KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 11 May 2012

Terung Berlado


Salam pagi jumaat yer semua….
K la hari ni taknak membebel panjang sebab skrang kt opis..
Bos ada plak kt sebelah ni…
Jadi xbleh nk buat esei bagai…
K la layan lauk aku malam tadi…
Resepi tepek kat bawah..

Bahan-bahan :-
4 batang terung panjang, dihiris dan ditabur garam kunyit
garam dan gula secukup rasa
2 sdb sos tomato

Bahan ini perlu di tumbuk kasar/
5-7 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit udang kering

Cara-cara :-
- Panaskan minyak dan goreng terendam terung sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

-Tuang lebihan minyak dan tinggal bakinya utk menumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak
- Apabila sudah masak masukkan garam dan  sos tomato dan gaul seketika. Masukkan sedikit air jika perlu
- Angkat dan curahkan ke atas terung yang digoreng tadi dan boleh dihidangkan.





No comments:

Post a Comment