KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday 18 May 2012

Sambal Udang Kantan


Assalamualaikum yer semua...
Waa yang berkerja tu bukan main suka lagi yer..
Mentang-mentang la hari ni dh jumaat...
Sebenarnya aku la yg dok lebih-lebih..kihkihki..
Yer la sapa tak suka cuti kan..
Masa tu la nak bergurau senda seharian ngn Rusydi dan papa dia tu...
Ok la balik bab masak ngn makan ni yer..
Sebenarnya dah lama dah nak cuba masak udang style mcm ni..
Semalam jadi jugak aku masak...
En Hubby cakap sedappp...
Sebab ada bau rasa dan bau wangi bunga kantan..
Seronok jer kan bila masak tengok family semua suka..
Siap tambah nasi bagai lagi En Hubby,...
Rasanya semua dah cuba masak udang camni..
Aku jer ketinggalan sedikit...
Rupanya senang dan cepat jer nak membuatnya..
Harap CMG tak marah la yer aku dok selongkar dapur dia ambk resepi nih...
Terima kasih yer CMG, nanti adda dtg lagi yer sebab banyak lagi ni nk ambk resepi..

BAHAN-BAHANNYA :
10 ekor udang galah sederhana besar, buang kotoran dan cuci bersih
1 kuntum bunga kantan, mayang halus
1 biji bawang besar, hiris kasar
5 - 6 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang tadi digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang berubah warna, angkat dan toskan. Dengan minyak yang sama tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan garam secukup rasa dan gula. Kacau dan masukkan udang, bunga kantan dan jus limau kasturi, kacau rata
  3. Tambah hirisan bawang dan masak hingga bawang layu, jika suka sedikit berkuah tambah air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman.
    

6 comments:

  1. asslm Adda..nmpk sedap la pula tgk lauk udang tu...mesti baunya pon wangi bile dah bubuh bunga kantan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..memang wangi QH..tu yang wat rasa dia lain macam tuh...

      Delete
  2. salan adda,akak kalau ada sambal cam gini tkyah lauk lain nasi mestitambah 2x hahaha tambah2 ada kantan wangiiiiiiii tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Kak Noor..tu la..ni plk 1st time masak udang cmni..sibuk la dok gaul-gaul sambal tu ngn nasi panas-panas..yer la wangi bunga kantan tu..

      Delete
  3. belum pernah lagi try masak sambal udang kantan ni. mesti sedapkan bila bau bunga kantan yg wangi tu.

    Follow u

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la Kak Wantie..memang sedap pun..kalau resepi dtgnya dr CMG konpem-konpem la sedap..wangi jer baunya..

      Delete