KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday 8 April 2016

Biskut Chocolate Chips...



nak jgk tayang biskut rini walaupun badan dah seram sejuk...
rasanya diri ku ini dah mula nak demam...
ritu Rusydi yang demam...
Beralih ke Rizqi pulak...
Sekarang mama plk...
Tak sabar nak balik umah nak letak kepala kt bantal...

Semalam ok lagi siap boleh bikin ini biskut lgi...
Alkisah anak bbysitter Rizqqi yang mintk buatkan...
Memang biskut ni seisi rumah aku dan bbysitter yang suka...
Memang sedap tak terkata la jawabnya kan...
Sapa pernah cuba jer tau...
So semalam gigih la buatkan....
Tapi bangun pagi ni satu badan sakit2 huhuh.

Oklah dah xleh nak ngadap laptop lelama...
pening...
resepi kat bawah..


Bahan-Bahan:

1 cawan mentega
1 cawan gula castor
1 cawan brown sugar
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung (plain flour)
1 1/2 sudu teh baking soda
2 sudu serbuk koko
1/2 sudu teh garam (jika guna unsalted butter)
2 cawan semi sweet chocolate chips
1 cawan kekacang- aku suka hati jer letak mcm2 kacang

Cara Penyediaan:

Panaskan oven ke suhu 170C.
Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
Masukkan tepung, serbuk koko, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.


1 comment: