KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 25 April 2017

Pandan Slice Cake...a




Dah lama rasanya xmembaking....
Biasala...ari minggu la baru mood rajin dtg...
Kali ni bikin pandan slice cake ni....

Siyes aku suka buat kek ni....
Betul gebu ko guna resepi nih....
Dah la pandan....
Aku suka gk kek pandan cmni...
Igtkan aku sorg...
Rupanya en asben ngn budak2 ni pun suka...
Tak sempat malam dah licin ko...
Aku buat kekonon utk teatime petang tu...
Memang lepas sorang...sorang plk yg potong...
Uishhh rugi aku xcuba awal2....

SUMBER : hanamemories

Bahan-bahan
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
sesudu kecil perisa pandan@pandan emulco
pewarna hijau

Cara-cara
potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.*hana masukkan sesudu kecil perisa pandan n pewarna hijau. kacau.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Tuesday 18 April 2017

JJCM : Q Thai Steamboat Ampang Waterfront


Hari tu teringin plak nak bakar2 ngn steamboat...
Dan2 en asben...
Aku baru nak diet....
Dia ajak mkn steamboat plk...
Hancuss diet aku....

So aku dok tanya budak2 opis ni..
Mana tempat ek...
Nak yang dekat2 jer...
So member aku Ain suggest Q Thai kt Ampang Waterfront...
Dia  cakap kt situ xde crowded sgt...
Dia suh aku g kul4 - kul6...
Diorang ada buat epi hour...so murah la sikit...
So aku sampai sana kul5 ptg..
Dapat la harga epi hour...

Masa pergi tu..orang tak ramai...
memang best la...
Aku pilih set premium....
Premium set ni...seafood semua yang big2 size punya....


Nampak tak tu...tu set premium punya...
Ambik set biasa tak dapat la ambk set ni...
Tengok tu..siap ada bby lobster...
Aku mmg dok angkut baby lobster ngn udang galah jer...
Tak main dh udang kecik2 tuh...


Siap ada ikan pari bagai...
Ikan semua jenis besar2....








Satay ada...
Otak2 pun ada...
Pilih2 pastu grill/...




Nampak tak ketam tu...
Semua jenis besar2 punya...
Yang ni tak tahu la brap ekor kitaorg bakar...
Siyes puas hati ko makan ketam ni....








Tengok tu,...tengok tu...
Stanby nak bakar tu...




Bila korang ambik set premium...
Korang akan dapat pemanggang arang ni..
Ni la tempat nak bakar ketam tu..
Yer la kalau set biasa tu...
Mana muatnya nak letak ketam bagak2 ni...







uishhh ni yang rasa nk makan ketam lagi ni...
kat sini pun ada jgk nasi2 goreng tu...
Biasa la busy ko...mmg xsempat nak ambk pic byk2...

Dim sum pun ada...
siyes sedap dia punya dim sum,...
Aku dok ulang2 makan gk dimsum tu....
yang pasti tujuan utama aku datang nk makan seafood...
Memang puas hati....




Monday 17 April 2017

Spaghetti Bolognese...





Bila dah lama tak masak ni...
Mula2 si rusydi menanya..
Ni mmg betul2 peberet dia nih...
Memang peberet anak2 nih....
Nasib baik senang nak masak...

Rusydi ni kalau dapat nih..
Konpem dok ulang2 makan jer...
Kejap2 tambah...


SUMBER : Rohaisha

Bahan-bahan: (5-6 orang)
1 paket spagetti 
500gm daging cincang
250gm tomato puri
250gm sos tomato
6 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2 biji tomato | hiris nipis (saya potong dadu)
1/2 biji lobak merah | potong dadu
3-4 biji cendawan butang | potong dadu
1 cawan air (saya tambah)
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
1.Untuk spaghetti, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam.Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
2.Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3.Kemudian masukkan daging cincang.Goreng hingga warna daging keperangan.
4.Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang.Goreng sehingga sayur lembut.
5.Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu.Kacau hingga sekata.
6.Masukkan oregano/ italian herbs dan stok daging lembu.(optional)
7.Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
8.Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
9.Siap untuk dihidangkan.

Aku pulak suka masukkan spaghetti ni dalam kuah terus...
dan gaul2 sebati...
.ala2 spaghetti goreng....
Senang...xde la alasan xxckup kuah ke apa...hahaha..


Wednesday 12 April 2017

Biskut Cinta 3 Warna...





Amboiiiii....
Rajin kan aku...
Dah macam nak raya jer....padahal puasa pun belum...
Padahal saje je...
Teringin nak makan...
Nak membuatnya senang jer,...
Lagipun aku suka biskut ni....
Yang Rusydi ngn Rizqi plak suka tengok biskut ni color2...
Tapi color plk tak berapa terang...
Maybe kurang color agknya....

Rasa dia sedap....
Macam biskut suji pun ada...
Yang paling best...
bahan dia pun sikit..
Dan senang...
Ni mmg konpem masuk list biskut raya tahun ni....


300 gm minyak sapi
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum * izah kurangkan 50-60 gm
3 pewarna makanan yang disukai

Caranya:

Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim. Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati. Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai. Ulikan sehingga warna sebati. Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli dan letakkan ke dalam paper cup. Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.

Biarkan biskut beberapa minit di dalam tray sebelum alihkan ke atas redai. Bimbang biskut akan pecah jika dialihkan panas2.

Monday 10 April 2017

Sambut Birthday Adik Rizqi Ameer.... Nasi Ayam..




Alhamdulillah semalam Rizqi Ameer dah genap 3 tahun...
Rasa macam cepat jer masa kan...
Tengok budak ni dah besar...
Cakap kemain banyak....
Kaki gaduh ngn  abg sydi...
Anak yang bijak....
Senyum dia tu..paling aku tak tahan....
Sangat comel bagi aku....
Lov u adik....




So aku dh plan ngn en asben nak beli kek....
En asben siap cakap...buat la sekali nasi ayam...
Rizqi kan suka makan nasi ayam...
Okey la kan...
So beli la kek yg kecik ni...
Lagipun kitaorg 4 beranak jer kan...
Keluarga kecik jer...bukan besar mana pun....



Nasi ayam ni aku suka guna resepi k.azie...
Siyes mmg resepi dia byk aku guna...
Nasi ayam ni pun..mmg laki aku pun suka...
Memang sedap....



SUMBER : Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.  


Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning



Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 


Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam


Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.


Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam


Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 

Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran.  Selamat Menjamu Selera.


Tuesday 4 April 2017

Trip Rusydi 2017...Vitagen & Mini Zoo KL...



Awal Bulan lepas school Rusydi ada buat trip ke Vitagen & Mini Zoo...
setiap hari dok ingatkan mama dia nak g zoo...
Nak naik bas ngn friend....
Selagi tak pergi...
Selagi tu la dok tanya bila nak pergi....
kemain ecited la dia....


Nampak tak kemain excited semua org....
Dengan tudung kopiah...hihihihi..
Dah tak terurus dah...
masa ni baru dlm kul10 pg...
Kalau smpai petang tak tau la cmne  gaya dh,,,,





















nampak taK kopiah Rusydi tuh.....
Sakit lak mata aku nengok nya....
mesti dia pakai sdiri...




Nampak tak gelagat bebudak tuh...
Yg sorang tu siaP pusing belakang...
Padahal org dok bercerita kat depan....
Nasib la Rusydi nampak behave...
Sebabnya teacher ada kt belakang jer....




Monday 3 April 2017

Cupcakes Coklat...




Rajin kan aku....
Hahahaha dah lama sangat rasanya tak buat cupcakes...
Padahal bukan pndai pun....
Nak2 yg cupcakes deko2 bagai...
Uisasshhhh nak kena masuk kelas baru ada bakat....
Ada tau kelas kek x???
Teringin la nak join....

SUMBER : inahar

Bahan:- 

1 3/4 cawan tepung gandum  
1/4 cawan serbuk koko ( i used chocolate powder..hmm rasanye lg power!!) 
1 cawan gula perang 
1 sk baking powder 
1 sk soda bikarbonat  
1/2 sk garam  
1 cawan fresh milk  
1 biji telor - pukul sikit  
1/3 cawan minyak@ butter yg dicairkan 
1 sk esen vanila   




Cara :- 

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata. 

Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata. Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye dan bakar selama 20 minit @ hingga masak. 

tips- untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist, pastikan kacau campuran bhn kering & basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yg kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar utk menhasilkan muffin yg kembang montoks naiknya ok..



Nampak tak budak ni excited dapat makan....
See Rusydi....
Selalu tanya mama...
"Mama syg sy tak?? Bila nak buat kek?"
Lov u son....
Mama sayang semua anak2 mama...
Rusydi ngn Adik Rizqi....