KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday 21 December 2017

Lempeng Pisang..



Lempeng pisang bekpes pagi ni...
Kononnya mood nak balik kg dah datang...
Itu yg menu kampung nih...
Jumaat ni balik kampung kelantan...
Kelapa parut lupa beli...
so makan jer la cmni...
sedap jgk...hihiihh

Asalnya kena balik conduct party tupperware kt kg...
So sambil menyelam minum air...
Balik la bawak budak2 ni bercuti kt kg...
Sebab nanti nak bukak sekolah dah...


SUMBER : ilhamdapur

Bahan-bahan 
2 biji pisang masak ranum, maz guna pisang philippine  
tepung gandum secukupnya 
gula secukup rasa 
secubit garam 
kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam sedikit minyak sayur 

Cara 1. 
1. Dalam mangkuk lecek pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan, masukkan gandum, jangan banyak ye nanti keras, biar lembik je bancuhannya. 
2. Panaskan kuali non stick, sapu minyak sikit dan letak 1 senduk kecik kemudian leper biar jadi bulat nipis. 
3. Masak 3-4 minit setiap bahagian dengan api perlahan biar perang. 
4. Boleh la dihidang bersama kelapa parut.


Thursday 14 December 2017

Ayam BBQ Kicap Gula Melaka...



Ada yang terliur tak tengok???
Sedap wooo ayam panggang ni...
Ada rasa pedas2 manis gitu...
Aku kemain banyak meratah...
Anak2 pun suka nih...

Aku panggang ni dalam pemanggang ajaib jer...
Senang kan...

SUMBER : dapur mamasya

Bhn2 A: 
3 s/b cili boh - 
2 keping gula Melaka 
1/2 cawan air - masak semua hingga pekat 

Bhn2 B: 
4 ulas bawang pth 
1 ulas bawang besar 
1 kiub stok ayam 
1 inci halia 
5 s/b sos lada hitam - letak 3 sb + 2 sb sos tiram 
5 s/b madu - letak 2 sb sj sbb dah habis stok tp sdg elok tak manis ayamnya 
Garam 
Butter - lumur pada ayam masa nk bakar nnt 

- blend bhn A dan B bersama2..
- lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang2nya 2 jam. 
- lumur butter dan panggang ayam 180C 50 min
- 1 jam atau hingga masak.siram atas ayam lebihan perapan dlm bekas ayam bakar. 

Tuesday 12 December 2017

Nasi Ayam Madu Istimewa....



Semalam cuti selangor kan...
Apa lagi mama memenuhi permintaan anak@ ngn asben...
Nasi ayam in d house...

SUMBER : fiza

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

UNTUK REBUS
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

UNTUK PERAP
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu agak garing sedikit di luar, barulah ayam lembut.  

UNTUK NASI
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

UNTUK SOS
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


UNTUK KICAP 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

UNTUK SUP
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup/sup bunjut
Garam
Daun sup yang dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup/sup bunjut, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Wednesday 6 December 2017

Kuew Teow Ladna...


Tenggelam habis kuew teow aku...
Hahhahaa...




SUMBER : iresepi


Bahan-Bahan:

500g kuey teow
kicap manis secukupnya
1 mangkuk udang
2 ekor sotong
1 ketul ayam bahagian dada
4 ulas bawang putih, diketuk
5 bili cili padi, diketuk
1/2 batang karot
segenggam sayur sawi
bunga kobis
1 biji tomato, potong 6
1 sudu besar sos tiram
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung
minyak untuk menumis
air secukupnya
Bahan untuk hiasan:
limau kasturi
bawang goreng


Cara Penyediaan:

Rebus ayam dan hiris nipis.
Bersihkan udang dan sotong. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.
Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.
Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.
Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.
Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas kuey teow tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang goreng.

Tuesday 5 December 2017

Popcorn Ayam Ala Kfc...


Kegemaran anak2.....
Aku suka potong kecik2 cmni...
Senang nak ngap...
Buat ala2 popcorn gitu...

Satu lagi sebab nak nampak byk kan....
Yer la dah la ramai rakyat...
Boleh bankrup aku...
Mau sekor ayam habis....
Boleh tgk kat sini ....
Aku follow resepi situ...
Malas lak nak taip kan....
Hhahahaha



Monday 4 December 2017

Ayam Bakar & Air Asam


Mesti ada yang lapar nasi tengok air asam kan...




ayam bakar cicah ngn air asam....
kekonon menu sihat la....
Sekali 2pinggan nasi habis....
Apaciter!!!!


SUMBER : Am flora

RESEPI AIR ASAM

2-3 mata asam jawa,
1" belacan dibakar (goreng dgn sedikit minyak kejap pun boleh),
1-2 biji bawang kecil, (dimayang halus)
3-4 biji cili padi (dipatah-patahkan) - nak pedas lagi boleh lebikan
Garam secukup rasa
CARANYA

Asam & belacan di bacuh dgn air suam (dipicit-picit hingga hancur), kemudian cili padi dipatah-patahkan & ditenyeh-tenyehkan dlm air asam tadi, masukkan hirisan bawang kecil dan sedikit garam. semua bahan tadi di ramas & digaul rata. SIAP..!
(Sedap... sgt dicicah dgn ikan bakar..!)


Monday 27 November 2017

Muffin Orange..



Dah lama tak membaking...
Semalam apa lagi...
Cuba la jgk muffin orange ni...
Sbb hari tu tengok kekawan dok post...
Teringin la jgk kan.....


SUMBER : rossamyzani

Bahannya:

2 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat 
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar parutan kulit oren 
1/2 cawan butter (dicairkan)
2/3 cawan jus oren 
1 1/2 sudu besar oren sunquick
2 biji telur
1/2 cawan kacang walnut - saya tak letak 


topping : -saya tak letak, 

1 sudu besar butter cair
1/4 cawan gula perang
1/2 sudu teh ground cinnamon


Caranya:

Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar.
Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati
Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. 
Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.
Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.
Masukkan ke dalam muffin try.(saya xde muffin tray, saya guna cam gambo tu..huhuhu)
Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.
Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.



Friday 24 November 2017

Gulai Ayam...



semalam tgk kawan dok tayang gulai daging...
kat umah ada ayam jer...
so kita gulai ayam jer la...
buat sambal belacan.,,,
goreng ikan masin....mabeles...
pagi ni cicah plk roti ngn gulai ayam....
Settle breakfast yer,,,
tak payah nak masak dh...
panaskan jer gulai semalam kan...
hihiihihh...



Monday 20 November 2017

Bubur Lambuk...



Hari tu teringin sangat nak makan bubur assyura...
Dok kat kl ni susahnya nak dapat...
Hari tu tgk pulak kawan dok post bubur lambuk...
Dah satu hal teringin...
So jumaat ritu...kena plk virus demam...
Lagi la tekak ni teringin-ingin...
Tapi apakan daya...
Orang yang demam ni pun terpaksa juga masuk ke dapur....
So satu rumah makan menu orang demam ritu...
Hahahhaha


SUMBER : blogopsi

Bahan-Bahan:

3 ulas bawang merah - hiris
3 beradik (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
santan 1/2 cawan
200 gm daging - potong kecil
2 genggam beras
2 cm halia - hiris
sedikit udang kering - tumbuk halus
sedikit halba
segenggam lobak masin - hiris nipis
garam secukupnya
1/2 sudu teh lada hitam
2 ulas bawnag putih - hiris
Cara Masak Bubur Lambuk

1. mula-mula tumis bawang putih bersama halia dan bawang merah hingga harum kemudian masukan 3 beradik, lada hitam dan halba. bila sudah agak garing masukan udang dan daging dan bila macam kerinjg sangat masukan sedikit air.

2. kacau sekejap kemudian masukan lobak masin. masak hingga sebati dan bila sudah sebati boleh penuhkan air. saya letakan 1/2 periuk dulu masak macam nasi biasa.

3. bila air sudah kering tambahkan air lagi dan masukan pula beras dan masak hingga masak.

4. akhir sekali, bila bubur sudah masak masukan santan bersama sedikit garam dan biarkan sekejap lebih kurang 5 minit dan bolehlah tutup api.

Thursday 16 November 2017

Percik Ayam Kelantan



Dah lama dah dok teringin nak buat...
Tapi tu la dok tangguh2...
Asben selalu gk suruh...
Rasanya dh berpuluh kali...
Alih2 aku suruh dia g beli kat bazaar la time posa..
Hahaha...
Semalam apa lagi...
Mood rajin hakak datang....
Cedok resepi kat sini...
Tapi aku tukar guna ayam....


SUMBER : fzmenu

6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
2 labu bawang merah besar *
seulas bawang puteh *
seinci halia *
3 tangkai cili kering *
santan untuk kuah percik
manisan *
garam
sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
1 asam keping

Caranya:


Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti atau boleh curahkan terus lebihan kuah semasa menghidang.


Wednesday 15 November 2017

Nasi Beriani & Ayam Masak Merah...



SUMBER : iBU Manja

Bahan-Bahan

1 Kg beras Mongol (saya gunakan beras Basmathi)
4 liter air
5 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
65 ml susu cair
2 sdt garam atau secukupnya
20 gm kismis *
20 gm bawang goreng * (* untuk hiasan)
250 minyak sapi
1 sdt pewarna kuning

Bahan-Bahan yang saya tambah
2 sdm rempah beriani
2 biji bawang besar, dihiris
1 helai daun pandan
1 batang serai, diketuk
1 labu bawang putih*
5 cm halia muda* (*dikisar)
100 gm badam, dikisar halus
minyak masak secukupnya

Cara-cara
1. Basuh beras bersih dan toskan airnya.
2. Sediakan air di dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan garam bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga.
4. Setelah itu, masukkan beras dan kacau rata.
5. Kemudian angkat beras tadi dan toskan airnya.
6. Letakkan satu sudu minyak sapi di dalam peruik dan ratakan disekeliling permukaan periuk.
7. Masukkan beras yang ditoskan tdi bersama susu cair. Kacau rata dan biarkan hingga nasi masak.
8. Apabila separuh masak, masukkan minyak sapi bersama kismis di dalamnya.
9. Renjiskan pewarna kuning di permukaan nasi dan kecilkan apinya. Biarkan hingga nasi masak.

Cara saya memasaknya

1. Panaskan minyak sapi secukupnya. Tumis bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Bila sudah berbau wangi, masukkan daun pandan dan serai ketuk. Kacau hingga kuning.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi hingga berbau harum.
4. Selepas itu masukkan rempah beriani dan badam. Kacau sebati hingga sedikit pekat lalu masukkan air yang telah disukat tadi dan garam secukup rasa.
5. Ketika hampir mendidih bolehlah dicuci beras basmathi dengan sekali cucian sahaja dan toskan.
6 Bila air di dalam periuk mendidih terus masukkan beras tadi. Kacau perlahan-lahan hingga air susut dan mula menampakkan bayang beras.
7. Masukkan susu cair dan minyak sapi, kacau perlahan (saya bila sudah sampai sini saya masukkan ke dalam periuk nasi eletric klu tidak pun takpe).
8. Apabila separuh masak, masukkan minyak sapi bersama kismis didalamnya. 9. Renjiskan pewarna kuning di permukaan nasi dan kecilkan api. Biarkan hingga nasi masak.





Bahan-Bahannya:
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
Kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan taburkan gajus goreng dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang...


Tuesday 14 November 2017

Lychee Lassi..


Sedapnyer.....
Hilang dahaga.....
Padahal skrg musim hujan jer....


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin laici 
1/4 cawan plain yogurt
1 cawan susu segar 
Gula secukup rasa 
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan semua bahan kecuali buah laici ngn ais kiub ke dalam alat pengisar. Kisar hingga halus.
Tuang dalam gelas sesuai, letak ais kiub dan laici boleh hidangkan. Sedap di minum sejuk...Hmmm..nyamannn...




Monday 13 November 2017

Tomyam Ladna...



Sedap bila dapat hirup tomyam...
Campurkan tepung jagung sikit dalam tomyam...
Dah jadi tomyam ladna...
hihihihi...



Friday 10 November 2017

Rendang Ayam..



Merajinkan diri semalam merendang....
Saja buat kuah banyak...
Sebab pagi ni asben mintak nak cicah roti ngn kuah rendang...

Resepi cedok kat dapur CMG...
Dia buat guna hati ayam...
Aku guna ayam jer...
Sbb takde la aku nak makan hati ayam banyak2 cmtu....
So kita kasi tukar saja...


SUMBER : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg pedal ayam
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, hiris halus
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air panas secukupnya
2 camca besar rempah kari
2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1 camca besar gula melaka

BAHAN KISAR :-)
15 biji bawang merah
4 bawang putih
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
4 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
Pedal ayam dicuci bersih, perap dengan garam, sedikit tepung dan jus limau kasturi, gaul dan biar 10 minit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan bahan kisar + rempah kari, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan pedal ayam, gaul rata dan masak hingga pedal kecut. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Tambah pati santan, daun limau purut dan kerisik, masak hingga pekat dan pedal ayam lembut, jika belum lembut, tambah air panas. Masukkan asam gelugor, garam dan gula melaka.
Bila kering, tambah hirisan daun kunyit. Gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau roti.

Wednesday 8 November 2017

Puding Marble...



SUMBER : resepi mudah

Ingredients

1 peket agar-agar 37 gm rendamkan sebelum merebusnya
6 gelas air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1 sudu besar air suam

Directions

1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendidih tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastard dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastard dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan sendukkan adunan putih kastard saja keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan lapiskan sehingga semua adunan habis..siap untuk dihidang..

Tuesday 7 November 2017

Ikan Tiga Rasa...Versi Orang Malas



Haaa ni versi orang malas punya...
Sebabnya takde nak letak nenas ke apa...
Rusydi suka sangat lauk2 merah cmni..
Ada kuah2 cmni sikit...

Bagi la habuan sikit...
Kesian diorang mamanya ni tggal 2ari...
Hhihiihh....



Bahan-bahan 
Seekor ikan 
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 labu bwng besar - dicincang halus
4 tangkai cili merah - dicincang halus 
5 btng cili padi merah - dipotong kecil
2 biji tomato - dipotong dadu
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan 
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula  
Air secukupnya jika perlu
Minyak

Cara-cara
Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat &toskan.Letak dlm piring bersesuaian.
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang,goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang besar & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Masukkan lada merah dan cili padi yg telah dicincang tadi & goreng seketika. 
Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula, garam,  & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan. 

Monday 6 November 2017

Jalan-Jalan Pasar Siti Khadijah


Sabtu hari tu buat Party Tupperware kt kampung...
Alang-alang balik kampung apalagi...
Singgah Kota Bharu...
Pagi-pagi sudah jejak Pasar Siti Khadijah..
Tengok la tayangan segala kuih muihnya...
Rambang mata mak weiii...










Udang ngn sotong aku buat aku yg jalan ni patah balik ambil gambar...
Gila weeiii dapat makan yg tu....
Entah brapa ringgit la cmtu...



Naik atas singgah cari keropok keping...
Macam2 la kalau dh smpai sini..
Kena plk tuan kedai yang ramah tamah...
Sporting giler weii...




Nampak tak berapa banyak plastik tu....
Sapa yang belum pergi kelantan...
jom datang kelantan....













Thursday 2 November 2017

Ayam Palembang...



SUMBER : eresepi

BAHAN-BAHAN

– 700 gram ayam (dipotong)
– 1 biji kentang (dipotong)
– 2 batang serai – dititik
– 500ml santan pekat
– 1 cawan kicap lemak manis

Bahan Kisar

– 1 labu bawang besar
– 5 biji bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– 2 cm halia
– 3 cm lengkuas
– 15 biji cili kering

Rempah Tumis
– 3 cm kulit kayu manis
– 2 kuntum bunga lawang
– 2 kuntum bunga cengkih
– 3 biji buah pelaga

CARA-CARA

1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng kentang hingga masak.
3. Kurangkan minyak dalam kuali tadi, tumis bahan kisar, bahan tumis bersama serai sehingga pecah minyak.
4. Selepas itu masukan ayam dan gaul hingga sebati. Tutup dan masak ayam dengan api sederhana. Sesekali digaul.
5. Kemudian masukan kicap serta santan.
6. Sesekali digaul, biar sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

Selamat mencuba!!

Monday 30 October 2017

Bubur Kacang Hijau...


Hari tu dekat opis ni dok terbau geng2 cina tengah masak bubur utk teatime...
Tunggu org pelawa takde plak...
Sedih mak.....
So ptg semalam mak buat bubur kacang...
Bubur ni aku suka makan suam2 gitu...
Mabeles...
Ada lebih plk kita buat aiskrim malaysia bubur kacang....


Bahan-Bahan
2 cawan kacang hijau - rendam 1 jam
Air secukupnya utk merebus kcng hijau
2 cawan santan pekat
2 cwn santan cair
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan - belah dan simpul
1 sudu kecil garam
Isi durian secukupnya.

Cara-Cara
Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak (*biar cepat empuk).
Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir.
Masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
Masukkan isi durian....masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
Setelah siap bolehlah di hidangkan.


Friday 27 October 2017

Mee Goreng....




Bahan2
1 peket mee
3 ulas bawnag putih - diketuk
3  sudu besar cili kisar *
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap*
(qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2)
2 biji telur
udang, ayam 
sawi,
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2

Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi.
perisakan dengan garam dan gula secukupnya
pecahkan telur, kacau sekejap,
terus masukkan mee yang telah ditoskan.kacau sebati masukkan sawi.
kacau sebentar. padamkan api. sedia untuk dihidangkan