KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday, 3 July 2014

Iftar Hari-5 : Tom Yam Putih


Untuk hari ni masak simple jer...
Buat tomyam putih ni...
Lawan ngn telur dadar, ulam dan sambal belacan....
Bila berbuka sorg2 ni memang msak simple2 jer...

SUMBER : IbnuKhusairy


Bahan-Bahan
1 mangkuk ayam & dipotong kecil 2 mangkuk air 7  ekor udang dibuang kepala ( kalau tak nak buang kepala pun ok) 5 ulas bawang putih – diketuk 1 biji bawang besar -dibelah 2 5 biji cili padi – diketuk 2 biji tomato – dipotong dadu 3 batang serai – diketuk 6 helai daun limau purut diketuk 1 sudu kecil ssam jawa – seeloknya gunakan yang tanpa biji 2 biji limau nipis – dibelah dan dibuang biji Daun ketumbar – dipotong kasar Garam & gula – secukup rasa

Bawang besar dan cili padi tu kalau korang nak blend pun ok.. Sebab kadang-kadang ada anak-anak atau bapak budak pun yang x suka bawang ni.. Nampak pulak cili padi lagi gerun.. Hehehe

Langkah-Langah Memasaknya :
1. Tuangkan air kedalam periuk 2. Masukkan ayam & bawang putih 3. Masukkan udang dan terus masukkan tomato, biarkan 1 minit 4. Masukkan air asam jawa, kacau 5. Besarkan api sebesar-besarnya, dan masukkan  sekaligus serai, daun limau purut & bahan yang diblender (bawang besar dan serai) . Biarkan menggelegak kuat   selama kira-kira 30 saat la lebih pun tak apa.. 6. Perlahankan sekecil-kecil api. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan lada jarum (Sebenarnya kalau tak masuk gula pun boleh, takut ada yang nak rasa manis sikit) 7. Taburkan serbuk lada hitam dan perahkan limau nipis 2 belahan. Pastikan proses ini berlaku 8.tidak lebih 20 saat 9. Tutup api. Angkat terus dan hidangkan 10. Taburkan potongan daun ketumbar sebagai hiasan sikit.


8 comments:

  1. Panas panas cam ni, kalau makan tomyam pun sedap. Lagi simple lagi best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dh lama tak masak tom yam kt umh ni...rasanya lepas bersalin ni baru masak tom yam...

      Delete
  2. Walaupun simple tetap menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple, cepat dan sedap...yerla sejak ada yg kecik ni kena masak simple2 jer....

      Delete
  3. Sure meneyelerakan...selalu akan just..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2....tekak ni terasa plk nk hirup kuah masam2...

      Delete
  4. serius saya tak pernah buat tomyam putih ni.asyik buat tomyam merah aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa skrg dh bleh cuba...cepat2 cuba...

      Delete