KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 20 March 2013

Kastard Pisang...Bila Papa Rusydi Takde


Hari ni bangun jer pepagi Si Rusydi dah melalak2..
Apahal la plk..rupanya dok mencari papa dia...
Actually ni pestime papa dia outstation sejak ada anak ni..
Semalam baru pergi tu pun lepas Rusydi tido..
Bukan apa nanti dia mengikut..
Sekarang dah pandai nak ikut2 papa dia...Mama takde plak nak ikut...Anak papa katakan...
Dia memang rapat sangat ngn papa dia..
Kalau ajak mandi pun lari2 kat papa..mandi ngn papa..
Selalunya bangun tido papa ada kat sebelah..hari ni bangun takde..
Bangun pagi turun katil pergi ruang tamu takde..masuk bilik satu lagi takde...
Kuar sekali lagi takde so tengah2 ruang tamu..terus duduk..guling dan nangis...
Pujuk2 kejap okey..pastu time mandi plk wat hal..
Ajak mandi terus cari papa dia..takde melalak lagi..adoiiii si anak..

Okey la sebab papa dia takde hari ni..
Mama pun ambk kesempatan la mendietkan diri..
Tak masak nasi langsung..memang pemalas kan...hahahha..
Buat bubur Rusydi jer tapi sempat gk ngap bubur Rusydi bersudu-sudu..hahahhaha
Pastu tengok pisang ada lgi buat la kastard pisang..Rusydi memang suka sangat makan pisang
Actually ni pestime buatnya..
Semua orang dah lama dh merasa..aku jer ketinggalan..
Terima kasih kat Kak Wana Potret Kasih atas resepi ni..
Memang sedap sangat..
Dok ulang2 makan..cmni ke diet? Hahahahaha
Akak saya copy resepi kat sini yer..

Sumber :  Kak Wana@Potret Kasih

Bahan-bahan :

Pisang berangan yang telah masak secukupnya
butter secukupnya
kismis secukupnya


Untuk sos kastard :

1 tin susu cair
2 biji kuning telur
1/2 cawan air
4 sudu makan penuh gula


Cara penyediaan :

1. Buat sos kastard dulu… satukan semua bahan2 sos kastad dalam periuk.
2. Kacau hingga sebati dulu kemudian barulah dipanaskan diatas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya… supaya adunan rata dan tidak bergentel2.
3. sejukkan sos seketika.
4. Untuk pisang… masukkan sedikit butter dalam kuali non stik.
5. kemudian goreng pisang tadi dalam butter yang telah dipanaskan.
6. balikkan pisang tadi bila masak dan lembut barulah dingkat.
7. hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis…



 

6 comments:

  1. salam...mmg nampak sedap,tambah2 cuaca panas cam skrg..mkn sejok2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..memang sedap..adda sejukkan pisang tu dalam peti ais dulu..nak makan baru letakkan kastard..memang yummy..tak rugi mencuba..

      Delete
  2. mmg sedap kastard pisang resepi kak wana nih..yana dh byk kali jgk bt..anak suka..mak dia lg suka hiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yana..memang tak rugi mencuba..ada pestime buat..lainx memang akan buat lagi..

      Delete