KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 1 July 2014

Iftar Hari-3 : Kuih Buah Melaka


Sempat jgk aku balik keja godek2 kuih ni...
Kuih senang kan...cepat la siap....
Kuih kesukaan ramai nih....
Oklah resepi kat bawah yer..

Sumber : Jamie / Hjh Noraini

Bahan-bahan :
  • 500 gm tepung pulut
  • 2 ketul gula Melaka (potong dadu kecil-kecil)
  • 5 helai daun pandan (dikisar dengan 1 cawan air)
  • 1 biji kelapa parut (ambil putih saja)
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika suka)
  • Air secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Air pandan dicampur dengan pewarna dan 1 cawan air lagi. Tuangkan sikit-sikit dalam tepung pulut dan gaul hingga menjadi doh yang lembut dan cukup basah.Jika kering, tambah air lagi. Hati-hati jangan tuang air terlalu banyak supaya tidak lembik.Kalau lembik, kena tambah tepung lagi.
2. Ambil secubit dan masukkan gula melaka.Bulatkan semula dan susun dalam dulang atau pinggan.Buat begitu hingga habis.
3. Panaskan air dalam periuk sederhana besar.Isikan air 1/2 periuk saja.Apabila mendidih,masukkan buah melaka.Jangan isi banyak sangat.
4. Biarkan buah melaka masak dan ia akan timbul pada permukaan air. Sambil itu kacau supaya buah melaka tak lekat pada dasar periuk.
5. Sediakan loyang dan isikan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
6. Apabila buah melaka dah timbul,angkat dengan senduk atau tapis, biarkan tos dulu baru masukkan dalam loyang berisi kelapa. Golek-golekkan supaya kelapa merata pada kuih.
7. Pindahkan dalam pinggan yang sesuai dan sedia untuk dihidangkan.

3 comments:

  1. assalam adda, dh lama akak tak buat kueh ni boleh lah simpan resepi utk menu esuk lusa ni

    ReplyDelete
  2. yang ni memang all time fav... tunggu wiken nak buat ni.. :))

    ReplyDelete
  3. my peberet ni.
    blom buat lagi.
    gula nisan x da. hok lain ada dah.. hihi..

    ReplyDelete