KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Saturday, 16 March 2013

Karipap Ayam..Bila Pintu Terkunci Dengan Sendiri..


Kelam-kabut aku pagi ni..
Gara-gara pintu rumah tiba-tiba berkunci..
Macam biasa pagi2 En Hubby mesti ke kedai beli paper dia..
Dia memang selalu bawak kunci..xde la nak nyusahkan aku nk bukak pintu..bapak malas bini nak bangun bukak pintu kan..huuhuh
So aku ngn Rusydi bantai la berendam mandi kt bilik air..
Tiba2 macam dengar pintu umah kena ketuk..Aikk rumah aku ke umah sapa dok fikir..Maklumlah dok apartment kan..hihiih
Rasanya tadi En Hubby bawak kunci..Terus mandi lagi tu wat xtau..
Pastu rasa mcm orang tendang pintu dengan kuat..xleh jadi ni..
Terus mandi cepat2 n kuar..la En Hubby rupanya kat luar..tgk pintu xberkunci apahal dia main tendang2..
Dia cakap xbleh masuk..Pastu aku nk wat cmner xtau..
Tiba2 dia suh pergi kt area tempat sidai baju kat belakang suh bukak grill belakang tu nak panjat..
Gilo ko apo nk panjat..umah ni bukannya bawah sekali..Tingkat 8 weiii....aku cakap jer kat dia tak payah nak wat benda merepek..kalau xbleh bukak sangat tendang jer smpai tercabut pintu tu..Pintu tercabut aku xheran pun..
So dia suh ambk skru driver nak cabut tombol..Lepas 10minit usaha tercabut la jugak tombol tu..
Bila fikir2 balik bahaya betul kalau terkunci dengan sendiri ni..
Buatnya ada emergency..nak terberanak ke apa ke..Mau terberanakj depan pintu..
Rumah aku ni dah 2x dh jadi cmni..Hari tu pintu bilik mandi..
Aku plak tu sangkut dalam bilik mandi..Masa tu ngah pregnant Rusydi..
Kelam-kabut habis En Hubby maklumlah dia takut aku nk terberanak ke apa ker..
Padahal takdenya..Heheheh..
Okey la nak tayang breakfast pagi ni..Aku breakfast makan roti jer sebab nanti nak kuar..
Makan jer yang ringan2 sebab nanti kat luar nak makan lgi..
Actually karipap ni baru semalam aku wat..
Ni yang kedua kali aku wat karipap..
Hari tu tak menjadi sangat sebab tak reti nak kelim dia tu..
Sekarang aku guna acuan dia tu jer..senang citer aku..
Buat banyak dan simpan dalam icebox..
Senang bila ada tetamu datang terus goreng jer..takde la nak angkat teh o kosong jer kan..

Sumber : Koleksi Resepi Kegemaran 

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 5 biji ubi kentang
  • 1 paket kari daging
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ketul isi ayam (dada) - potong dadu
  • sedikit kayu manis, halia, gula dan garam
Cara-cara:
  • Uli tepung bersama marjerin dan garam sehingga menjadi doh untuk dicanai
Cara buat inti:
  • potong kentang dan ayam
  • panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kayu manis
  • bancuh kari dan masukkan ke dalam tumisan
  • masukkan kentang, ayam, gula dan garam
  • masak hingga kentang lembut dan pekat atau kering




 

6 comments:

  1. Suspen juga baca pasal pintu tu.... eloklah berhati-hati Adda, mana tahu ada kecemasan ke apa ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la risaunya K.Amie..En Hubby dah tukar yg depan..dok fikir2 nak tukar semua tombol pintu umah ni..risau jdi cmni lgi..

      Delete
  2. Hari ini saya buat karipap sardin frozen.

    ReplyDelete
  3. Agaknya pemaju rumah apartment ni mmg guna tombol pintu kurang kualiti agknya.. Rumah akak pun bbrapa kali gk jd cmtu.. Tp selalu tu pintu bilik je.. Belum prnah jg kt pintu dpn tu... Mmg bahaya sbb prnah skali anak yg trperangkap dlm bilik.. Mujur anak sulung.. Buatnya ank yg kecik mmg nanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok fikir2 cmtu gk..jiran sebelah umah ni pun cakap tombol umah dia pun cmtu..rasanya kena tukar semua tombol pintu umah ni..risau gk kan kalau anak kecik...

      Delete