KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 26 July 2016

Ayam Goreng Berempah...



Sila jgn gelak tgk ayam goreng berempah aku tuh...
Bukan hangit okey...
Tapi taktau la cmne color dia cmtu...
Hahahha....
Okey resepi kat bawah

SUMBER : resepibonda

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**

**ditumbuk atau dikisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.

2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

3. Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.

Selamat Mencuba

Monday 18 July 2016

Kek Coklat Lembap...



Semalam merajinkan diri buat kek sebab ada org nak dtg umh...
masa raya ritu tengok Rusydi suka sgt makan kek coklat ni...
Masa tu kat umh tok chik dia entah sapa buat entah...
So dia ckp dia suka sgt kek coklat..
Mak dia ni rajinkan la diri buat..
Kemain excited dia...
Memang dok ulang makan la jawabnya...
Sedap angkat ibu jari cakap terbaik...
Kembang montot mama dia ni...

SUMBER : ulampegaga

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko 
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat 
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu pekat 
1 cawan gula 
1 cawan air panas
3-4 biji telur 
coklat masakan/ coklat rice badam (untuk hiasan..apa-apa yang anda suka)

Cara-caranya:

Tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan soda..campur sekali dalam satu bekas ( tak ayak pun takpe)
Kemudian, dalam mangkuk yang lain..kacau telur dengan gula..pakai handwhisk je
Bila gula dah hancur sedikit..terus masukkan minyak masak, kacau sekejap, masukkan susu pekat, kacau lagi dan masukkan air panas
kacau perlahan-lahan je semua bahan tu..dah sebati masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
Kacau sampai tak nampak ada yang ketul-ketul.
Lengserkan loyang dengan marjerin (elakkan kek melekat)
Masukkan bancuhan kek tadi dalam loyang dan kukus hingga masak (lebih kurang 45 minit/1 jam)


Friday 15 July 2016

Oreo Muffin..




Haaa sesi tayangan muffin...
Gomuk2 kan...
Macam tuan dia dh....

Rusydi sibuk ajak mama dia buat biskut...
Mama  dia pulak mmg malas...
Bila ku fikir kalau biskut mmg lama giler plk...
So decided buat muffin....

Aku buat adunan..
Rusydi pula masukkan dlm bekas...
Tengok la tu macam lori terlebih muatan...
Kemain byk dia letak...
Aku suh letak ckit...
Banyak jugak dia letak..
Lantak la nak...

So pagi ni excited nak bawak g scholl tunjuk kat teacher
Aduhaiii...
Jangan teacher dia cakap pehal mama rusydi nih...
Sememeh je muffin dia buat.....
Hhuhuhuh...