KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday, 21 April 2013

Sup Daging Siam..


Tengahari dok jalan2 ke umah kekawan..
Konon2 nak cari resepi untuk lunch..
Sekali terjumpa kt sini...
Nampak sedap..dok fikir2 perut ngah kebulur dah nak merebus daging ni makan masa..
Petang semalam suh En Hubby cari daging..
Semalam rebus daging..
Akhirnya ngahari ni baru dapat makan..
Semestinya sangat sedapp....
Adik ipar aku ada datang ke rumah pun puji sedap..
Siap cakap ni resepi baru K.Adda ker...
Hehehehe....


Bahan-bahan :
  • 1/2 kg daging 
  •  1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 biji kentang- belah 4
  • 2 tomato - belah 4 
  • 6 cili padi - diketuk
  • daun bawang & daun sup
  • 2 liter air
  • 1/2 biji limau nipis

Cara-cara : 

  1. Daging dipotong kecil dan direbus dengan air bersama kulit kayu manis dan serbuk ketumbar hingga daging lembut.guna api sederhana masa mereneh daging ni ye.
  2. Bawang besar dihiris bulat dan digoreng hingga kekuningan bersama bawang putih. 
  3. Apabila daging sudah lembut masukkan bawang goreng, halia dan cili. tambahkan air kalau air dah tinggal sikit. biar hingga mendidih.
  4. Tambah garam, masukkan kentang dan tomato dan diikuti perahan limau. Biarkan sehingga kentang empuk
  5. Angkat dan tabur daun bawang dan daun sup.

8 comments:

  1. Replies
    1. sedap sangat..tak rugi cuba..adda ni pun pestime cuba terus melekat...

      Delete
  2. Memang sedap sup daging... lagilah kalau dagingnya dan lembut empuk ye Adda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda rebus semalaman daging tu..pagi esok baru masak...kalau masak terus mahu terseliuh rahang dok menggigitnya..

      Delete
  3. hirup macam tu pun sedap nie......

    ReplyDelete
    Replies
    1. adda pun hirup gk..rasa pedas2 masam...sedapnya...

      Delete