dengan air kacau seketika.
3. Panaskan minyak masak.
5. Goreng sedikit-sedikit seperti biasa. 

Saturday 27 April 2013

Daging Goreng Asam...


Haaa ni nak tayang lauk ntah bila..
Memang dah lama dah ni..
Actually pestime aku makan kat umh member..
Tanya dia ni daging masak apa..
Dia ckp masak asam...
So mintk la resepi....
Sekarang dah jadi peberet En Hubby aku..
Dia suka sangat meratah daging ni...
Mau tudung saji tu dok bukak tutup la jawabnya...
Ni aku tayang resepi kat bawah..

Bahan-bahan :

Daging

Asam jawa
3 biji bawah merah
2 biji bawah putih
2 biji cili merah
Garam dan gula secukup rasa
1 sk kunyit
Kicap


Cara-cara :

1. Tumis bawang besaq n bawang puteh...
2. Agak nmpk layu..buh daging yg dah dipotong...pastu buh kunyit...
3. Pastu buh air asam jawa yg dah dibancuh..then tmbah air...dan rebus sehingga daging lembut...
4. Bila air dah kering..if nak ada kuah ckit bleh adjust air bolehlah masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan lebihan bawang merah dan putih diikuti sedikit kicap..Biar seketika..
6. Angkat dan hidang.



Friday 26 April 2013

Rendang Pindang..


Dah brapa kali tengok rendang ni masak dok tayang kat dapur kekawan..
Kali ni dah tak tahan...
So hari ni aku jalankan operasinya..
Tak payah nak tunggu raya yer..
Lambat sangat..hihih..
So hasilnya belum ngahari aku dah tayang dh..
Sebabnya aku masak pagi2 lagi..
En Hubby dah siap cicah ngn roti gardenia lagi..
Sedap wehhhh....
Dia sampai ratah2 lagi..
Suker sangat bila tengok En Hubby makan ngn berselera walaupun dia jarang memuji..
Tapi aku tau memang kena ngn selera dia bila dia suh buat lgi nanti..hiihih

SUMBER : Kak Noorsha , Kak Sheila@nshafea , Kak Ika

Bahan-bahan :

Ayam di belah/bersikan-toskan airnya
5 batang serai*
6 ulas bwg merah*
6 ulas bwg putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
4 biji cili api* - aku ltak banyaaak..hihi, suke pedas2....
1 cawan santan
2 keping asam keping
Beberapa helai daun limau
Garam, gula, perasa
5 sdb minyak


Cara-cara : 

1.Kisar semua bhn yg betanda *
2.Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing
3.Masukan santan dan kacau
4.Terus masukan ayam yg telah di tos tadi gaul sebati
5.Masukan asam keping grm, gula, perasa, daun limau
6.Masak hingga kuah pekat n sedia dihidaang...

 

Thursday 25 April 2013

Asam Pedas Ikan Tongkol..


Tayang plk lauk lunch yer..
Dah lama rumah ni tak masak asam pedas..
So beroperasi asam pedas la hari ni..
Siapa kata tekak pantai timur tak boleh telan asam pedas..
Tekak aku laki bini semua masakan boleh telan..
Memang tak cerewet bab makan..
Campak la kat mana pun boleh hidup..
Ni guna resepi kat dapur Kak MaDiHaA..
Dia pulak ambk kt umah k.CT Delima..
So aku pun mencuba la..
Aku buat pekat sedikit sebab En Hubby mintk pekat..
Tapi ntah apa yang terlebih plk kuah asam aku tu mcm tergelap sedikit...
Tapi takde la gelap sangat..
Campur plk guna kamera cap hayam jer nampak la gelap sesangat...

SUMBER : K.MaDiHaA @ K.Ct Delima

Bahan-bahan :

1 ekor ikan tongkol bersaiz sedang
1 cawan lada kisar
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
1 inci belacan * - dibakar sekejap
1 sudu besar rata ketumbar biji * - disangai sekejap
1 sudu kecil lada hitam biji *
1 batang serai * - dihiris
1 ikat daun kesum
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
Minyak untuk menumis


( Bahan bertanda * di blender halus)

Cara-cara :
 
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan blender hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan goreng lagi hingga pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak masukkan air dan kacau sebentar kemudian masukkan ikan, asam gelugor dan biarkan hingga mendidih.
4. Bila dah mendidih masukkan daun kesum, garam dan sedikit gula kacau rata.
5. Biarkan sebentar, pastikan secukup rasa dan bolehlah matikan api. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih.
 
 

Mee Goreng..


Dah petang baru nak layan menu breakfast hari ni kan..
Ok lah jamu jer la ngn menu yang dah licin ni..

Bahan - bahan :

1 paket mi kuning
2 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
3 batang sawi
1/2 biji kubis
50 gm daging
50gm ayam
sedikit kicap pekat
3 s/b cili kering - dikisar
2 s/b sos cili

cara-cara :

1. panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawangputih yang dikisar tadi. biar hingga kekuningan.
2. kemudian masukkan pula ayam, daging, kicap pekat, cili kering, sos cili dan kacau seketika
3. setelah itu masukkan mi kuning, sawi dan kubis. gaul sebati.
4. angkat dan hidangkan. 

Tuesday 23 April 2013

Singgang Tulang..


Dah namanya orang kelantan tak sah kalau xde singgang..
Sekarang bukan setakat orang kelantan..semua orang dh pandai makan singgang..
Sesuai jgk la untuk diet sebab dia main rebus2 ngn campak2 jer..
HAri ni aku singgang tulang..
Aku rasa last aku makan singgang tulang ni raya haji baru nih..
Kena plk ada gearbox..fuhhhhh..
Resepi ni ambk kt dapur K.Nor..
Tapi kuah aku termerah ckit sebab cili padi takde stok semua kecut2...
Cili kering plak semua aku dh blender...
Aku blender jer semua sebab senang nk pakai..
Tak payah nk blender banyakx..


Cara-cara:

700gm tulang lembu
air secukupnya
1 labu bawang besar ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci lengkuas ~ diketuk
1/2 inci kunyit hidup ~ dihiris
3 keping asam keping
1 sudu besar ketumbar ~ ditumbuk
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
garam
sedikit gula
1 sudu besar budu ~ optional
1 sudu cili kering - dikisar

Cara-cara :

Bersihkan tulang lembu dan toskan.
Masukkan kedalam periuk dan masukkan air.
Air hendaklah melebihi paras tulang.
Masak hingga daging hampir empuk (gunakan api sederhana supaya isi daging tidak liat/keras)
Masukkan bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, asam keping, ketumbar dan lada hitam.
Renihkan hingga daging empuk.(boleh ditambah air sekiranya kuah tidak mencukupi)
Masukkan garam, gula dan budu (jika suka) serta cili yang dh dikisar.
Masak lg utk seketika
Sedia utk dihidangkan.




Sunday 21 April 2013

Sup Daging Siam..


Tengahari dok jalan2 ke umah kekawan..
Konon2 nak cari resepi untuk lunch..
Sekali terjumpa kt sini...
Nampak sedap..dok fikir2 perut ngah kebulur dah nak merebus daging ni makan masa..
Petang semalam suh En Hubby cari daging..
Semalam rebus daging..
Akhirnya ngahari ni baru dapat makan..
Semestinya sangat sedapp....
Adik ipar aku ada datang ke rumah pun puji sedap..
Siap cakap ni resepi baru K.Adda ker...
Hehehehe....


Bahan-bahan :
  • 1/2 kg daging 
  •  1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 biji kentang- belah 4
  • 2 tomato - belah 4 
  • 6 cili padi - diketuk
  • daun bawang & daun sup
  • 2 liter air
  • 1/2 biji limau nipis

Cara-cara : 

  1. Daging dipotong kecil dan direbus dengan air bersama kulit kayu manis dan serbuk ketumbar hingga daging lembut.guna api sederhana masa mereneh daging ni ye.
  2. Bawang besar dihiris bulat dan digoreng hingga kekuningan bersama bawang putih. 
  3. Apabila daging sudah lembut masukkan bawang goreng, halia dan cili. tambahkan air kalau air dah tinggal sikit. biar hingga mendidih.
  4. Tambah garam, masukkan kentang dan tomato dan diikuti perahan limau. Biarkan sehingga kentang empuk
  5. Angkat dan tabur daun bawang dan daun sup.

Wednesday 17 April 2013

Bihun Singapore..


Tengahari baru nak tayang breakfast..
Sebabnya ngahari pun aku bantai jer bihun ni lagi..
Malas nak masak sebab En Hubby cakap nanti petang nak kuar makan..
Saya suker..saya suker...saya suker..

Bahan-bahan :

1/2 bungkus bihun - direndam dulu
5 batang sawi
segengam ikan bilis
2 sudu makan cuka
4 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam
4 cili api

Cara-Cara :
 
1. Lada hitam ditumbuk halus bersama bawang putih, ikan bilis dan cili padi.
2.  Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk. Goreng hingga naik bau.
3.  Kemudian masukkan bihun dan air untuk melembutkan bihun. Kemudian masukkan cuka.
4.  Kemudian masukkan pula sawi tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam.
5.  Gaulkan bihun sehingga bihun masak.


Tuesday 16 April 2013

Sup Cendawan..


Dah siap masak untuk lunch ker?
Hari ni takde selera plk nak makan..
Tekak ni rasa sakit betul..mcm nak demam pun ada..
Maybe sebab cuaca panas sangat kt luar..
So nak makan nasi tak selera.
Buat jer la sup cendawan nih..
Ingat nak buat nasi goreng cendawan pagi ni..
Tapi En Hubby cakap dia keluar la breakfast..
So ngahari masak sup cendawan..
Hirup sup lagi best...
Rusydi pun makan nasi ngn sup ni jer..senang karot peberet dia pun ada.
Sejak anak dah bleh makan nih..
Mesti masak lauk kena masak kat anak sekali..
Kalau sup ni senang dia bleh jgk makan..

SUMBER : Chef Hanieliza

Bahan-bahan :

300 gm cendaran tiram [koyakkan]
100 gm lobak merah
100 gm udang
2 cawan air
1 pokok daun sup 
1 pokok daun bawang
2 sudu minyak
garam secukupnya

Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara :

1. Basuh sayuran dan toskan
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris dan udang sehingga wangi.
3. Masukkan air dan garam. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan cendawan dan lobak merah. Biarkan sehingga mendidih lagi.
5. Tutup api dan masukkan daun bawang dan daun sup. Hidangkan.



Monday 15 April 2013

Kepak Ayam Madu...


Pagi ni breakfast ngn nasi goreng jer..
Tapi tambahan aku buat kepak ayam madu nih..
Aku rasa memang ramai kan yang suka makan kepak ayam nih..
Aku kalau nampak ada yang jual konpem berhenti beli..
Suka betul aku kepak ayam nih..
Actually kepak ayam ni aku perapkan semalam lagi..
Bagi dia sebati betul baru sedap..
Nanti kalau sesapa nak cuba bleh la cuba yer..


BAHAN-BAHAN: 

10 ketul kepak ayam
6 ulas bawang putih | ditumbuk
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk memanggang



CARA-CARA :

1. Gaulkan ayam bersama semua bahan sehingga sebati.
2. Kemudian perap semalaman dan simpan di dalam peti sejuk.
3. Akhir sekali, panggang kepak ayam di atas bara api.
Renjis-renjiskan minyak dan lebihan perapan pada kepak ayam.
Terbalikkan ayam dan panggang sekata.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Sunday 14 April 2013

Donut Kentang..


Jeng..jeng....see see...
Aku dah pandai buat donut...
Tapi serius tak pandai nak buat bentuk donut gelang2 tu..
Jadi bentuk bulat pun jadi la kan...
Tengah goreng2 donut member En Hubby plak datang..
Dok fikir2 nak angkat ke tidak donut yer..malu plk kalau tak sedap ke apa..
Lembut ke tak? 
Sekali En Hubby cakap suh hidang jer donut tu takkan nk angkat teh o kosong jer..
Suspens betul...
Sekali member puji "lembutnya donut ni..ko buat sendiri ker beli yang frozen?"
"Hello nak terkehel bahu aku menguli ni dia cakap frozen"
Terus En Hubby cakap bini dia ni buat...melangit puji okeyyy...
Siap suh goreng banyak2 nak tapau makan dalam kereta..
Waaa aku apa lagi..mengalahkan bunga kembang semangkuk kembangnya..Ahakss..
Thanks la sangat2 atas resepi ni...
Memang menjadi okeyy...tak rugi aku mencuba...
Lain kali konpem akan cuba lagi..

SUMBER : Izahdaut, Fatmah Bahalwan, Kak Suzi & Kak Hana

Bahan-bahan

500 gr tepung gandum
50 gr susu tepung
11 gr ragi instant
200 gr kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gr gula psir
75 gr mentega
½ sdt garam
4 btr kuning telur
100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais

Cara-cara

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.
 
 

Thursday 11 April 2013

Sawi Goreng Telur..


Sebab tak selera nak makan nasi..
So masak pun simple2 jer..
Sayur ni, goreng ikan, ulam ngn budu jer...
Okeyla kan setakat sorang makan..
Sayur tu memang aku suka goreng banyak2 sebab nak meratah..
Rusydi pun aku sumbat gk makan sayur ni..
Ajar dari kecik makan sayur senang esok2 tak payah demand nak makan lauk pauk nih..

Bahan-bahan :-
  • Seikat sawi
  • 1 biji telur
  • 1 ulas bawang merah-dihiris
  • 2 ulas bawang putih-dihiris
  • 1/2 s/k sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :-
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. kacau sehingga naik bau dan pecahkan telur. Kacau
  2. Masukkan sawi, sos tiram dan garam. Masukkan sedikit air.
  3. Kacau sekejap dan kemudian angkat.
     
     

Wednesday 10 April 2013

Spaghetti Goreng Lada Hitam..


Disebabkan hari ni En Hubby outstation..
So kat umah ni memang kelaut la mood memasak..
Jadi goreng jer spageti yang tinggal ciput ni..
Cukup untuk sorang makan..
Selalu orang buat bihun lada hitam..
Tapi takder la banyak sangat aku taruk lada hitam sebab Rusydi pun nak makan..
Hari ni aku cuba try spaghetti...
Ermmm rasa dia not bad...sodappp okey...
Yer la sebab perut aku dah lapar kan..roti kering pun kalau letak konpem aku kata sedapp..
Hihihiih..

Bahan-bahan : 

Spaghetti ( di rebus dengan sedikit olive oil )
5 ekor udang sederhana

sedikit dada ayam
4 btg sawi
1/2 bawang besar ( ditumbuk )

2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram

fish cake & fish ball
garam dan perasa


Cara-cara :

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukan sedikit air dan sos tiram. Kemudian masukkan udang dan ayam.
2. Bila mendidih masukkan spaghetti, sawi, garam dan perasa. Kacau hingga sebati.
3. Angkat dan boleh dimakan..


Tuesday 9 April 2013

Nasi Goreng Simple..


Memang mood memasak kelaut hari ni..
So mood dah takde..
Goreng jer nasi goreng...
Lunch pun rasa dah malas nak masak..huuhuh
Ajak En Hubby makan kt luar jer la.
Sesekali kan makan kt luar..apa salahnya..
Nasi aku ni memang simple sesangat..
Cili pun aku tak letak sebab si Rusydi pun nak makan..
Kan pedas plk dia tu..
So aku pun tak payah nak masak bubur dia..hahahha..

Bahan-bahan :
Nasi putih 
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Ikan bilis - dibersihkan dan ditumbuk
2 biji telur
Garam dan perasa


Cara membuat :
Tumis bahan tumbuk hingga garing

Pecah kan telur dan kacau-kacau
Masukkan nasi putih berserta garam dan perasa
Gaul rata-rata semua bahan

Bila nampak nasi dah berasap-asap bolehlah tutup api
Sedia dihidangkan dengan sosej, keropok dll

 

Monday 8 April 2013

Sotong Mentega Rangup..


Tayang sotong plk la tengahari ni..
Kalau ada yang tak bleh makan sotong tu harap maaf la yer..
Kononnya nak cuba tepung yang aku baru beli kt jusco hari tu..
Dah seminggu beli baru nk cuba buat..
So jumpa plk resepi dari CMG..
Tapi CMG guna tepung brand aji..
En Hubby plak pilih semua yang ada telur..
Dia dok cakap dah jangan buang telur dia tu..dia nak makan..
So aku goreng jer la sekali..
Rupanya sedap...berebut2 ngn En Hubby...Hehehhe..
 
ni la tepung yang aku guna tu..

SUMBER : CMG

BAHAN-BAHANNYA :
500 g sotong
1 pack tepung goreng nona
1 putih telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar mentega
1 ulas bawang putih
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Sotong dicuci bersih, buang kotoran dan potong sederhana besar. Kukus sotong tadi 4 - 5 minit. Sejukkan, kemudian lap kering2 dengan paper towel. Ketepikan.
  2. Gaul sotong tadi dengan putih telur rata, kemudian taburkan tepung gorengan berperisa dan golek2 kan sotong tadi sehingga semua bersalut rata dengan tepung.Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga sotong kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel.
  3. Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega dengan api perlahan dan biar hingga mentega keperangan, masukkan bawang putih dan goreng hingga peerang, masukkan sotong dan gaul rata. Matikan api dan angkat sotong tadi, toskan atas paper towel.
  4. Alih ke dalam bekas, taburkan dengan lada hitam dan hirisan daun bawang. Gaul rata dan boleh dihidangkan. Nak makan dengan sos pun ok, tak de masalah...


Sunday 7 April 2013

Ikan Kembung Percik..Perlu Ke Demand?..


Haaa ni nak citer ckit ni...
Perlu ke Demand?
Nak ngumpat ckit ni..dah namanya pompuan..bukan selalu..hiihih
Aku kadang2 tak faham jugak nape orang suka demand...
Demand ckit2 tu aku pun ada...
Tapi yang demand melampau2 tu yang aku tak tahan...
Ada yang nak kawin..tapi duit nya tak seberapa...
PAstu ada hati plak nak support kedua2 majlis.
Kawin sampai  habis RM70k okey..
Tapi lepas kawin pening nak bayar hutang bagai..
Kereta 2bijik 3bulan tak berbayar..
Rumah tak bayar, bil tepon kena potong, astro kena potong...
Kalau yang ada anak tu cmner..
Tu satu hal..
Yang demand keja plk cmner...
Nak keja yang besar2..gaji beribu2..
Suh mula dari bawah plk taknak...
Fuhhh penat tau membebel cmni...

Okeyla..dah penat ni jom la kita makan nasi plk..
Hari ni tayang my peberet plk..
Percik!! Aku ni apa jenis percik memang aku suka..
Ayam percik, ikan percik..percik merah, percik putih..
Tapi hari ni percik merah..
Aku ikut resepi Cheq Sue..
CheqSue bakar ikan dalam oven..
Tapi aku buat kelainan ckit la bakar atas dapur gas..hahaha..
CheqSue guna ikan talapia..tapi aku bantai jer ikan kembung..
Sebab nak mencari ikan talapia susah la kat sini..
Okey la CheqSue mintak halal yer tepek resepi kat sini..

SUMBER : Cheq Sue 

 
Bahan-bahan :
-  4 ekor ikan kembung – bersihkan dan kelar, bubuh garam kunyit seketika
- *4 biji bawang merah
- *1 biji bawang putih
- *1 cm halia
- *5 biji cili kering
- 2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
- 2 batang serai – titik
- garam gula secukupnya

Cara-cara :
- Blend bahan-bahan yang bertanda (*).
- Masukkan kedalam kuali diikuti dengan santan dan serai dengan api yang perlahan sehingga agak2 pekat..Bila dah masak ketepikan seketika..
- Bakar ikan sehingga masak.
-Tuangkan kuah keatas ikan. Sedia untuk dimakan..