KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Saturday 29 March 2014

Kek Karot Kukus....


Tekak ni teringin benar nak makan kek karot...
Actually ni karot kek yg ketiga aku...
Tapi yang pertama versi kukus...
Lembut jer bila makan....
Tak rugi mencuba...
 

Hujan2 tadi makan plk kek ni...
Fuhhh heaven k....
Rusydi plk dok kutip kismis jer...
Buah prune aku tak letak sbb takde stok kt umh...
Nak g kedai malas...
Guna jer apa yg ada...

SUMBER : Is @ Dapur Kecik 

 
Bahan-bahan:-
250gm butter
150gm gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200gm carrot (diparut, celur dan toskan)
100gm prune (dicincang)
50gm kismis
230gm tepung gandum *
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis * (semua bahan bertanda * diayak sekali)

bahan topping ;-
250gm cream cheese
125 yogurt (plain atau berperisa)
2 sudu besar gula icing


Cara-cara:-
  1. panaskan kukusan
  2. Putar butter dan gula hingga kembang
  3. masukkan telur satu persatu sambil terus putar
  4. masukkan esen vanilla
  5. masukkan bahan yang diayak, gaul rata
  6. masukkan carrot, plum dan kismis, kacau sebati
  7. Lapik loyang 8x8x3 dengan kertas minyak kemudian tuang adunan, tutup dengan foil.
  8. kukus selama 50 minit hingga 1 jam.
  9. sejukkan sebelum sapu topping.
Topping :-
  1. Putar cream cheese hingga lembut.
  2. masukkan gula icing dan terus putar sebati
  3. masukkan yogurt putar sebati.
  4. siap untuk disapu atas kek carrot anda..


Tuesday 25 March 2014

Asam Rebus Daging Melaka.....


Adalagi yer entri lauk pauk...
So maknanya tak beranak lagi la aku nih...
Dah 38wks....Berdebar2 ko.....
Nak tak nak memang kena lalui jugak la.,..
Tak sabar pun ada...
Baru ni check up doc cakap semua sihat....
Baby pun dh 2.4kg.....
Janganla besar sgt...
Sesak nafas ku fikir cmne nak teran nanti...
Rusydi dulu 2.65kg pun bervakum bagai...
Maklum la xde pengalaman...

Okla berbalik pada asam rebus rini...
Resepi ambk kt umh Kak Jee...
Terliur plk bila tgk kuahnya....
Menghirup bagai aku tadi....
Ngan kuah masam2...nyummm...
Menepati rasa kt tekak aku nih....

SUMBER ; Dapur Kak Jee

BAHAN2NYA:

300 gms daging
2 biji kentang
5 batang cili merah *
3 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 inci belacan*
2 inci halia*
3 batang serai diketuk
4 keping asam keping
daun kesom

CARA:

Rebus daging hingga empok. (Kjee pun rebus walaupun guna daging batang pinang. Tapi taklah lama2 sangat).

Sementara itu, kisar semua yang bertanda *.. Apabila daging sudah elok lembutnya, masukkan bahan2 kisar termasuk cili kisar ke dalam periuk bersama daging rebus dan sia rebusannya tadi. Didihkan. Masukkan juga kentang yang telah dibelah 4. Masukkan sekali serai dan asam keping serta daun kesom. Didihkan guna apa sederhana. Kalau tak cukup air, tambah tau. Bubuhlah perasa dan garam.


Sunday 23 March 2014

Sundae Strawberi Sirap....


Nak tayang buat hilang dahaga panas2 nih....
Nyaman di anak tekak ooo...
Padahal air sirap jer...
Disebabkan ada aiskrim sundae strawberi dlm icebox...
Aku masukkan sekali...
Jadi la nama kemain lagi...
Hahahahaha....
Jemput minum.....


Friday 21 March 2014

Maggie Goreng...


Dinner orang malas malam nih....
Maggie goreng jer...
Malas nak masak nasi ngn lauk...
Layan jer la resepi kt bawah...

Bahan-bahan :

3 bungkus maggi kari
*1 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
*segenggam udang kering (kisar semua bahan2 bertanda *)
tauhu
sedikit taugeh 
kubis
karot
udang
dada ayam 

Cara membuatnya :

1. Tumis bawang dan bahan kisar tadi sehingga naik bau.
2. Bila dah terbit minyak masukkan perencah maggi kari. 
3. Masukkan udang dan isi ayam. Kacau sehingga ayam masak.
4. Masukkan tauhu dan diikuti dengan maggi. Gaul sehingga rata.
5. Jangan lupa masukkan kubis, karot ngn taugeh. Gaul lagi sehingga bahan2 tu mesra semua yer. If nak       masukkan perasa boleh jgk. Macam aku dh tak masukkan apa2 dh sebab dh cukup rasa perencah kari tuh...
6. Boleh angkat dan hidangkan dengan timun dan limau kasturi.






Sepetang Di Putrajaya...



Sepetang di Putajaya semalam...
Sesajer jalan2...
Lepas tu jadi plk tragedi kelakar anak teruna ko terjun kolam kecik tuh...
Actually papa dia ajak main2 lompat cmtu...
Lepas tu baru papa dia borak ngn aku..
Anak dia dh berenang dalam tuh..
Habis basah baju...
Dan mula la kami menjadi perhatian bila Rusydi ni melalak plk xnak naik...
Dia kan pantang jumpa air....

 

Nasib baik mmg aku sentiasa standby baju spare...
Lastly tukar baju la plk...
Menangis2 la jgk sbb nak berenang lagi...
 

Masa ni dah ok...
Siap bergambar bagai...
Mak buyung la tukang ambk gambar...
Nak bergambar malas...
Sebab muka dh ntah apa2 skrg...
Semua dok kembang mambang...
Huaaaaa....

Kemain lagi dua beranak nih....
Apapun love both of u.....

Menangis plk time ni..
Sebab nk suh papa dia wat mcm tadi...
Papanya dah tak larat....
Bagi jalan tak larat nak kejar...
Bila dukung sakit pinggang....
Budak ni berat ooo......










Thursday 20 March 2014

Popcorn Ayam....


Kudap-kudapan kala hujan di petang hari...
Tiba2 rasa nk menguyah...
Godek2 dalam peti tgk stok nugget dh takde..
Akhirnya keluarkan ayam...
Cari bahagian dada ku potong kecik2 nk bikin popcorn....
Syok wooo makan panas2...
Sepinggan ni aku ngn Rusydi jer dok makan....
Malas nk cicah sos bagai...
Telan jer cmni...
Abaikan jer la ayam aku tu seakan2 hangit (erkk mmg hangit pun)...
Dalam resepi ni aku skip breadcrumbs..
Sebabnya memang xde stok la kt umh aku ni...
Pakai yg ada jer.....
Jadi aku guna kaedah keempat....
 

SUMBER : Izah Daud & Kak Hana

Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
  • *sedikit garam dan gula
  • *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
  • *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
  • *1-2 sb susu segar
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • olive oil utk spray - jika bakar gune oven
  • lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng

Cara-cara
  • Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
  • Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
  • Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  • Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
  • Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.

Tuesday 18 March 2014

Pizza Gebu....


Alhamdulillah dah berapa hari cheras ni hujan...
Ni pun baru lepas hujan...
Hujan2 nih perut pun berkeroncong...
Bikin pizza pun sodap...
Bila pizza nih memang resepi CMG la ku guna...
Memang gebu wooo.....
Tapi cm biasa la pic aku biasa2 la...
Memang xleh banding ngn CMG la...
Aku memang surrender awal2....hihihiih...


BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 gram tepung gandum
6 gram yeast segera (mauripan)
10 gram gula halus
1 1/2 camca besar madu
1 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam
170 ml air suam (dan lebih sedikit jika perlu)
20 gram mentega
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN TOPPING :-)
Hirisan atau parutan keju mozarella secukupnya
2 tin ikan tuna, toskan
2 cawan nenas yang dipotong kecil
1 biji cili merah dhiris nipis
3 batang sosej dihiris nipis
Sos tomato secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan tepung gandum, yeast, gula halus, bread improver dan garam dalam mangkuk adunan, putar sebati. Tuang air sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah mentega dan adun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik cling. Biar doh naik (kurang lebih 45 minit).
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 200C. Keluarkan doh, uli sekejap. Bahagi doh pada 2 bahagian. Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ambil1 bahagian doh, canai sedikit, kemudian alih ke dalam loyang bulat yang telah disapu sedikit minyak zaitun. Tekan2 doh tadi sehingga memenuhi loyang dan pastikan kelilingnya sedikit tebal. Buat kaedah sama untuk 1 bahagian lagi.
  3. Sapu sos tomato secukupnya, tabur 1/2 bahagian ikan tuna, 1/2 bahagian nenas, cili merah dan juga sedikit sosej. Tabur keju mozarella atasnya (yang ni ikut anda samada nak banyak atau kurang). Bakar 20 - 25 minit. Keluarkan dari oven dan boleh dihidangkan bersama sos kegemaran anda...

Monday 17 March 2014

Laksa..Anniversary yang ke-3...


Sempena anniversary perkahwinan kitaorg hari ni en somi request nk makan laksa...
Nanti malam baru kuar celebrate...
Tak kisah pun aku kalau tak kuar celebrate pun...
Ada dia ngn anak kat umah ni pun xpe dah..
Dengan kandungan aku 9bln ni bila2 masa jer..
 
 

Ingatkan nak buat kek sebijik...
En somi cakap tak payah la,...
Dah buat laksa utk dia pun dia dh bersyukur..
Kek nanti kita beli kt luar je..


 Bahan-Bahan :-)
  • 1 kilo ikan selayang
  • 2 kilo laksa basah - celur sekejap ngan air panas
  • 4 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 8-10 tangkai cili kering*
  • 2 inci belacan*
  • Daun kesom - ambik sedikit untuk blend
  • Bunga kantan - ambik sedikit untuk blend
  • 6 keping asam gelugur
  • Garam dan bahan perasa secukup nyer
  • air secukup nyer
  • Bahan2 yang bertanda * blend dan lumatkan
Bahan-Bahan lain
  • Hirisan bawang besar
  • Hirisan Cili Merah
  • Hirisan timun di hiris kecil memanjang
  • Hirisan daun salad
  • Telur Rebus
  • Limau kasturi
Untuk Kuah Laksa :
  • Bersihkan ikan dan rebus dengan sedikit air dan 4 keping asam gelugur
  • Dalam periuk lain renehkan bahan2 yang telah di blend dan sebahagian lagi daun kesom dan bunga kantan dan juga lebihan asam keping dengan segelas air sehingga hilang bau lada nyer..
  • Untuk ikan yang telah di rebus tadi asingkan isi dan tulang ikan.. blendkan tulang2 ikan hingga lumat dengan segelas air dan tapiskan (teman tapis 2 kali) ambil air nyer dan buangkan sisa2 tulang tu...
  • Masukkan air tulang tadi kedalam periuk yang sedang di renehkan.. teruskan memasak
  • Isi ikan ditumbuk2 agar sebati dan tiada lagi tulang2 halus.. pastu masukan kedalam kuah yang sedang di reneh... teruskan memasak sehingga mendidih dan letakan bahan perasa secukup rasa
  • Sediakan mangkuk letakan laksa dan hiaskan dengan bahan yang telah dihiris tadi sebagai pelengkap dan sendukkan secukup nye kuah laksa kedalam mangkuk... sedia untuk dihidangkan...

Saturday 15 March 2014

Jus Carrot Susu....


Nyaman anak tekak malam2 ni dapat sedut jus carot nih...
Tak tahan oo ngn cuaca panas2 nih..
Camne la aku nk pantang nanti klu cuaca cmni...
Mencabar betul nanti...
Moga2 cuaca ok la nanti....
Tapi kebanyakkan tempat petang tadi dh hujan...
Kat cheras ni jer cuaca panas lgi...
Setitik hujan pun tak turun...
Tapi Alhamdulillah jerebu takde plk hari ni....
Ok la jemput minum semua...
Resepi tak payah la semua orang dah pandai buat jus carrot susu nih...



Spaghetti Sos Tomato....


Hari ni tayangan menu lunch takde nasi...
Rasa cm nak masak spaghetti....
Tapi taknak guna prego...
Alih2 jumpa la resepi yang xguna sos prego tuh...


Bahan2:
250gm spaghetti (direbus dengan sedikit minyak zaitun hingga lembut dan toskan)
400gm daging kisar
1 biji bawang besar Holand (didadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 tin tomato puri
1 biji tomato didadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar lada hitam dikisar
1 sudu kecil serbuk oregano
1-2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
1.       Panaskan minyak  dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
2.       Kemudian masukkan daging kisar dan lada hitam, masak hingga daging betul2 masak.
3.       Masukkan pula tomato dadu,tomato puri, cendawan butang.
4.       Bila mendidih masukkan sos tomato, sos cili, dan serbuk oregano serta air.
5.       Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Masak hingga mendidih dah kuah kelihatan agak pekat.
6.       Bolehlah dihidangkan dengan spaghetti yang telah direbus tadi.
 
 

Friday 7 March 2014

Puding Roti Berkaramel..


Awal plk aku bersiaran rini yer...
Nak tayang dessert lagi...
Dengan cuaca panas2 nih memang laku la dessert cmni...
Pagi tadi pun dh sekeping aku bantai..
 

Malam tadi membikinnya...
Pagi ni baru merasa....
Alhamdulillah memenuhi citarasa anak tekak aku.,..
Tak rugi mencuba....
Resepi dibawah yer...

SUMBER : Bakery 2 Embroidery & DjDayang Jack

 Bhn2

Karamel
1/4 cwn gula pasir
1/4 cwn air
- masak gula dlm loyang hgga perang. Pastu masukkn air. Kacau segera supaya x berketul. Bila dh cair sepenuhnya. Tutup api & ratakan pada loyang. Ketepikan

Puding
3 keping roti.. siat2kan 
2 keping biskut kraker
1 1/2 cwn susu cair
1/2 cwn air suam
1/4 cwn susu pekat
1 tsp esen vanila
3 biji telur - kacau perlahan jgn sampai berbuih



Cara2
1. Blend semua bahan puding hgga halus kecuali telur
2. Tuang hasil blend ke dalam mangkuk telur yg dh dikacau perlahan td. Pastikan mangkuk telur tu besar ckit ye. Kacau sebati ngn perlahan-lahan
3. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang yg ada karamel td
4. Kukus selama 45minit @ hgga puding masak.. Pastikan periuk kukusan telah dipanaskn terlebih dahulu & penutup periuk dibalut ngn kain/towel bersih..
5. Bila dh masak, kuarkn dr periuk kukusan & biar btol2 sejuk baru kuarkn dr loyang. Pastu sejukkn dlm fridge & then bleh hidang.

Thursday 6 March 2014

Kari Kepala Ikan Tanpa Santan...


Lunch hari ni ngn peberet en somi...
Makan dah tak toleh kanan kiri...
Suka sangat dia kalau dapat kepala ikan ni....
Ok lah tak dapat nk celoteh byk2 sbb pinggan penuh kat sinki...
Baju tak berbasuh lagi..
Sebab tadi kemain lama lgi nunggu check up 34weeks...
Ok la resepi dibawah jika nak mencuba...


Bahan-bahan :
  • Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
  • kacang bendi
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit halba campur
  • tomato (dibelah 4)
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
  • garam dan sedikit gula
  • air asam jawa
Cara-cara :
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan