KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 25 March 2013

Nasi Lemak


Lambat plk aku hari ni masukkan en3..
En3 breakfast keluar time dinner...Apehal ni yer!!!!
Lantak lah...Hehehehe
Pagi ni nasi lemak lagi la aku...
En Hubby tak habis2 request nasi lemak..
Aku wat simple2 jer timun pun takde...
Kacang plk En Hubby tak suka..tu yang aku tak letak tu..
Kalau letak kacang mesti dia tolak tepi nyer..
Malas nak membazir...
So ingat nak cuba resepi lain plk..
Godek punya godek jumpa la resepi dari tun_telani ni..
Sedap jugak yer dia punya sambal...
Tak rugi aku mencuba...
Rasa pedas2 manis ckit...

Bahan-bahan untuk nasi :
  • 11/2 cawan beras
  • 1/2 cawan santan + air ikut sukatan beras
  • 1 s/k halba
  • 1/2 cm halia (dihiris nipis)
  • garam secukup rasa 
Cara-cara :
  • masak nasi dlm rice cooker
  • bila nasi separuh masak, gaul2 supaya santan rata.

Bahan-bahan untuk sambal :
  • 1 labu bawang besar
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1/2 inch halia
  • 3 s/b cili giling
  • 1 s/b sos tomato
  • 1 s/b sos cili
  • segenggam ikan bilis- ditumbuk sikit.
  • 1/2 labu bawang besar- dimayang
  • gula
Cara-cara:
  • kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumiskan bersama cili giling hingga pecah minyak.
  • masukkan gula dan masukkan air sedikit, sos cili dan sos tomato. Masak sehingga mendidih.
  • masukkan ikan bilis goreng n bawang yg di mayang. masak sehingga bawang layu.
  • angkat dan boleh di hidangkan.

6 comments:

  1. hurmmmm..ada lagi tak? hantar sini sepinggan :D

    ReplyDelete
  2. sedappp nya ada nasi lemak disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..tuannya pun dah berlemak sana sini dah..

      Delete
  3. kalau msk nasi lemak mmg anak2 suka sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat anak2..mak bapak pun sekali..

      Delete