KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 12 December 2017

Nasi Ayam Madu Istimewa....



Semalam cuti selangor kan...
Apa lagi mama memenuhi permintaan anak@ ngn asben...
Nasi ayam in d house...

SUMBER : fiza

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

UNTUK REBUS
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

UNTUK PERAP
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu agak garing sedikit di luar, barulah ayam lembut.  

UNTUK NASI
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

UNTUK SOS
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


UNTUK KICAP 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

UNTUK SUP
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup/sup bunjut
Garam
Daun sup yang dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup/sup bunjut, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

1 comment:

  1. CASINOS' - Hollywood Casino at Penn National Race Course
    With a stay at 안동 출장안마 Penn 전주 출장안마 National Race Course in 사천 출장샵 Park Hollywood, you'll be steps from Hollywood Casino at Penn National 광명 출장샵 Race Course and 8 minutes by foot 인천광역 출장안마

    ReplyDelete