KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday, 16 May 2012

Udang Masak Hitam Ala Mamak


Assalamualaikum semua...
Dah habis dah skodeng umah-umah orang...
Kihkihkihk...

Berbalik kepada entry hari ni la yer...
Ramai kan orang suka udang ni yer..
Tapi ada jugak yer yang suka udang tp tak tahan alergic nya...
Macam CMG tu la...
Udang bukan main besau-besau k...

Resepi ni aku dapat masa dok skodeng2 umah kak nina ....
Last-last jumpa cara masak udang cmani...
sedap weiiii....

k la aku tepek resepi kat sini plak yer..
Kak Nina sy mintak halal yer...


Bahan-bahan
500g Udang sederhana size - dicuci bersih lalu ditoskan 
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - diketuk jerr
2 inch halia -  dihiris halus
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang potong semi bulat untuk hiasan
bahan tambahan lain Nina letak kentang dan carrot sebagai sampingan (FAV anak-anak)

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)
2 sudu besar serbuk kari ikan/udang
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk perencah sup
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam

bahan sos
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis
1/2 cawan air (untuk bagi kentang dan carrot empuk)

Cara-caranya
  • Udang dibersihkan lalu ditos dan diketepikan
  • Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
  • Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.
  • Masukkan kentang dan carrot. Masak hingga empuk.
  • Selepas itu,  masukkan udang. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak udang akan rasa keras dan tak sedap)
  • Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan
  • Tutup api
  • Sedia dihidangkan.





No comments:

Post a Comment