Teringin nak makan tomyam...
So semalam masak tomyam kat umah...
Tomyam ayam jer...
Kalau seafood punya lagi la...
Anak aku suka sangat la hirup kuah tomyam ni...
Kalau en asben terus suruh rebus bihun...
Makan dengan kuah tomyam...
3 cawan air
isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
1/2 batang karot
sedikit kubis bunga
1 biji tomato, potong 4
1 batang serai
4 helai daun limau purut
10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis, ambil jus
tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
sedikit daun ketumbar
1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4
Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot, bunga kubis dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
Selepas itu masukkan ayam, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.
nampak sedap... Amy suka tomyam ni
ReplyDeletesedapnya tomyam ;)
ReplyDelete