Dah namanya orang kelantan tak sah kalau xde singgang..
Sekarang bukan setakat orang kelantan..semua orang dh pandai makan singgang..
Sesuai jgk la untuk diet sebab dia main rebus2 ngn campak2 jer..
HAri ni aku singgang tulang..
Aku rasa last aku makan singgang tulang ni raya haji baru nih..
Kena plk ada gearbox..fuhhhhh..
Resepi ni ambk kt dapur K.Nor..
Tapi kuah aku termerah ckit sebab cili padi takde stok semua kecut2...
Cili kering plak semua aku dh blender...
Aku blender jer semua sebab senang nk pakai..
Tak payah nk blender banyakx..
RESEPI : K.Nor@Secubit Garam
Cara-cara:
700gm tulang lembu
air secukupnya
1 labu bawang besar ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci lengkuas ~ diketuk
1/2 inci kunyit hidup ~ dihiris
3 keping asam keping
1 sudu besar ketumbar ~ ditumbuk
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
garam
sedikit gula
1 sudu besar budu ~ optional
1 sudu cili kering - dikisar
Cara-cara :
Bersihkan tulang lembu dan toskan.
Masukkan kedalam periuk dan masukkan air.
Air hendaklah melebihi paras tulang.
Masak hingga daging hampir empuk (gunakan api sederhana supaya isi daging tidak liat/keras)
Masukkan bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, asam keping, ketumbar dan lada hitam.
Renihkan hingga daging empuk.(boleh ditambah air sekiranya kuah tidak mencukupi)
Masukkan garam, gula dan budu (jika suka) serta cili yang dh dikisar.
Masak lg utk seketika
Sedia utk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment