KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday 22 March 2013

Nasi Dagang...


Alhamdulillah bernafas lagi aku di pagi jumaat nih..
So selagi tu la korang semua akan ditayangkan ngn makanan2 dirumah ku ini..
Hari ni menu berat lagi..Request dari En Hubby nk makan nasi dagang..
Aku ni mana pernah masak nasi dagang ni..
Risau giler takut tak menjadi..
Yer la ramai kekawan aku bgtau nak masak nasi dagang ni susah..
Nasi mentah la..adoiiii seriau okey..
Tapi Alhamdulillah akhirnya menjadi jgk..
Ni pun aku jumpa resepi kat sini..


Bahan-bahan untuk nasi :

3 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
2 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat.
4 ulas bawang merah (hiris halus)
1 inci halia (hiris halus)
Sedikit alba dan garam secukup rasa.

Cara-cara :.

- Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.
- Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi sehingga masak.
- Angkat dan masukkan santan pekat, alba bawang merah, halia dan garam secukup rasa.
- Bahan-bahan ini digaul rata, kemudian nasi dagang yang anda masak tadi pun telah siap dan boleh di makan.



Bahan-bahan untuk kuah nasi dagang :

1 ekor ikan tongkol yang dikukus
1 mangkuk santan
2 sudu besar rempah kari ikan
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia yang dikisar
1/2 inci lengkuas.
3 keping asam
5 sudu besar cili giling
5 cili padi.
Gula melaka
Garam & perasa

Cara-cara :
  
- Kacau  santan sehingga mendidih, masukkan cili giling, bahan-bahan yang telah dikisar rempah kari ikan dan asam keping.
- Masukkan ikan tongkol yang telah dikukus serta cili padi, biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
- Masukkan garam, perasa , dan gula melaka secukup rasa. Biarkan kuah itu sehingga menjadi pekat dan ia boleh di makan dengan nasi yang telah siap anda masak tadi.

8 comments:

  1. Assalam akk suka sangat dgn nasi dagang,takkira beras nasi dage atau beras putih mcmni, sedapnya. Nasib baik minggu lepas dh mkn jiran bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..adda pun jenis tak kisah..dua2 jenis pun bleh masuk tekak..

      Delete
  2. As salam. Macam lauk nasi dagang Kelantan tu. saya sebenarnya bercadang utk memasak nasi dagang Terengganu esok. Tapi sayang tak ada yg nak tolong pergi cari ikan tongkol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..biasa la K.Azie laki bini org ganu+klate..nasi ikut ganu...lauk ikut kelate..ihihihi...baru adil..adda pun kena suruh jgk orang g beli sebab adda tak pandai pilih barang basah ni..En Hubby yang selalu beli..dia pandai ckit pilih2 ikan..kalau adda yang pilih mulut asyik membebel jer dia..

      Delete
  3. Sedapnya.... nasi dagang. Terliur lah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi dagang ni saper2 tengok pun terliur...rugi kalau saper tak makan..

      Delete
  4. nmpk sedap ... kita lom dpt cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa pun sedap tau<<<<angkat bakul lak ayat tu tp kenyataan okeyy...hahahah...nanti ada masa bleh la cuba..

      Delete