KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 19 May 2014

Kari @ Gulai Sotong....


Sekarang mood rajin update blog...
Hari2 ada en3...
Kalau tak tunggu bersawang baru ada en3...
Makin lama tinggal blog...
Idea nk mengarang non ado....
Terus beku otak....Hehehe
Oklah lunch hari ni dah siap awal...
Kari sotong plk...
Kalau ada sotong besar dan ada telur lagi la nikmat...
Adik aku kt kg selalu dok tayang ketupat sotong...
Dia ckp sotong kt kg besar2....
Fuhhh teringin plk ketupat sotong....
Meleret dah aku nih....

Bahan Tumis:
(nak tumbuk/blend pun boleh)
  • 2@3 ukas bawang merah
  • 2@3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia dihiris
  • sedikit minyak
  • daun kari
Bahan lain: 
  • sotong
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan/udang dibancuhkan dengan air jadikan pes
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 cawan air 
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji ubi kentang saiz besar
  • 1 keping asam gelugor 
Caranya:
 
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan ....bawang & halia...
  2. Bila dah agak kekuningan masukkan cili kisar & pes rempah kari ...kacau selalu agar tidak hangit 
  3. Bila dah naik minyak...rempah tu baru masukkan sotong & ubi kentang jika perlu masukkan sedikit air untuk mengempukkan ubi.
  4. Masukkan juga sos tiram dan garam
  5. Bila dah empuk ubi tu baru masukkan santan & asam keping dan biarkan merenih seketika..kacau dan rasa....kalau terlalu pekat tambah air....kalau terlalu air tambah santan...ikut citarasa anda sendiri....


Sunday 18 May 2014

Kek Kukus Hawflakes...


Sememehnya kek aku...
Tak kira aku nk tepek gk...
Tak nak tengok boleh tutup mata...
Erkkk boleh ke gitu ek...
Ko godek ngahari td....
Sedap bila makan panas2 time hujan td....
Oklah xleh nk celoteh panjang2...
Nak mandikan si kecik ni plk...

SUMBER : As @ Teratak NurKasih / Kak Fida

Bahan2nye:
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus
220 g tepung gandum*
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes
 
Cara-caranye lak:

- Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
- Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
- Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
- Loyang dialas kertas dan sapu minyak.
- Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
-Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
-Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
-Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Bawal Goreng Ketumbar....


LUnch yang simple jer ari ni....
Ikan bawal pun goreng biasa jer...
Special ckit sebab tumbuk ketumbar....
Rasa cm ikan berempah pun ada....
Rempah2 dia tu bikin ikan aku tu cm color terhangit...
Tapi bukan la rasa arang wei...
Lauk simple jer sebab si kecik ku ni meragam xnak tido...
Memang dia susah betul nak tido...
Memang nak aku ni berzikir la, menyanyi la, meraung pun ada...
Baru dia nak tido....huhuuhuh
Ikan ni pun suh en somi yang goreng...
Oklah kalau bab goreng ikan boleh la diharap...hihiihih


Bahan2:
  • Ikan bawal
  • Bawang merah*
  • Bawang putih* [ditumbuk kasar]
  • Ketumbar biji*
  • Cili kisar
  • Serbuk kunyit
  • Garam
Cara2:
  1. Bersihkan ikan dan taburkan garam dan kunyit
  2. Ratakan cili kisar, dan bahan2 tumbuk pada badan ikan
  3. Perap ikan seketika
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng
  5. Goreng dengan api sederhana hingga ikan masak

Friday 16 May 2014

Biskut Chocolate Oats Crips...


Sesi menghabiskan sedikit oat yg ada ni...
Sebelum expired baik la buat cookies ni...
Pestime mencuba....
Alhamdulillah rusydi suka sgt....
Tak rugi ku mencuba...
Boleh jadi salah satu biskut raya tahun ni...
Senang dan sedap...
Buat plk ngah malam....
Gambar pun xberapa cantik...
Maklumlah cahaya lampu + camera plk cap hayam jer...
Tu yg nampak gelap je biskut ni...nak kata hangit xde la hangit plk....
Oklah aku panjangkan plk resepi ni kat sini yer...

SUMBER : K.Mas Duniaku / MakLang Azie / Izahdaud / Kak Zana

 
Bahan :
  • 130g tepung gandum - ayak
  • 30g tepung jagung - ayak
  • 20g serbuk koko -  ayak
  • ½ sk serbuk penaik - ayak
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak 
  • ¼ sk garam
  • 90g Quaker Oat Segera
  • 4-5 sudu nestum 
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
  • 1/2 cawan choc chips
Cara membuatnya :
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit 

Mamak Mee Goreng...


Bekfes pagi jumaat nih...
Sempoi jer.....
Oklah xde idea plk nak karang ayat banyak2...
Layan resepi kat bawah yer...

Bahan2nya:-
100gm mee kuning
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 batang karot
1/4  kubis
1/2 keping tauhu yang telah digoreng
1 biji telur
1 sudu cili kering yang telah dikisar
cili merah hiris halus
1 sudu kicap
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara2nya:-
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan cili kering dan kicap. Seterusnya masukkan mee kuning, kacau hingga sebati. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan masukkan telur & tauhu dan akhir sekali masukkan cili merah, kubis dan karot. 


Tuesday 13 May 2014

Kek Coklat Kukus Lapis Creamcheese....


Dah lama tak membaking...
Resepi dah kemain panjang dalam list...
So malam tadi terus godek2 sebijik kek untuk esok...
Tapi bila bangun pagi2 tgk dh suku hilang...
Siapa lagi kalau bukan en somi ku...
Dia memang selalu gk tido lewat siapkan keja dia...
 
Alhamdulillah tak rugi ku cuba kek ni...
Sedap woooo...
Tapi gmbar ku cam biasa la...
Tak bleh lawan la kekawan yg dh pro tuh....
Janji ada gambar kan....
Okeyla kat sini aku panjangkan lagi resepi kek yg sedap ni....

SUMBER : Azita Zain

Bahan-bahan :
  • 180gm mentega
  • 120gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 120gm tepung gandum
  • 2 sudu besar penuh serbuk koko (**)
  • 2 sudu teh baking powder (**) - diayak bersama
  • 1 sudu teh esen vanilla

Lapisan Krimcis :
  • 250gm krimcis
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen lemon

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan dan lenser loyang dengan mentega. Alas dengan baking paper.
  2. Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga kembang.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. Tuangkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  7. Tuangkan adunan krimcis dan ratakan. Tuangkan pula baki adunan kek dan ratakan.
  8. Kukus selama 40 minit atau hingga masak.
  9. Tunggu hingga sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Lapisan Krimcis :
  1. Pukul krimcis dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen dan pukul lagi hingga kembang.

Monday 12 May 2014

Bila Dah Kebulur....


Elok aku masuk dapur...
Dia pun menekor kt belakang...
Naik atas kerusi bukak saji....
Tengok2 kosong jer.....
Aku tanya la dh lapar ke?
Lapar dia cakap...
Alahai Rusydi mama baru nk masak...
Terus sentap okey bila aku ckp cmtu...

 Lastly aku bancuh teh o...
Bagi dia biskut....
Nah makan ni dulu....
Nanti baru mkan nasi....
Kesian plk aku nengok dia mkan biskut jer...
Macam aku dalam pantang jer....

Nampak berselera jer dia mkan...
Dah kebulur kan...
Makan la apa yang ada...
Rusydi ni memang tak memilih bila makan....
Apa yg ada dia makan....
Sayur pun makan....
Buah-buahan apatah lgi....
Janji anak mama sihat kan....

Sunday 11 May 2014

Kerapu Tiga Rasa & Telur Goreng Masak Kicap....


Baru nak tayang menu lunch td...
Semalam en somi beli kerapu 2 ekor...
Katanya suh bikin tiga rasa...
Dah lama tak makan...
Memang pun aku rasa dh lama tak masak tiga rasa nih...
Salah satu peberet en somi bila makan ngn tomyam...
Tapi tula hari ni takde plk aku nk wat tomyam....
Makan jer la apa yang ada kan....

 
 
 
Bahan2 :

1 ekor ikan kerapu
1 biji bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di kisar
1/2 btg karot di potong dadu
1/2 btg timun jepun dipotong dadu
1 biji tomato di potong dadu
1 biji lada benggala dipotong
2 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
2 sdb sos tiram
garam secukup rasa

 
 
Cara2:

-ikan dibersihkan dan dilumur sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing
-Tumis bawang besar dan bawang putih..setelah itu masukkan karot, timun, tomato dan lada benggala. kacau seketika..masukkan pula sos cili, sos tomato dan sos tiram dan diikuti sedikit air.
-Setelah masak, curahkan kuah ke atas ikan tadi.. 

Ni plak sebagai tambahan je...
nak jugak tayang yer...
Tak kisah la....
Telur kicap ni memang peberet semua orang kan...
Semua pandai nk masak telur kicap ni...
Tapi nak gk taruk resepi...
Aku copy dr umah K.Aznanie ni jer...
Sebab sama jer ngn cara aku bikin...






Bahan-bahan :
3 biji telur
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji lada kecik - diketuk
2 ulas bawang putih - diketuk
Kicap - sebanyak mana yang diperlukan
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit air masak



Cara membuatnya :
Telur digoreng mata kerbau
Asingkan telur
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan lada kecik
Bila bawang dah layu, masukkan kicap dan air masak
Masukkan juga ajinomoto secukup rasa
Kacau-kacaukan
Tutup apinya
Curah kuah kicap di atas telur goreng mata tadi.
Siap untuk dimakan

Saturday 10 May 2014

Asam Pedas Ikan...


Hari ni en somi lunch ngn asam pedas jer...
Aku hanya mampu tengok jer....
Dah 32ari pantang....
Tak sabar nk hbis pantang nih....
Byk nk try resepi baru...
Kan bila buat dalam pantang kan...
Aku jgk yang tak tahan nanti...
Asyik dok telan air liur jer...
 



Friday 9 May 2014

Daging Masak Hitam Ala Mamak....


Salam Jumaat semua.....
Rasa lama plk tak masuk en3 ni...
Nak wat cmne takde masak special pun...
Hari ni masak lauk kegemaran en somi...
Dah brapax masak lauk ni...
Memang menepati citarasa kami...
Tapi hari ni terkering ckit sbb sibuk ngn si kecik ni nk menyusu...
Dia kalau menyusu memang lama....nk melekap jer...
Nasib baik tak hangit dAGING aku...
Okey lah resepi kt bawah yer...


 Bahan Utama  

400 gm daging ~ dipotong nipis 
1 biji kentang di potong 6 
Minyak Masak 
Rempah 4 sekawan  

Bahan A
6 tangkai Cili Kering Dibelah 2, buang biji n Direndam seketika supaya lembut ~ (Nak Pedas,leh letak lebih) 
2 ulas Bawang Putih Dihiris Nipis
6 ulas Bawang Merah Dihiris Nipis 
1 Inci Halia Dihiris Nipis 
1 Sdt Jintan Manis(Biji) 
1Sdt Ketumbar(Biji)  

Bahan B
1 Batang Serai Diketuk 
2 Sdb Tomato Soup Kimball  
1 Sdb Tomato Puree 
6 Sdb Kicap Masin Cap kipas Udang 
5 Sdb kicap Manis Cap Kipas Udang 
1 Sdb kicap ABC 
Garam Gula n perasa jika perlu. tapi aku xletak dah..
 
Bahan C
1 Sdb Minyak 
2 Ulas Bawang Merah Dihiris Nipis 
1 Ulas Bawang Putih Dihiris Nipis 
Daun Kari  

Cara-cara menyediakan  
1. Goreng bahan A dengan sedikit minyak hingga layu n naik bau, sejukkan seketika & blend hingga halus dengan menggunakan sedikit air n minyak gorengan tadi. 
2. Dalam mangkuk @bekas yg sesuai, perapkan seketika bahan kisar n sedikit daun kari bersama daging yg dipotong nipis. 
3. Panaskan kuali, masukkan daging yg diperap tadi, kentang n semua bahan B. Biarkan masak dalam api perlahan supaya pecah minyak. Tambah air jika perlu. Masak hingga agak kering sedikit. 
4. Setelah daging n kentang empuk, tutup api letakkan dalam pinggan yg sesuai, ketepikan dahulu. 
5. Dalam kuali yg lain masukkan minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan, masukkan daun kari kacau2 kejap & terus tuang ke dalam pinggan daging tadi. Bolehlah dihidangkan bersama nasi@roti..