Dah siap masak lunch ker...
Aku ni baru siap..juz tggu En Hubby balik jer....
Hari ni mencuba resepi baru..
Sebenarnya resepi ni dah lama aku teringin nk buat..
Tapi asyik lupa jer..
So hari ni tadaaaa siap gk akhirnya..
Kemain lama dok berbaris dalam resepi yang belum cuba nih..
Waaaa memang sedap la...
Tak sabar nak tunggu En Hubby komen cmner rasanya,..
Korang semua mesti dah pernah cuba kan...
Tak sabar dah nak makan ngn nasi panas2 nih..
Kalau makan ngn nasi impit wat pengganti rendang pun okey gk kan...
Sumber : Syikin & Maklang
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
4 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
1 keping asam gelugor
1 batang karot
3 s/b cili giling
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
4 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Caranya:
2 ulas bawang putih
Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin dan cili giling sehingga agak garing dan masukkan karot. Kacau seketika.
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor, serai dan goreng lagi sehingga serai kering.
salam adda..... sedapnyer tgk ayam tuh....bau harum serai
ReplyDeletewsalam..memang sedap..walaupun pestime terus terpikat..
Delete