KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday, 3 May 2012

Ayam Goreng Bertumis


Assalamualaikum & selamat malam yer semua...
Penat betul hari ni ngn kerja yang memerahkan otak..
Penat-penat pun sempat lagi dok lompat-lompat blog kawan-kawan semua...
Yang tu memang benda wajib dalam sehari..
Wat cuci mata sambil dok fikir apa nk masak makan malam..
Jadi godek sana, godek sini akhirnya singgah kt My Resepi..
Jumpa plk resepi ayam ni dr love2cook...
Sedap betul ayam bila masak cmni yer..
Ayam kt atas tu bukan rentung yer..bila siap goreng jer color tukar cmni...
Ingat aku ni xpandai goreng ayam ker ..walaupun kadang2 tu rentung jgk..Ahakssss...
Terima kasih tak terhingga la kat tuan punya resepi ni yer...memang sedap betull..

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • Bahan2 utk Ayam Goreng (perap bersama selama 1/2 jam) :-
  • 1 ekor ayam (dicuci dan dipotong saiz sederhana)
  • 7 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 inci halia - dikisar
  • 2-3 sudu makan serbuk cili
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • garam dan aji secukup rasa
  • ------------------------------------------
  • Bahan2 utk menumis :-
  • 2-3 biji bawang besar - potong bulat2
  • 6 tangkai cili kering - potong dua
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 1/2 sk biji jintan manis
  • 1/2 sk biji jintan putih
  • sedikit rempah 5 spices
  • sedikit jus lemon (jika suka)
  • Minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak dlm kuali (biar cukup untuk menumis). Tumis kayu manis, bunga lawang, biji jintan manis dan biji jintan putih hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar, cili kering, daun kari dan serai. Tumis sebentar hingga wangi.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, tambahkan rempah 5spices dan gaul sebati.
  5. Padamkan api dan perah sedikit jus lemon. Gaul lagi dan sedia dihidang!




4 comments:

  1. sedapnya ayam masak gini....simple2 yg buat kita mkan byk nasi...memang bahaya...hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali makan byk apa salahnya...

      Delete
  2. maaf Adda...lmbt spi ke sni..hihi...sedapnye tgk ayam msk kicap tu...bertambah nasi ni kalau mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper2...biasa la byk umh nk kena skodeng...

      Delete