Dah siap masak untuk lunch ker?
Hari ni takde selera plk nak makan..
Tekak ni rasa sakit betul..mcm nak demam pun ada..
Maybe sebab cuaca panas sangat kt luar..
So nak makan nasi tak selera.
Buat jer la sup cendawan nih..
Ingat nak buat nasi goreng cendawan pagi ni..
Tapi En Hubby cakap dia keluar la breakfast..
So ngahari masak sup cendawan..
Hirup sup lagi best...
Rusydi pun makan nasi ngn sup ni jer..senang karot peberet dia pun ada.
Sejak anak dah bleh makan nih..
Mesti masak lauk kena masak kat anak sekali..
Kalau sup ni senang dia bleh jgk makan..
SUMBER : Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
300 gm cendaran tiram [koyakkan]
100 gm lobak merah
100 gm udang
2 cawan air
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
2 sudu minyak
garam secukupnya
Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara-cara :
1. Basuh sayuran dan toskan
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris dan udang sehingga wangi.
3. Masukkan air dan garam. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan cendawan dan lobak merah. Biarkan sehingga mendidih lagi.
5. Tutup api dan masukkan daun bawang dan daun sup. Hidangkan.
salam,
ReplyDeletelama tak makan cendawan tiram. kat sini tak dak cdak. yang ada cendawan butang fresh.
wsalam..
Deletebleh cuba wat xperimen ngn cendawan butang plk..hihiih
Salaam Adda,
ReplyDeleteTengah cuaca panas cam ni, dapat semangkuk sup ni, mesti sedap. Tak yah nasi pun tak pe!
wsalam..
DeleteBetul la panas2 cmni memang tak selera nak makan..hirup jer sup ni..bleh la diet gk..
Berselera makan tengahari kalau dapat hirup sup... apalagi sup cendawan gini kan Adda! Slurrrppp... sluuurrrppppp!
ReplyDeleteYAng tak selera makan nasi pun hirup sup jer pun dah tambaj selera..
Delete