KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday 18 July 2014

Iftar Hari-20 : Padprik Ayam.....Tragedi MH17


Bangun pagi tadi bukak2 tv angat2 terkejut...
Ku fikir MH370 dh jumpa...sebab tak bca tajuk..
Pastu tengok siap berasap lgi xkan la berasap plk...
Sekali baca MH17...Ya Allah...Dugaan lgi untuk Malaysia...
Belum selesai lagi kes MH370..
Dikejutkan lagi dengan MH17 dalam masa 4bln nih...
Sebagai seorang Islam...
Anggap la itu sebagai ketentuan Allah s.w.t...
Titipkan doa kepada mereka...

Berbalik pada menu hari ni...
Mood dah sedih...Mood malas pun ada...
Berbuka plk sorg2 lagi...
Bikin padprik ayam.
Senang...ada lauk dan sayur..
Bila lauk cmni Rusydi la paling suka sbb dok kutip sayur2...
Suka sgt dia..Tu pasal aku xbuat pedas...
Kesian plk dia nak makan...


Bahan-bahan:

1 cawan isi ayam dipotong kecil - senang anak-anak nak makan
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 ulas bawang merah ditumbuk kasar
1/2 labu bawang besar (Holland) dihiris bujur
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 biji cili merah dihiris serong
1 tangkai kacang panjang-potong 1 inci panjangnya
bunga kobis, karot dipotong ikut suka
3 helai daun limau purut dicarik kasar.
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng isi ayam hingga wangi dan masak (3-5 minit)- jangan angkat.
2. Masukkan bawang yang ditumbuk dan cili merah. Tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar. Kacau. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Tambah sedikit air.
3. Masukkan sayuran. Tutup kuali seketika (2 minit)
4. Buka tutup. Masukkan sedikit garam dan gula (sedikit sahaja sebab sos dah ada rasa masin dan kicap ada rasa manis). Masukkan tepung jagung dan daun limau purut. Kacau.
5. Bila dah mendidih dan kuah pekat, tutup api dan hidangkan.

*** ada perbezaan rasa kalau kita tidak mengikut susunan memasukkan bahan ke dalam kuali.
Rasa ayam berbeza jika digoreng sebelum atau selepas bawang ditumis.


No comments:

Post a Comment