Haaa ni versi orang malas punya...
Sebabnya takde nak letak nenas ke apa...
Rusydi suka sangat lauk2 merah cmni..
Ada kuah2 cmni sikit...
Bagi la habuan sikit...
Kesian diorang mamanya ni tggal 2ari...
Hhihiihh....
Seekor ikan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 labu bwng besar - dicincang halus
4 tangkai cili merah - dicincang halus
5 btng cili padi merah - dipotong kecil
2 biji tomato - dipotong dadu
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula
Air secukupnya jika perlu
Minyak
Cara-cara
Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat &toskan.Letak dlm piring bersesuaian.
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang,goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang besar & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Masukkan lada merah dan cili padi yg telah dicincang tadi & goreng seketika.
Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula, garam, & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan.
Tak kisah asalkan siap masak boleh makan kikiki.. sedap jugak kan
ReplyDelete