KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 21 August 2017

Nasi Tomato & Ayam Masak Kandar....


Hari sabtu bini keluar main masak-masak..
Sampai lupa nak masak untuk laki ngn anak-anak2..
Apa la nak jadi kat aku ni...
Nasib la laki tak membebel...
Dia siap2 beli KFC masa hantar aku tu...
Sory la yer...
So ahad tebus dengan menu ni...
Tengok diorang makan menambah2...
Lega hati i tau...
Nasi tomato ni aku pakai beras basmathi Moghul...


Bahan2:
500 g beras basmathi (dibersihkan)
4 biji tomato (dikisar)
500 ml air
125 ml susu cair
3 sudu makan sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
2 sudu makan minyak sapi
2 cn kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih( ditumbuk)
sedikit kacang gajus ( option) 
sedikit kismis ( option)
1 biji bawang besar ( dihiris)
sedikit bawang goreng
sedikit daun ketumbar (dihiris)


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan menumis hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng sekejap hingga rata.
3. Masukkan sos tomato, tomato kisar, air, susu dan daun pandan.
4. Tanak nasi seperti biasa.
5. Setelah masak taburkan buah gajus, kismis, bawang goreng dan daun ketumbar…



Makan dengan ayam masak kandar ni...
Aku tengok Kak Nor buat kuah dia pekat...
Tapi asben aku cakap..
Buat Berkuah sikit la...
Sebab Rusydi suka letak kuah banyak2...

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
1/2 cawan kicap pekat
1 s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
1 kiub ayam
garam secukup rasa

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering- Yatie guna 1/2 cwn cili kisar
3 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/kjintan manis
1 s/k jintan putih

Bahan Tumis
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manisMinyak masak..saya campurkan dengan mentega sikit
1 ulas bwng putih- hiris
2 ulas bwng merah hiris


Cara-cara masak:
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.

Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.




Siyes mmg tak rugi cuba tau..
Ni mmg pestime aku try...
Kalau ada acar timun...papadom ke lagi best...
Aku malas nak buat acar tu....
Papadom pun malas nak goreng...
Hahhahaa...




Main Masak- Masak Dengan Group Tupperware


Sabtu hari tu punya aktiviti..
Jumaat tu kawan aku Wani ni ajak join masak-masak dengan group dia..
So aku pun join jer la..
Menyelit sekali..
Wani ni mmg aktif la dengan tupperware...
Aku ni setakat  bekas tupperware tu ada la..
Takde la banyak mcm dia...
Tipuware jer la banyak..
Dia sekali bawak...mmg cukup lengkap bahan..
Jeles i tau...
I tak mampu nak follow hobi mahal diorg ni...


Ala- ala belajar kulinari gitu tau...
Hahhaa...
Nak-nak tangan keras kematu cam aku ni....
Memang ke laut la jadinya...
Menu ritu ada 3...
Popcorn ayam
Garlic & mushroom soup
Grill Chicken Wings





Ni dia menu 1st...
Popcorn ayam...
Kitaorang bantai buat dah macam nugget gitu...
Hahahaha...
Ni kitaorg kisar sendiri ayam guna Fucion Master Mincer...
Excited weii bila guna benda tuh...
Senang pun senang...
Lepas ni kalau nak beli..
Aku buat sendiri jer la nugget...hahaha
Itu kalau rajin...

Image result for blend ayam tupperware
Ini la pic benda tu..(sumber en google)




2nd menu...
Garlic & mushroom soup...
Ni lagi la...
Kisar guna Speedy Chopper...
Ni lagi la buat aku tak tahan...
Balik siap merengek2 lagi ngn asben...
Siyes benda ni mmg aku admire ko...

Image result for chopper tupperware
Ini la benda tuh....



Last menu...
\Ni bakar atas non stick pan dia...
Ni lagi la...
Siyes...bila goreng telur...
Telur siap bleh goyang2 lagi ko...
Memang betul2 non stick..
Ni lagi la..nak tanya si Wani pun takut..
Takut aku pengsan dengar harga dia gtau...
Hahhahaa..

Image result for non stick pan tupperware
ni la pan tu...

Wani yang sebelah aku tu...
Mmg best la join camni...
Aku mmg jadi tukang menyibuk jer...
Hahahaha...










Wednesday, 16 August 2017

Maggi..


Bila malas nak masak..
Perut pula lapar..
Ini dia la jadinya...
Sedap pun sedap kan...
Sesekali teringin apa salahnya...

BAHAN-BAHAN : 
1 peket maggi kari 
setengah biji bawang merah - dipotong kecil 
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus 
cili merah - dipotong kecil 
sedikit sawi putih - dipotong 
sedikit cendawan - saje aku letak sbb nampak ada dalam peti
1 biji telur
air secukupnya untuk kuah 

CARA MASAK : 
Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan wangi . 
Masukkan serbuk perencah kari manggi dan kacau dengan cepat supaya tak hangit serta boleh terus masukkan air secukupnya . 
Biarkan kuah mendidih masukkan cili merah serta masukkan telur , biarkan seketika sehingga telur masak kemudian boleh dimasukkan sayur dengan mee maggi . 
Kacau semua bahan bila mee sudah lembut boleh la ditutup api dapur dan hidang.

Tuesday, 15 August 2017

Breakfast...



Pagi ni layan cekodok sajer..
Bangun pagi2 dah hujan...
Uishhh rasa cam nak tarik selimut jer..
Pastu call boss cakap nak mc..
Hahahaha...
Tapi bila fikir keja takde orang boleh tolong..
Terpaksa jugak datang opis rini...



Monday, 14 August 2017

Me...29yrs


10Aug...
Alhamdulillah...aku genap 29 tahun...
OMG...dah tua kan...
next year dh 3 series..
Orang cakap pompuan bila dah 3series..
Nanti makin cantik..
Tak sabar aku ...hahaha..

Bersama budak 2org ni....hahaha...aku yg paling tua...budak 2org ni baru 24...


Sambut berday kat opis baru...
Boss baru..
Cuma kami berlima jer dr opis lama...
Nasib la kepala boss semua sama...
Kalau tak stress ko keja..
Bila tengok boss asyik muka ketat...

Thanks my head, Siew Ai yang belanja kek & makan kt pizza hut.....
Tracy Lee, aku, Siew Ai....depan sekali tu..kaki selfie punya org cik baby..hahhaha


with all colleagues...ada sorang lagi Adrieanne...masa ni kt china...kena outstation....

With Mr Clement, COO aku...dia ni pun kepala boleh masuk jugak la...yer la kalau dah aku dok depan pintu bilik dia jer...nak membuta pun susah ko....

dengan cik baby...hahaha...ekceli berday dia 9/8...aku 10/8...











Monday, 7 August 2017

Nasi Lemak..


Bekpes pagi ni merangkap bekalan lunch...
Makin berlemak-lemak la badan ni...

Bahan Untuk Nasi

3 cawan beras
3 hiris halia
3 ulas bawang merah - hiris
1 cawan santan
3 cawan air - boleh tambah jika atau dikurangi bila diperlukan
1 helai daun pandan 
secubit garam
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan


Cara Buat Nasi Lemak

1. basuh beras dengan air sehingga bersih kemudian toskan hingga hilang airnya.
2. siapkan perikut dan pijarkan minyak kemudian tumis serai, daun pandan, halia, bawang sehingga wangi.
3. masukan air dan santan kemudian masak sehingga mendidih. tambah garam dan kacau rata.
4. tuangkan beras yang sudah kita toskan tadi ke dalam periuk nasi. kemudian kita tuangkan juga santan yang sudah kita masak tadi dan masak nasi seperti biasa.
5. bila dah masak kacau nasi menggunakan chopstick agar beras tak patah.


Bahan Untuk Sambal

6 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar - hiris
1 biji bawang tumbuk - hiris
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji bawang besar - ditumbuk
sedikit air asam jawa
segenggam ikan bilis ( sebahagian di goreng dan sebahagian di tumbuk)
sedikit gula, garam, dan perasa


1. tumis cili giling, bawang putih, bawang besar, ikan bilis, dan bawang merah sehingga pecah minyak. kemudian masukan bawang besar hiris, air asam jawa, dan sedikit air agar sambal tidak pekat.
2. Sesuaikan rasa dengan gula, garam dan perasa. Angkat.

Friday, 4 August 2017

Mee Goreng..



Bekpes pagi tadi...
Sekali bekalan lunch aku kat opis...


Bahan2 
1 peket mee  
3 ulas bawnag putih - diketuk 
3  sudu besar cili kisar * 
2 sudu besar sos cili* 
1 sudu besar sos tomato* 
1 sudu besar kicap* 
(qty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2) 
2 biji telur 
ayam (ikutlah nak letak apapun) 
sawi, 
garam dan gula secukup rasa 
sedikit minyak untuk menumis 

Cara2 
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan masukkan cili kisar. 
kacau sehingga cili masak masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi. masukkan ayam perisakan dengan garam dan gula secukupnya pecahkan telur, kacau sekejap,
Masukkan mee yang telah ditoskan.kacau sebati masukkan sawi.
kacau sebentar. padamkan api. sedia untuk dihidangkan