KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday, 31 March 2013

Nasi Ayam Penyet..Susah Nak Cari...


Dah berapa hari teringin nak makan nasi ayam penyet..
Tapi kat Bandar Mahkota Cheras ni memang xde la..
Dah brapa kali aku pusing2 sekitar area umah ni memang takde..
Nak pergi ke Ampang ngn Bangi malas la plak...
So nak tak nak kena la aku google resepi...
Kena buat sendiri baru cepat bleh makan..
Bagi aku takde la susah sangat nak buat nasi ayam penyet nih..
BErbaloi la makan kalau buat sendiri..
Sambal nak tambah banyak mana pun takde orang kisah..
Ayam nak makan berekor2 takde orang marah..hahaha..

 
Sumber : EkaRahim
 
Bahan-Bahan Untuk Ayam :
 
1 ekor ayam - dibersihkan dan di potong
Ketumbar biji - ditumbuk
Jintan manis - ditumbuk
Jintan putih - ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Madu
Serbuk cili
Garam - secukup rasa
Serbuk perasa - secukup rasa

 

Cara Membuat Ayam :
 
Semua bahan di masukkan ke dalam mangkuk kecuali ayam
Gaul sebati pada ayam
Perap semalaman untuk ayam mesra bersama rempah
Kemudian, goreng ayam hingga nampak kekuningan
 
 

 
Bahan-Bahan Untuk Sambal :
 
10 biji cili padi - terpulang banyak mana tahap kepedasan yang di kehendaki
1 genggam ikan bilis
5 cm belacan
5 biji bawang merah
3 - 4 sudu besar madu
5 biji tomato
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara Membuat Sambal :

 
Goreng terlebih dahulu cili padi, ikan bilis, bawang merah, tomato, belacan secara berasingan
Kisar bahan yang digoreng tadi sehingga lumat
Kemudian, bahan yang dikisar tadi di masukkan ke dalam kuali
Masukkan juga madu, garam dan serbuk perasa
Gaul rata dan tambahlah apa-apa bahan yang terkurang rasa
Siap dan hidangkan
 
***boleh dimakan dengan tempe, tauhu, timun




Saturday, 30 March 2013

Udang Goreng Tepung..


Dah lunch ker semua?..
Mesti dah lunch kan..
Hari ni kan cuti masak pun awal la kan..
Masak awal..makan pun awal...
Aku pukul12 dah lunch dah...hahahaha..
Kemain awal kan..
Nah ambk udang ni sekor buat cicah2 petang plk...
Actually ni aku goreng semalam sebab teringin nak cicah2 depan tv..
En Hubby beli udang kemain banyak..
So asing la ckit2..separuh untuk masak hari ni..
Separuh lagi kitaorg dah melantak semalam...

Bahan-Bahan 

10-15 ekor udang sederhana besar
 
50 gm tepung gandum 
20 gm tepung jagung 
5 gm serbuk penaik 
120ml air 
3/4 kiub ayam

Cara Membuat

1. Bersihkan udang dan perapkan dengan sedikit garam. 
2. Masukkan tepung gandum,tepung jagung dan sebuk penaik dan serbuk perasa 
3. Larutkan ia bersama air yang diletakkan sedikit demi sedikit dan sedikit kiub ayam 
4. Panaskan minyak dan celup udang didalam adunan tepung tadi 
5. Goreng sehingga keemasan setelah siap boleh hidangkan.

Friday, 29 March 2013

Ketam Masak Lemak Cili Api Ala Mamak..Bila Suami MErajuk..


Papa : Ma, aik mana ketam papa..
Mama : Aik ada ketam ker..mama tak nampak pun papa beli <<<ayat sajer nak menyakat
Papa : Ada la...kan papa dah suruh dah mama masak..
Mama : Ada ker papa suruh..mama tak dengar pun<<<lagi ayat nak dengki
Papa : Habis tu papa nak makan lauk apa ni...
Mama : Kemain banyak lauk mama masak takkan takde lauk lagi..Ke papa ngidam nih...
Papa : Okeyla papa makan lah...<<<muka cemberut
Dok gaul2 nasi dengan muka tak puas hati..
Papa : Mama ni..kalau mama nak makan apa2 walau tak suruh pun mesti papa belikan..papa mesti tunaikan..susah pun papa cari lagi..<<<dah start ayat sedih dia..
Mama : Yerla mama g masak sekarang la..tapi kena tunggu la..
Papa : Tak payah lah..nanti dinner mama masak lah..
Bini dia pun bangun pergi dapur cedok ketam terus bawak g depan..
Mama : Mama tak payah masak pun..pejam mata jer terus siap..sikit2 ayat touching..dah tau sangat dh..ada ke sebelum ni papa nak makan apa2 mama tak buat...<<<ayat sengih2..
Papa : Ooooo sajer je kan nk kenakan papa..siap mama malam nih...hahahha

Sumber : KhaiAdry

Bahan2nyer:

2 ekor ketam sederhana besar (dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa sendiri)
10 batang kacang bungcis (dibersihkan dan dipotong pendek2)
15 biji cili padi (ditumbuk)
2 batang serai (dititik)
2 cawan santan pekat
sedikit garam dan serbuk perasa
sedikit minyak untuk menumis


Bahan2 yang dihiris halus:

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang puteh
1 inci halia


Cara2nyer:

Masukkan ketam, santan, cili padi, garam dan serbuk perasa kedalam periuk dan letakkan diatas dapur.
Masakkan bahan2 tadi sehingga mendidih dengan api dapur yang sederhana besar. Setelah itu masukkan kacang bungcis.
Sementara tu panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan semua bahan2 yang dihiriskan serta serai sehingga garing.
Setelah bahan2 garing seterusnya masukkan bahan2 tumis tersebut kedalam periuk masak lemak ketam tadi. Tutupkan api dan boleh lah dihidangkan.
Selamat mencuba ........



Thursday, 28 March 2013

Ikan Bakar Cicah Air Asam


Jangan pelik tengok ikan bakar aku tuh...Hehehehe...
Actually ikan tu aku bakar nk letak dalam budu..
En Hubby suka sangat kalau makan budu letak ikan ni...
Kalau takde ikan bakar pun ikan goreng pun jadi la..hahahha...
So bakar jer la atas dapur gas...
Sekali cek budu dah habis..waaaa....
Kena order lagi kat adik ipar aku ni kalau balik kampung..
Aku suka guna budu yang kecik2 tu..yang sehinggit sebotol tu...
So disebabkan budu takde aku wat la air asam..
Okey la kan janji ada air asam...
Nak wat air asam ni pun kena godek resepi okey..
Jumpa la resepi air asam kat umah aznanie ni 
 Saya mintak copy resepi yer akak..

 Bahan-bahan :

Segenggam lada  - dihiris
4 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - direbus dan di ketuk
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan
1/2 biji tomato - dipotong dadu
Garam
Gula

Cara-cara :

Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk.
Curahkan air asam jawa dan ramas-ramas seketika.
Boleh dihidangkan.


 

Wednesday, 27 March 2013

Ikan Masak Cili Api

Jangan pelik la yer menu2 umah aku ni simple sesangat..
Nak wat cmno aku ni tak reti masak huahuahua..
Ni pun dop belajar lagi resepi yang senang2 dulu..
Takpe la kan janji perut aku laki bini kenyang..
Hari ni masak ikan masak cili api..
Lawan plk ngn ikan kering, budu dan ulam...
Cukup la tu..bukan nak makan ramai2..

Bahan-bahan :

4 ekor ikan kembung
1 genggam cili api merah*
2 biji cili merah*
1 s/k kunyit
1 inci halia*
5 ulas bawang merah*
2 batang serai dititik
1 mangkuk santan
1 mangkuk air
1 keping asam keping
garam & gula

Cara-cara :

kisar bahan2 bertanda (*).. masukkan dalam periuk..
panaskan bersama semangkuk air dan kunyit.. bila mendidih.. masukkan ikan
masukkan juga serai.. asam keping.. garam dan gula..
bila ikan telah masak masukkan santan..
kecilkan api.. biarkan santan mendidih sekejap..
tutup api sedia untuk dihidang..

Tuesday, 26 March 2013

Ayam Masak Serai


Dah siap masak lunch ker...
Aku ni baru siap..juz tggu En Hubby balik jer....
Hari ni mencuba resepi baru..
Sebenarnya resepi ni dah lama aku teringin nk buat..
Tapi asyik lupa jer..
So hari ni tadaaaa siap gk akhirnya..
Kemain lama dok berbaris dalam resepi yang belum cuba nih..
Waaaa memang sedap la...
Tak sabar nak tunggu En Hubby komen cmner rasanya,..
Korang semua mesti dah pernah cuba kan...
Tak sabar dah nak makan ngn nasi panas2 nih..
Kalau makan ngn nasi impit wat pengganti rendang pun okey gk kan...

Sumber : Syikin & Maklang

Bahan-bahannya: 

1/2 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
4 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
1 keping asam gelugor
1 batang karot
3 s/b cili giling Garam dan kunyit


Bahan untuk di kisar: 

4 biji bawang merah 
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Caranya:
  Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak Angkat ayam dan toskan minyaknya Tumiskan bahan2 yang telah dimesin dan cili giling sehingga agak garing dan masukkan karot. Kacau seketika. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor, serai  dan goreng lagi sehingga serai kering.

Monday, 25 March 2013

Nasi Lemak


Lambat plk aku hari ni masukkan en3..
En3 breakfast keluar time dinner...Apehal ni yer!!!!
Lantak lah...Hehehehe
Pagi ni nasi lemak lagi la aku...
En Hubby tak habis2 request nasi lemak..
Aku wat simple2 jer timun pun takde...
Kacang plk En Hubby tak suka..tu yang aku tak letak tu..
Kalau letak kacang mesti dia tolak tepi nyer..
Malas nak membazir...
So ingat nak cuba resepi lain plk..
Godek punya godek jumpa la resepi dari tun_telani ni..
Sedap jugak yer dia punya sambal...
Tak rugi aku mencuba...
Rasa pedas2 manis ckit...

Bahan-bahan untuk nasi :
  • 11/2 cawan beras
  • 1/2 cawan santan + air ikut sukatan beras
  • 1 s/k halba
  • 1/2 cm halia (dihiris nipis)
  • garam secukup rasa 
Cara-cara :
  • masak nasi dlm rice cooker
  • bila nasi separuh masak, gaul2 supaya santan rata.

Bahan-bahan untuk sambal :
  • 1 labu bawang besar
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1/2 inch halia
  • 3 s/b cili giling
  • 1 s/b sos tomato
  • 1 s/b sos cili
  • segenggam ikan bilis- ditumbuk sikit.
  • 1/2 labu bawang besar- dimayang
  • gula
Cara-cara:
  • kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumiskan bersama cili giling hingga pecah minyak.
  • masukkan gula dan masukkan air sedikit, sos cili dan sos tomato. Masak sehingga mendidih.
  • masukkan ikan bilis goreng n bawang yg di mayang. masak sehingga bawang layu.
  • angkat dan boleh di hidangkan.

Sunday, 24 March 2013

Agar-Agar Pandan Bercincau


Semalam ada sedara datang umah...
So aku masak ringkas2 jer..
Masak ala-ala kampung jer..
Nak ambak gambar semalam pun tak sempat dah..
Jadi nak tayang pun dah tak bleh.
Agar-agar ni pun nyaris2 gk..
Nasib baik sempat gk la ambik secara curi2..hehehhe..
Agar2 ni memang dah pemes dikalangan blogger masak2 nih..
Asalnya dari umah CMG...
Ni aku tengok kat umah fara dean 
Dia punya versi bandung..
Aku plak godek sirap kat umah ni tak jumpa so terpaksa la wat versi pandan...
Versi pandan pun sodappp okeyy...
Kena plak time panas2 semalam...
Seketui-ketui lesap...
Nyaman di anak tekak...

Sumber : Fara Dean , CMG & Along Roz

 
Bahan-bahan
 
1 paket Agar-agar tali
200g Gula
800ml Air 
1 tin Susu cair
3 helai Daun Pandan
1 cawan cincau
1 s/k pewarna hijau


Cara-cara :
 
1. Masukkan air dan gula sehingga menggelegak. Kemudian masukkan agar-agar kacau dan diikuti semua bahan.
2. Buang daun pandan dan tambahkan cincau.
3.  Matikan api dan masukkan dalam acuan..
4. Biarkan sejuk seketika dan masukkan dalam peti ais..

Saturday, 23 March 2013

Puding Roti...


Wowww pagi2 dah tayang dessert yer aku ni..
Bukan apa sajer jer nak bagi korang terliur..
Erkkk ada ke orang terliur tengok aku masak ni!!!!
Actually ni dessert aku ngahari semalam..
Masa dok tayang nasi dagang semalam aku wat puding roti nih..
Ingatkan nak publish petang semalam...
Tapi tu la sibuk sangat..banyak keja nak buat..
Terpaksa la dahulukan yang pentingkan..
Ni aku tak buat sos kastard...
Malas plak nk buat..
Kalau dah datang malasnya tu tak payah nk cakap apa lagi la yer..
Tapi kalau taruh sos kastard lagi la yummy...
Ok la ni aku tayang resepi kat bawah..

Sumber : Jamie

Bahan A
  • 500ml susu segar
  • 8 keping roti
Bahan B
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sb butter dicairkan
  • 2 biji telur ayam
  • 1 st esen vanila
  • 1 sb tepung jagung
  • 1sb serbuk kayu manis

Cara-caranya:
  1. Hancurkan/koyakan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. kacau dan gaul rata bahan B
  3. Tuangkan ke dalam loyang bersama bahan A yg telah direndam tadi.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit/ hingga masak. Sejukkan sbelum masuk peti ais.




Friday, 22 March 2013

Nasi Dagang...


Alhamdulillah bernafas lagi aku di pagi jumaat nih..
So selagi tu la korang semua akan ditayangkan ngn makanan2 dirumah ku ini..
Hari ni menu berat lagi..Request dari En Hubby nk makan nasi dagang..
Aku ni mana pernah masak nasi dagang ni..
Risau giler takut tak menjadi..
Yer la ramai kekawan aku bgtau nak masak nasi dagang ni susah..
Nasi mentah la..adoiiii seriau okey..
Tapi Alhamdulillah akhirnya menjadi jgk..
Ni pun aku jumpa resepi kat sini..


Bahan-bahan untuk nasi :

3 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
2 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat.
4 ulas bawang merah (hiris halus)
1 inci halia (hiris halus)
Sedikit alba dan garam secukup rasa.

Cara-cara :.

- Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.
- Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi sehingga masak.
- Angkat dan masukkan santan pekat, alba bawang merah, halia dan garam secukup rasa.
- Bahan-bahan ini digaul rata, kemudian nasi dagang yang anda masak tadi pun telah siap dan boleh di makan.



Bahan-bahan untuk kuah nasi dagang :

1 ekor ikan tongkol yang dikukus
1 mangkuk santan
2 sudu besar rempah kari ikan
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia yang dikisar
1/2 inci lengkuas.
3 keping asam
5 sudu besar cili giling
5 cili padi.
Gula melaka
Garam & perasa

Cara-cara :
  
- Kacau  santan sehingga mendidih, masukkan cili giling, bahan-bahan yang telah dikisar rempah kari ikan dan asam keping.
- Masukkan ikan tongkol yang telah dikukus serta cili padi, biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
- Masukkan garam, perasa , dan gula melaka secukup rasa. Biarkan kuah itu sehingga menjadi pekat dan ia boleh di makan dengan nasi yang telah siap anda masak tadi.

Thursday, 21 March 2013

Nasi Lemak..Rusydi Dan Perangai Mengutip


Aduhai anak...
Sekarang nak citer perangai Rusydi yang suka sangat mengutip benda-benda kat lantai..
Umur dah 1 tahun 3 bulan tapi still suka kutip-kutip benda nih..
Semalam tengah syok mamanya ni tengok tv...tiba2 dia jatuhkan kumbang atas paha aku..
Dah lencun dah kumbang tu basah..
Mana dia jumpa ntah..Bergerak2 plak tu...
Ada tak petua yang nak berhentikan tabiat dia ni..
Bukan apa risau sangat kalau benda2 ntah apa2 dia masuk mulut..
Aku ni menyapu tak payah cakap la brapax sehari..mop dah memang kena hari2..
Hari tu ada orang cakap hiris halia kecik2 pastu tabur bagi dia rasa pedas2...
Aku dah tabur pastu bleh plak dia relax jer gigit2 halia tu..tak menjadi langsung petua tu untuk Rusydi...

spesis ni la yang nyaris2 ditelan Rusydi


Okey la pagi ni masak nasi lemak la plak..Sebab En Hubby pun dah ada kat umah..
Dia kalau pagi suka sarapan berat2 cmni..
Okey la ni aku tayang nasi lemak versi aku la..

Bahan-bahan:

3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
halia di hiris
3 helai daun pandan
Sedikit garam


Cara-cara :
  1. Cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam rice cooker sehingga masak..
  2. Nanti bleh dihidangkan dengan sambal apa yang memenuhi selera korang..Makan ngn ikan bilis, telur, timun dan kacang.

Wednesday, 20 March 2013

Kastard Pisang...Bila Papa Rusydi Takde


Hari ni bangun jer pepagi Si Rusydi dah melalak2..
Apahal la plk..rupanya dok mencari papa dia...
Actually ni pestime papa dia outstation sejak ada anak ni..
Semalam baru pergi tu pun lepas Rusydi tido..
Bukan apa nanti dia mengikut..
Sekarang dah pandai nak ikut2 papa dia...Mama takde plak nak ikut...Anak papa katakan...
Dia memang rapat sangat ngn papa dia..
Kalau ajak mandi pun lari2 kat papa..mandi ngn papa..
Selalunya bangun tido papa ada kat sebelah..hari ni bangun takde..
Bangun pagi turun katil pergi ruang tamu takde..masuk bilik satu lagi takde...
Kuar sekali lagi takde so tengah2 ruang tamu..terus duduk..guling dan nangis...
Pujuk2 kejap okey..pastu time mandi plk wat hal..
Ajak mandi terus cari papa dia..takde melalak lagi..adoiiii si anak..

Okey la sebab papa dia takde hari ni..
Mama pun ambk kesempatan la mendietkan diri..
Tak masak nasi langsung..memang pemalas kan...hahahha..
Buat bubur Rusydi jer tapi sempat gk ngap bubur Rusydi bersudu-sudu..hahahhaha
Pastu tengok pisang ada lgi buat la kastard pisang..Rusydi memang suka sangat makan pisang
Actually ni pestime buatnya..
Semua orang dah lama dh merasa..aku jer ketinggalan..
Terima kasih kat Kak Wana Potret Kasih atas resepi ni..
Memang sedap sangat..
Dok ulang2 makan..cmni ke diet? Hahahahaha
Akak saya copy resepi kat sini yer..

Sumber :  Kak Wana@Potret Kasih

Bahan-bahan :

Pisang berangan yang telah masak secukupnya
butter secukupnya
kismis secukupnya


Untuk sos kastard :

1 tin susu cair
2 biji kuning telur
1/2 cawan air
4 sudu makan penuh gula


Cara penyediaan :

1. Buat sos kastard dulu… satukan semua bahan2 sos kastad dalam periuk.
2. Kacau hingga sebati dulu kemudian barulah dipanaskan diatas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya… supaya adunan rata dan tidak bergentel2.
3. sejukkan sos seketika.
4. Untuk pisang… masukkan sedikit butter dalam kuali non stik.
5. kemudian goreng pisang tadi dalam butter yang telah dipanaskan.
6. balikkan pisang tadi bila masak dan lembut barulah dingkat.
7. hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis…



 

Tuesday, 19 March 2013

Kentang Goreng Bertelur


Ni nak tayang menu ringkas giler nih..
Actually tak tau nak masak apa untuk breakfast..
Ingat nk breakfast ringan2 jer..
Nak makan roti ngn telur jer..
Pastu teringat plak ada la kekawan blog yang buat telur goreng ngn kentang..
Mesti ramai kan...Aku plk ingat2 lupa...So bantai jer apa bahan yang ingat..
Konon nak makan ngn roti..
Tapi sekali En Hubby bantai macam makan scramble eggs..
Aku plak wat ckit jer sebab kentang ada sebiji jer tergolek2...
Okey kat sini aku tayang resepi dia..

Bahan-bahan :
1 biji kentang, dipotong dadu
1 biji bawang besar, dihiris 

3 biji telur
3 sudu makan serbuk lada putih
Garam/serbuk perasa


Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong sehingga masak. Angkat dan toskan.
2. Masukkan bawang dan goreng sehingga ia kekuningan.
3. Masukkan garam/serbuk perasa dan serbuk lada putih. Gaul rata.
4. Pecahkan telur.
5. Masukkan kentang.
6. Gaul sehingga semua bahan-bahan sebati. Angkat dan hidangkan.



Monday, 18 March 2013

Nasi Goreng Tomyam..Dah Lama Tak Tengok Wayang..


Morning semua...dah breakfast ke belum?..
Yang mana keja tu mesti berat hati jer nak g keja kan..
Maklumlah isnin..aku dulu macam tu gk..
Sekarang hari2 cuti...hambikkk ko...


Nak citer pasal sambut anniversary semalam..
Mula2 plan nak g makan..
Sekali En Hubby ajak tengok wayang..
Katanya dah lama tak tengok wayang..
Yer la rasanya last aku tengok wayang masa aku pregnant Rusydi 8 bulan..
Sekarang Rusydi dah 1 tahun 2 bulan..cuba korang bayangkan..
Actually wayang ni memang rutin aku ngn En Hubby masa zaman couple2 dulu..
Sebab dah ada anak terus berhenti..
Ni rasa macam nak sambung balik jer..
ROmantik la plak rasanya jalan dua2 ngn En Hubby..
En Hubby cakap nanti Rusydi dah besar bleh la kuar bertiga lak..
Tapi konpem la citer kartun jer kan..hahahhaa...

Okey la berbalik pada breakfast hari ni plak...
Sebab perut rasa macam lapar sangat aku beratkan breakfast ckit..Hihihihi..
En Hubby siap tambah 2x ni dah bukan macam alas perut dah..
Tu macam nak penuhkan perut jer.
Tapi En Hubby ni best makan la banyak cmner pun badan maintain kurus jer..
Bini dia ni gak makin kembang-mengembang...adoiii...

 Bahan-bahan :
  • 3 mangkuk nasi
  • 2 biji telor
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • lengkuas - ditumbuk
  • 1 1/2 s/b pes tomyam
  • Sedikit kobis 
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 2 helai daun limau purut - hiris halus
  • 1 batang serai-dihiris halus
  • 1 batang karot - dihiris
  • 1 s/b sos ikan
  • 5 ekor sotong
Cara-cara :
  • Panaskan minyak di dalam kuali, pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
  • Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi . Goreng hingga wangi.
  • Masukkan sotong , pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga sotong masak.
  • Masukkan kubis, karot, daun limau purut dan kacau rata.
  • Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
  • Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan.