KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 15 November 2017

Nasi Beriani & Ayam Masak Merah...



SUMBER : iBU Manja

Bahan-Bahan

1 Kg beras Mongol (saya gunakan beras Basmathi)
4 liter air
5 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
65 ml susu cair
2 sdt garam atau secukupnya
20 gm kismis *
20 gm bawang goreng * (* untuk hiasan)
250 minyak sapi
1 sdt pewarna kuning

Bahan-Bahan yang saya tambah
2 sdm rempah beriani
2 biji bawang besar, dihiris
1 helai daun pandan
1 batang serai, diketuk
1 labu bawang putih*
5 cm halia muda* (*dikisar)
100 gm badam, dikisar halus
minyak masak secukupnya

Cara-cara
1. Basuh beras bersih dan toskan airnya.
2. Sediakan air di dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan garam bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga.
4. Setelah itu, masukkan beras dan kacau rata.
5. Kemudian angkat beras tadi dan toskan airnya.
6. Letakkan satu sudu minyak sapi di dalam peruik dan ratakan disekeliling permukaan periuk.
7. Masukkan beras yang ditoskan tdi bersama susu cair. Kacau rata dan biarkan hingga nasi masak.
8. Apabila separuh masak, masukkan minyak sapi bersama kismis di dalamnya.
9. Renjiskan pewarna kuning di permukaan nasi dan kecilkan apinya. Biarkan hingga nasi masak.

Cara saya memasaknya

1. Panaskan minyak sapi secukupnya. Tumis bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Bila sudah berbau wangi, masukkan daun pandan dan serai ketuk. Kacau hingga kuning.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi hingga berbau harum.
4. Selepas itu masukkan rempah beriani dan badam. Kacau sebati hingga sedikit pekat lalu masukkan air yang telah disukat tadi dan garam secukup rasa.
5. Ketika hampir mendidih bolehlah dicuci beras basmathi dengan sekali cucian sahaja dan toskan.
6 Bila air di dalam periuk mendidih terus masukkan beras tadi. Kacau perlahan-lahan hingga air susut dan mula menampakkan bayang beras.
7. Masukkan susu cair dan minyak sapi, kacau perlahan (saya bila sudah sampai sini saya masukkan ke dalam periuk nasi eletric klu tidak pun takpe).
8. Apabila separuh masak, masukkan minyak sapi bersama kismis didalamnya. 9. Renjiskan pewarna kuning di permukaan nasi dan kecilkan api. Biarkan hingga nasi masak.





Bahan-Bahannya:
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
Kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan taburkan gajus goreng dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang...


1 comment:

  1. Wah! Rajinnya masak nasi briani...nampaknya malam ni saya langkah kanan, tumpang makan semulut ye.

    ReplyDelete