KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday, 17 March 2013

Spaghetti Udang...2nd Anniversary



Alhamdulillah hari ni genap 2 tahun aku ngn En Hubby melayari alam rumah tangga ni..
Segala dugaan dan cabaran Alhamdulillah selamat kitaorg harungi..
Terima kasih pada En Hubby kerana sabar ngn sikap bini dia ni yang angin pasang surut..
Terima kasih jugak kerana begitu memahami bini dia ni...
Selalu tolong bini dia ni jaga anak, buat kerja rumah & everything yang meringankan beban bini dia ni..
Padahal kerja bukan banyak pun...hehehhe
Harap perkahwinan kitaorg ni bahagia till jannah..
Harap dapat mengharungi cabaran & dugaan dengan tabah & sabar...
I love u more than anything Wan Mohd Rosmizi..




Okey la sebab hari ni nak keluar celebrate anniversary masak pun simple2 jer la..
Rusydi anta umah bbysitter dia...
Hari ni juz goreng spagheti jer..
Goreng pun main campak2 jer...sebab ada udang jer dalam icebox...
So kita campak udang jer la..



Bahan:
  • 1/2 paket spaghetti, rebus sedikit dengan minyak zaitun
  • 8 ekor udang sedang, buang kepala dan kulitnya
  • 1 s/k butter
  • 1 ulas bawang besar, potong dadu
  • 4 ulas bawang putih,potong dadu
  • 2 s/b sos tomato
  • 4 s/b sos cili
Cara - cara:
  1. Panaskan butter, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum dan kekuningan.
  2. Masukkan  udang, kacau seketika
  3. Masukkan  sos tomato dan sos cili. Tuangkan sedikit air.
  4. Tambahkan garam/perasa. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan spaghetti yang telah direbus. Gaul seketika. Angkat dan hidangkan.




8 comments:

  1. tahniah adda...semoga bahagia selalu dan berkekalan selamanya. cantik gambar kahwin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cheq Sue..Harap2 cmtu la..gambar jer ke cantik..orangnya? hahahhaha

      Delete
  2. Tahniah! Moga bahagian hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm..TAHNIAH Adda..semoga bahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  4. tahniah Adda..semoga berbahagia hingga hujung nyawa!

    ReplyDelete