KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 29 May 2012

Kacang Kuda


Resepi ni senang la sgt...
Ada la dh beberapa kali aku buat..
Caranya lebih kurang sama je semua..
Tapi yang ni aku ambk dari umah ni ...
Tapi dia ada letak cili kisar/cili boh...
Aku takde la letak sebab dh habis stok..
Aku letak cili kering lak..
Maaf yer Catz's sebab mandai2 jer olah resepi nih...

bahan-bahan:

kacang kuda
daun kari - 1/2 genggam
bawang besar satu labu
cili kering
serbuk kari - 1.5 sudu
garam sket
minyak sket- aku guna butter


-kacang kuda ni aku rebus sendiri (rendam dulu kacang kuda itu satu mlm, then baru rebus esoknya..buh garam ckit)
-Hiris halus bawang besar
-Tumis bawang besar hingga layu, masukkan separuh daun kari..
-then masukkan cili kering dan masukan pula serbuk kari.
-kacau sebati, buh garam sket dan masukkan kacang kuda. gaul sebati, angkat dan hidang




Monday, 28 May 2012

Kacang Botol Tumis


Ok semua ni malas nk bebel panjang-panjang..
Masak ni malam td..
Masak simple2 jer...janji sodap..




BAHAN-BAHAN :

200 grm kacang botol
Garam secukup rasa
Sos tiram secukup rasa
Kicap secukup rasa
1 biji bawang merah - di mayang
1 ulas bawang putih- dimayang
Sedikit ikan bilis
CARA MEMASAK :

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan dimayang sampai naik bau.
-Kemudian masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam , sos tiram dan kicap.
-Gaul sehingga sayur masak dan angkat. hidangkan.

Thursday, 24 May 2012

SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS



Dok jenguk-jenguk kat sini jumpa plk entry ni..
Ok la saper yang nk tingkatkan visitor dan follower bleh la join dkt sini yer..
Yer la aku ni kan baru jer nk berjinak-jinak ngn blog ni..harus la join yer tak..
Ok..dah la yer..nk mula keja dh ni..
Bubyee....

Tuesday, 22 May 2012

Bayam Tumis


Ni menu minggu lepas..
Makan ngn ikan goreng dan sambal belacan jer..
Masak simple-simple sudah la yer..
Busy sangat sekarang smpai takde masa langsung masa nk berblogging nih...
K la layan jer la resepi ni yer..

Sumber : Kak Fida MyR

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 300 g sayur bayam - dibersihkan dan potong kecil
  • 2 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
  • 2 batang cili hijau
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • 1 sk jintan manis
  • sedikit kunyit hidup
  • 1 sb udang kering
  • 100 g udang hidup - dibuang kulit
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak - untuk menumis

Cara-cara

  1. Tumbuk cili hijau,bawang merah,kunyit,jintan dan udang kering tetapi jangan halus sangat.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi hingga terbit bau lalu masukkan udang hidup,kacau rata dan masukkan pula santan dan garam secukup rasa.Kacau.
  3. Apabila santan mula mendidih,masukkan sayur bayam dan masak sayur hingga lembut.
  4. Siap untuk dihidangkan dgn nasi panas.






Friday, 18 May 2012

Sambal Udang Kantan


Assalamualaikum yer semua...
Waa yang berkerja tu bukan main suka lagi yer..
Mentang-mentang la hari ni dh jumaat...
Sebenarnya aku la yg dok lebih-lebih..kihkihki..
Yer la sapa tak suka cuti kan..
Masa tu la nak bergurau senda seharian ngn Rusydi dan papa dia tu...
Ok la balik bab masak ngn makan ni yer..
Sebenarnya dah lama dah nak cuba masak udang style mcm ni..
Semalam jadi jugak aku masak...
En Hubby cakap sedappp...
Sebab ada bau rasa dan bau wangi bunga kantan..
Seronok jer kan bila masak tengok family semua suka..
Siap tambah nasi bagai lagi En Hubby,...
Rasanya semua dah cuba masak udang camni..
Aku jer ketinggalan sedikit...
Rupanya senang dan cepat jer nak membuatnya..
Harap CMG tak marah la yer aku dok selongkar dapur dia ambk resepi nih...
Terima kasih yer CMG, nanti adda dtg lagi yer sebab banyak lagi ni nk ambk resepi..

BAHAN-BAHANNYA :
10 ekor udang galah sederhana besar, buang kotoran dan cuci bersih
1 kuntum bunga kantan, mayang halus
1 biji bawang besar, hiris kasar
5 - 6 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang tadi digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang berubah warna, angkat dan toskan. Dengan minyak yang sama tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan garam secukup rasa dan gula. Kacau dan masukkan udang, bunga kantan dan jus limau kasturi, kacau rata
  3. Tambah hirisan bawang dan masak hingga bawang layu, jika suka sedikit berkuah tambah air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman.
    

Wednesday, 16 May 2012

Ayam Goreng Tepung



Semalam En Hubby xbleh nk tido...
Kejap-kejap bangun, kejap-kejap baring...
So partner nya pun resah gelisah jgk la dok nengoknya...
Tanya punya tanya cakap xleh tido nape sebab sakit hati...
Sakit hati nk  pergi ke hospital ker bukan dia jawab..
Rupanya sakit hati ngan orang...

Rupanya sakit hati dengan satu makhluk ni la...
Laki den bukan main lagi keja pagi, petang, siang, malam wat keja...
Orang tu senang-senang jer lesap kan duit..
Bukan sikit k...RM20+ ribu...
Dah bleh bayar muka Audi idaman ku...cehhhh...verangan k..

Nak marah serba salah...tak marah kan tak bleh jadi...
Dah namanya ada pertalian darah...
So nekad la En Hubby dan berpakat ngan lain-lain nk fired itu orang...

So borak bukan main lama so buat la kunyah-kunyah dengan ayam ni...
Borak-borak punya borak habis jugak yer...
Goreng pun dah kul1 pagi...
Isteri solehah k...Ahakssss

Sumber  : Blog Resepi

Bahan Untuk Perap Ayam
  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Udang Masak Hitam Ala Mamak


Assalamualaikum semua...
Dah habis dah skodeng umah-umah orang...
Kihkihkihk...

Berbalik kepada entry hari ni la yer...
Ramai kan orang suka udang ni yer..
Tapi ada jugak yer yang suka udang tp tak tahan alergic nya...
Macam CMG tu la...
Udang bukan main besau-besau k...

Resepi ni aku dapat masa dok skodeng2 umah kak nina ....
Last-last jumpa cara masak udang cmani...
sedap weiiii....

k la aku tepek resepi kat sini plak yer..
Kak Nina sy mintak halal yer...


Bahan-bahan
500g Udang sederhana size - dicuci bersih lalu ditoskan 
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - diketuk jerr
2 inch halia -  dihiris halus
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang potong semi bulat untuk hiasan
bahan tambahan lain Nina letak kentang dan carrot sebagai sampingan (FAV anak-anak)

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)
2 sudu besar serbuk kari ikan/udang
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk perencah sup
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam

bahan sos
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis
1/2 cawan air (untuk bagi kentang dan carrot empuk)

Cara-caranya
  • Udang dibersihkan lalu ditos dan diketepikan
  • Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
  • Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.
  • Masukkan kentang dan carrot. Masak hingga empuk.
  • Selepas itu,  masukkan udang. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. (nanti lebih masak udang akan rasa keras dan tak sedap)
  • Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan
  • Tutup api
  • Sedia dihidangkan.





Selamat Hari Guru..



Monday, 14 May 2012

Sambal Tumis Petai



Ni plak aku wat masa makan ngahari semalam..
En Hubby request nk makan nasi ngan sambal petai ni…
Ok la aku dh tak bleh nk cakap banyak dah…
Kat sini aku kerja mengalah kan buruh kasar dh…
Panas gilerrrr la oii…
Dah la kulitnya itam manis…manisss k..bukan kelat …
Tapi itam2 manis ni bila panas berkilat jadinya…HUAHAUAH…
K la resepi kat bawah ni yer…

Bahan2:

4 papan petai (belah 2)
Ikan bilis belah – ikut korang la nk byk mana pun
3 ulas bwg merah
1 sudu kecil belacan
4 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Cara2:
Kisar bwg merah & belacan. Kemudian panaskan dan tumis bhn kisar dan ikan bilis. Kacau sehingga agak garing.Kemudian masukkan air asam jawa tadi dan juga petai. Masak lagi sehingga sambal kering. Perisakan dgn garam & gula.




Telur Rebus Masak Kicap



Assalamualaikum & selamat tengah hari…
Panas betul hari ni..aku rasa aku ni dh sebijik cm ikan masin dh..
Dalam opis plk xbleh pasang aircond…aduiiiii…
Aircond plk rosak..yang satu plk dh berkurun tak service..
Ngan kipas lagi la laju kipas..
Tension betull..
Bleh migraine aku kalau cmni…
K la layan la masak telur versi org malas ni yer…

Bahan2

60 ml cuka tiruan
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
30 gram gula
4 biji telur - direbus)
air
kicap
2 biji ubi kentang

Bahan Tumis
1 biji bwg besar - ditumbuk
3 ulas bwg putih- ditumbuk
3 cm halia- ditumbuk
3 biji lada merah – ditumbuk
80 ml minyak
kulit kayu manis & bunga lawing

Cara Menyediakan
-Panaskan minyak goreng ubi kentang sehingga empuk sedikit. Angkat dan ketepikan. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
-Masukkan cuka, garam, serbuk kunyit, gula, kicap dan air.
-Apabila mendidih, masukkan telur dan ubi kentang kacau hingga rata. Apabila kuah dah pekat, angkat dan hidangkan. 




Friday, 11 May 2012

Terung Berlado


Salam pagi jumaat yer semua….
K la hari ni taknak membebel panjang sebab skrang kt opis..
Bos ada plak kt sebelah ni…
Jadi xbleh nk buat esei bagai…
K la layan lauk aku malam tadi…
Resepi tepek kat bawah..

Bahan-bahan :-
4 batang terung panjang, dihiris dan ditabur garam kunyit
garam dan gula secukup rasa
2 sdb sos tomato

Bahan ini perlu di tumbuk kasar/
5-7 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit udang kering

Cara-cara :-
- Panaskan minyak dan goreng terendam terung sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

-Tuang lebihan minyak dan tinggal bakinya utk menumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak
- Apabila sudah masak masukkan garam dan  sos tomato dan gaul seketika. Masukkan sedikit air jika perlu
- Angkat dan curahkan ke atas terung yang digoreng tadi dan boleh dihidangkan.





Thursday, 10 May 2012

Sotong Masak Hitam




Sotong ni merupakan peberet aku jugak…
Tapi sebelum ni tak pernah lagi aku masak sotong macam ni…
Ni merupakan 1st time la nk cuba resepi ni…
Dok tengok ramai sangat dok cuba resepi ni….
Aku pun mula la skodeng dr blog ke blog last2 ambk la resepi kat umh  Kak Noraini...
Rupanya sedapppppp la sangat….
Siap En Hubby request suh buat lgi…
K. Noraini sy mintak halal tepek resepi kat sini yer…


Bahan-Bahan
1kg sotong sederhana besar (ambil dakwatnya dan pastikan tidak pecah)

Bahan Kisar
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam
4 tangkai cili kering
Sedikit serbuk kunyit

Bahan Tumis
3 biji cili hijau (dihiris kasar)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun salam (jika suka)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sayur (untuk menumis)



Cara Memasak
1. Perapkan bahan kisar dengan hirisan sotong dan kepalanya dengan dakwat sekali.
2. Gaulkan rata dan taburkan dengan sedikit garam. Biarkan perap selama 30 minit.
3. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang hingga berbau wangi.
4. Kemudian masukkan daun salam (jika suka) bersama sotong dan bahan perapannya. Gaul rata.
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih. Apabila mendidih, masukkan hirisan cili hijau dan biarkan masak hingga kering sedikit.
6. Perasakan dengan garam secukupnya dan hidangkan bersama nasi putih.







Wednesday, 9 May 2012

Ikan Kembung Sambal Pedas



Dok godek-godek icebox tgk apa yang ada..
Tinggal la 2ekor ikan kembung ni golek-golek dlm tuh..
So masak la sambal cmni..
Sambal tu lebih sebab nak gaul-gaul dalam nasi panas-panas tuh…
Sedap weiiiiii…
Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung
2 keping asam keping/gelugur
1 biji tomato – di potong dadu
garam dan gula secukup rasa


Bahan2 kisar:
sedikit belacan
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
8c cili padi

cara:
-ikan kembung dilumur dengan kunyit serbuk dan garam dan goring hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau dan masukkan tomato.
- gaulkan rata dan masukkan garam , gula dan asam keping
- masukkan ikan goreng tadi dan gaulkan rata. Angkat dan hidangkan

Tuesday, 8 May 2012

Kerisi Masak Sambal


Petang- petang cmni mesti dok sibuk nak masak apa yer semua…
Mana nk buat kuih la..nk masak laki nak balik makan la…
Adussss sedapnya la kalau ada yang nak hantar sepiring dua ker…Ahaksss
K la ni nk share menu semalam yer…
Resepi simple jer tp memang la akan makan nasi tu berpinggan-pinggan k…
Ketepikan diet sekejap…huahuahuahaua..
Alaaa konpem ramai la yang pandai masak camni kan..
Apa-apa pun aku tepek gk resepi kat bawah ni..

Bahan-bahannya:-

8 ekor ikan kerisi segar
2 asam keping

Bahan-bahan dikisar :-

8 biji cili padi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci belacan
½ ulas bawang besar


Cara memasaknya:-

-Goreng ikan kerisi sehingga masak dan sedikit garing .

-Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.Kemudian masukkan asam keeping.

-Bila sambal dah pecah minyak baru la boleh masukkan ikan serta garam dan kacau rata. Bila semua sambal dah rata boleh la ditutup api dapur.


Sunday, 6 May 2012

Nasi Goreng Cendawan


Selamat tengah hari yer semua...
Nasi ni menu breakfast pagi tadi..
Teringin sangat nak makan nasi goreng cendawan...
Lama dah tak goreng nasi goreng camni..
Kebetulan pergi pasar malam Bandar Mahkota ni semalam ada la beli cendawan..
So godek punya godek dalam icebox tengok apa yang ada..
Taraaaa  dah siap breakfast...
Ni resepi Nasi Goreng Cendawan versi akulah yer...

3 bawang merah- ditumbuk
2 bawang putih- ditumbuk
halia- di tumbuk
kunyit
6 biji cili padi- di tumbuk
ayam
cendawan
2 telur 
2 cili merah- di hiris
lobak merah- dipotong dadu

- Goreng ayam seketika. Kemudian tumis bahan yang ditumbuk diikuti kunyit.
- Pecahkab telur dan goreng seketika. Masukkan cendawan dan lobak merah.
- Masukkan garam dan serbuk perasa (optional)
- Masukkan nasi dan goreng seketika dan kemudian boleh dihidangkan.




Saturday, 5 May 2012

Ayam Masak Lada Seratus





Assalamualaikum semua...
Dah makan malam ke belum?
Hari ni untuk dinner aku ngn En Hubby ambk resepi dari Bro Rozzan yer..
Tapi dia punya versi berkuah...
Aku plk derhaka ckit bak kata CMG...
Aku wat kering plk..tu pun En Hubby yg suruh...
Ayam pun aku goreng dulu sbb En HUbby aku ni suka bila ayam tu digoreng dulu..
Sedap plk gaul2 ngn nasi panas-panas...

AYAM MASAK LADA SERATUS


Bahan-Bahan
1 ekor ayam ( 1.3 - 1.5 kg)- bersihkan dan potong 8 bahagian


25 -30 tangkai cili kering (direndam)
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
2 cm halia 
sedikit belacan
(kisar semua bahan2 ini dgn sedikit air)


2 btg serai (dititik)
3 cm lengkuas (dititik)
1 sudu teh kunyit serbuk
1 kotak santan kara (200 ml)
2 biji kentang (potong wedges) -optional
minyak utk menumis (abt 4-5 sudu makan)
2-3 mangkuk air (atau secukupnya)
sedikit air asam,
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 sudu besar bawang goreng (optional)


Cara
Panaskan minyak goreng ayam dulu sehingga masak dan tumis bahan2 kisar dan kunyit serbuk hingga garing. Bubuh/tambah sedikit air jika perlu. 


Seterusnya, tuang santan, 2 mangkuk air dan kentang. Kacau rata-rata dan masak lagi hingga ayam & kentang empuk. Kalau kuahnya kurang, bolehlah ditambah 1 mangkuk air lagi. Sesudah itu, masukkan garam, gula dan sedikit air asam. Sesuaikan rasanya dan biarkan mendidih sebentar. Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tdadi bawang goreng (jika suka) dan kacau sedikit. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.