KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday, 29 April 2012

Sambal Tauhu


Ni aku masak untuk pagi tadi...
Masakkan nak cepat siap...kihkihkih..
Campur malas nak fikir pebenda lgi nak masak...
Gambar pun kabur bagai sebab guna henpon cak ayam jer..
Cari kamera papa dia tak jumpa, henpon papa dia pun tak jumpa..
Lastly pakai jer henpon aku ni..hambikkk ko..
K la resepi kat bawah...
Nak siap-siap ni, nak g kuantan plk...
Sajet nak ikut papa dia g site...

Bahan-Bahan :

3 keping tauhu
1sb udang kering
2sb cili boh
1sk air asam jawa
1/2 labu bawang besar

Cara-cara :

1. Potong tauhu ikut lah cmner pun..Goreng seketika.
2. Tumis bawang besar dan udang kering yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili boh, air asam jawa, gula dan garam..
3. Masukkan tauhu yang dh digoreng. Gaul seketika dan angkat...





Saturday, 28 April 2012

Sambal Kuning Kembung..yang tak berapa kuning



Memandangkan aku jalan-jalan kat umah Kak Tirana My Favourite Recipes..
Ternamapk la resepi ni...
Bukan main senang lagi, jadi apa lagi masak la untuk lunch..
Tapi Kak Tirana masak gunakan ikan tenggiri..
Tapi kat umah aku ni yang ada nya sepasang laki bini kembung ni la untuk di santap..
Apa lagi selamat la sepasang kembung ni..
Tapi yang tak puas hatinya naper sambal aku tak kuning..
Kurang kunyit la tu,...
Tapi takper la terasa la kat anak tekak aku ni kunyit nya..
K la resepi kat bawah yer..

Sumber ; My Favourite Recipes

Bahan-bahan

6 keping ikan tenggiri - dibersihkan dan digaul garam kunyit
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
sedikit kunyit hidup

Note: Jika suka pedas boleh tambah cili padi

Cara memasak

1. Goreng ikan sehingga masak. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
3. Tambahkan air asam jawa. Masak sehingga agak pekat.
4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan masak hingga kuahnya agak kering.





Thursday, 26 April 2012

Sup Ayam, Sambal Belacan & Terubok Masin.....1st time after married



Hari ini dalam sejarah k...
Semalam kan ada aku gtau yang ayam tu aku nk masak sup...
Sekali balik keja tadi laki aku tanya lapar tak?
Of course lapar k..dh memamg selalunya balik umh mesti aku masak dan makan malam..
Dia cakap papa dh masak nasi..tggu mama jer..
Laki aku hari ni malas nak g opis...so lepak kt umah jer la...
Dia tak pergi opis pun takde orang nak marah,,kalau aku ni yer la..dh namanya kuli kan...huhuhu..
Balik jer umah, macam biasa la terus la masuk dapur...
Terkezzuttttt k...tak pernah tau dia masuk dapur masak...
Setakat aku suh kacau gulai ker, balik ikan ker ada la..
So menu kat atas tu dia la yang masak...
Aku tanya mana tau mama nk makan sup ni..
Dia cakap biasa la naluri suami...cehhhhh...nyampah lak aku dgr..Ahakkksss..
Nyampah-nyampah sayang tau..
Entah-entah dia baca blog aku ni agaknya..
Apa-apa pun thanks papa...sweet sgt tau..lov u a lot..




Wednesday, 25 April 2012

Ayam Kicap Pedas Lagi!!!



Adoiii mesti korang boring kan...asal kuar jer menu mesti kicap...HUAHUA...
Ingatkan tadi beli ayam nk buat sup...
Sekali En Hubby bgtau nak suh masak ayam kicap...adehhh...
Jadi buat jer la ayam kicap dia ni...
Tak boring agknya dia asyik kicap jer...
Kan tak buat nanti, dia mogok lapar cam semalam plak kan..
Jenuh aku nak memujuknya...
Kalau budak kecik bleh jgk bodek ngn gula-gula ker...
Ayam ni dia suh wat kering-kering...
Ayam tu plak mesti goreng dulu, biar garing ckit...
K la ayam hari ni aku wat lain ckit..
Asal nmpak kicap ok la dia tu agaknya..
Layan la resepi kat bawah ni...

1/2 ekor ayam
2 batang serai - diketuk
1 labu bawang besar - di hiris bulat-bulat
3 bawang putih - dihiris
5 cili padi - dihiris 
2 s/k lada hitam - ditumbuk
6 s/b kicap manis
1 s/b sos tiram



kunyit dan garam untuk goreng ayam..

Cara- cara :

1. Goreng ayam sehingga masak sehingga masak dan ketepikan.
2. Tumis semua bahan kecuali kicap ngn sos tiram sehingga wangi @ naik bau.
3. Kemudian masukkan sedikit air diikuti ngn kicap manis dan sos tiram. 
4. Bila dah mendidih masukkan ayam dan bawang besar, masak seketika.
5. Angkat dan sedia dihidangkan..









Tuesday, 24 April 2012

segmen : tambah follower tambah kawan


K la ni konon2 nak menyahut cabaran Ckyn la ni...
Tak pernah kena tag..ni pestime la kira ni...
Segmen ni datangnya dr http://syamirazainan.blogspot.com
Dia pun pestime la gak buat segmen ni..
Tapi takper aku sokong dia dari belakang jer la yer.
Aku ni plk kena tag dr http://ckynhashim.blogspot.com..
Diorang ni semua member2 baru aku la gk..
Maklumla aku ni baru bertunas jer buka blog ni..
Dah la blog tak seberapa..
Mana la tau dengan menyahut cabaran ni bertambah la kawan-kawan nanti..
Bila tambah kawan, bertambah la follower nya ek..Ahaksss..
Lagipun aku ni bukannya ramai sangat kawan nya..
K la sekarang aku tag la pada 2 orang ni yer..
Selamat tambah kawan, tambah follower la yer...



Monday, 23 April 2012

Nasi Goreng Tomyam



Malam ni makan nasi goreng tomyam jer la yer...
Malas betul nak masak..
Penat ngn semalam tak cukup tido sebab si kecik tu kul3 pagi bangun taknak tido..
Nak jugak suh orang main ngan dia...Huhuhuh..
K la tgk la resepi kat bawah ni yer..

Sumber : HaSue

Bahan-bahan :

2 mangkuk nasi
6 ekor udang segar
200g daging ayam
4 biji bawang merah - di hiris
2 biji bawang putih - di ketuk
4 cili padi - dihiris
2 kiub pes tomyam maggi
kubis bunga - hiris kecik2
sawi - hiris 
1 batang serai - di hiris
3 helai daun limau purut - di racik

Cara- cara : 

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan kiub tomyam dan sedikit air. Masukkan cili padi.
3. Masukkan ayam sehingga ayam masak.
4. Masukkan sayur-sayuran, serai dan daun limau purut.
5. Masukkan nasi dan gaul hingga rata. 

Selamat mencuba....



Sunday, 22 April 2012

Ayam Masak Kicap



Ayam Kicap!! Ayam Kicap!!
Macam dalam iklan si Shanie tu..betul ker eja nama dia cmtu..
Apa2 jer la..
Yang ni aku masak bila pun aku xtau..
Memang dah lama dh...
Moh ler nengok resepi..

Bahan-bahan :

20 cili kering - dikisar
5 bawang merah - dimayang
4 bawang putih - dimayang
1cm halia - dihiris
1s/k jintan manis - ditumbuk
1s/k jintah putih - ditumbuk
1s/k lada hitam - ditumbuk
1s/k ketumbar - ditumbuk
sedikit air asam jawa
1 bawang besar - dihiris bulat2
kicap pekat

Cara disediakan : 

Goreng ayam dahulu sehingga garing. 
Tumiskan cili kering, barang yang dimayang dan yang ditumbuk.
Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan ayam.Gaul seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan bawang besar..
Angkat dan sedia dihidangkan.



Saturday, 21 April 2012

Daging Masak Kicap


Resepi yang simple jer...
Budak sekolah pun bleh masak...
Ni ntah pic bila aku ambk..
K la jom tengok resepi...
Walaupun semua orang pun bleh masak...Ahakss..

Bahan-bahan :

Daging lembu 
4 bawang merah - dihiris
4 bawang putih - dihiris
3cm halia - dihiris
1 bawang besar- dipotong bulat-bulat
1 sudu makan serbuk kari
sedikit air asam jawa
1/2 cawan kicap pekat
1 sb makan cuka
1 sk tomato puree

Cara :

Hiris daging agak-agak boleh telan la yer..ahakss..basuh dan toskan
Gaul daging dengan serbuk kari, asam jawa, garam, cuka dan tomato puree dan perap seketika
Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang dihiris sehingga kekuningan
Masukkan daging dan gaul. Masukkan kicap dan sedikit air. Kalau nk berkuah masukkan air lebih yer..
Kacau rata sehingga mendidih dan daging empuk. Kemudian masukkan hirisan bawang besar. 
Gaul seketika. Angkat dan boleh dihidangkan..



Thursday, 19 April 2012

Daging Kicap Lada Hitam


Dinner malam ni masak ringkas-ringkas camni jer..
Dah xsempat nk masak santan bagai..
Malam ni xnk bebel panjang-panjang sebab mata bukan main lagi mengada nya..
Ngantok sesangat2 dh..
Bukan sebab malam ni malam jumaat k...ahaksss...
menjadi-jadi lak yer aku ni...
K la resepi di bawah yer..

Sumber : Chef Hanieliza

Bahan-bahan 
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [mayangkan/hiriskan] 
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar


Cara membuat 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu. 
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Wednesday, 18 April 2012

Ayam Sos Tiram Halia


Salam semua..
Sejak beberapa hari lepas dok mengidam nk makan ayam mcm ni bila dok tengok2 kt dapur K.Raidah..
Nk wat semalam ayam xde dlm icebox..
Yg adanya semalam ikan cencaru tu jer la tergolek sekor..
Macam K.Raidah wat tu berkuah ckit..
Aku wat ni aku goreng dulu ayam ni..
Maaf yer akak sy derhaka ckit jer..bak kata CMG..
K moh ler nengok resepinya yer..





Sumber : Resepi Raidah


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ potong kecil
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 biji bawang merah ~ ditumbuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris
4 biji cili api ~ belah 2 
1 batang karot ~ dihiris
2 sudu mkn sos tiram
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak goreng ayam sehingga garing. Kemudian tumiskan bahan tumbuk, halia sehingga garing.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan air, biar sehingga ayam masak. Tambahkan garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan pula karot dan hirisan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat.
4. Hidang dgn ditaburkan dgn hirisan daun bawang.







Tuesday, 17 April 2012

Ikan Cencaru Masak Sambal


Ikan cencaru ni biasanya orang sumbat belah belakang..
tapi kali ni aku masak sambal plk...
Sebenarnya xtau nk masak cmne...
En Hubby lak nk yg ada kuah ckit...
So apa lagi, jadi la cmni...
Kalau kt klate ikan ni di panggil ikan keronge...
Betul ke tidak aku eja pun xtau la..
Tapi sebut nya cmtu la yer...ahakss
K la malas nk tulis panjang2..
Tengok jer resepi kt bawah...

Bahan-bahan :-

1 ekor ikan cencaru
Cili kisar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
asam keping
sedikit garam & bahan perasa

Cara-caranya :-

1. Ikan dibersihkan. Kemudian digaul dengan garam dan kunyit..
2. Goreng ikan sehingga garing
3. Tumbuk bahan-bahan diatas..
4. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk sehingga kekuningan
5. Masukkan asam keping, garam, serbuk perasa dan  gula jika suka.
6. Tutupkan api dan curahkan ke atas ikan tadi...




Sunday, 15 April 2012

Ayam Masak Asam Pedas


Resepi mudah untuk lunch hari ni yer...
Cuba resepi K.wana Potret Kasih plak...
Memang sangat sedap...
Sampai licin hirup kuah ni..
Tapi ni aku wat separuh jer...
Sekor ayam sapa lak nk hbiskan nanti...



Sumber : K.Wana Potret Kasih


1/2 ekor ayam  ( dipotong dan di bersihkan)
2 biji bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih ( dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
3/4  inci kunyit (dikisar)
2 batang serai  (dikisar)
2 kuntum bunga kantan
15- 20 biji cili kering ( direndam dan di kisar)
2 biji tomato( di kisar)
3-4 keping asam gelugur ( atau 1 cawan air asam jawa)
daun kesum
garam, gula, sedikit perasa
minyak untuk menumis
Cara Penyediaan
1. Tumis bahan kisar ( kecuali tomato kisar) hingga kering air dan wangi.
2. Kemudian masukkan ayamMasak seketika hingga ayam kecut dam mengeluarkan air.
3. Masukkan tomato kisar dan sedikit air ( terpulang pada anda untuk kuah banyak mana yg anda mahu).
4. Masukkan asam gelugur atau asam jawa dan renehkan dengan api sederhana sehingga ayam empuk.
5. Sesuaikan rasa taburkan daun kesum dan tutup api.

Saturday, 14 April 2012

Nasi Goreng Pattaya


Disebabkan nasi semalam ada lagi..
pagi ni aku bikin nasi goreng..
Teringin nk mencuba wat Nasi Goreng Pattaya...
Tp menyampahnya la...
Failed betul bab balut nasi ngn telur ni..
Tensionn...
Sememeh je nampak..
Tapi noseng goreng tu sedap la..
Lupa lak nak snap pic nasi yg kat dlm tu...
K la malas nk tengok pic ni...
Sakit hati jer nengok nya..
K la resepi nasi goreng kat bawah ni yer..

Bahan-bahan :-

2 cawan nasi
1/2 cawan kacang peas
1 keping dada ayam - potong kecik2
2 cili padi 
2 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 s/b sos tomato
2 s/b sos ikan
garam dan gula secukup rasa
2 biji telur - dipukul utk wat telur dadar

1) Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumis sehingga wangi dan kekuningan...(jangan smpai hangit lak yer)..
2) Masukkan ayam, kacang peas dan cili.
3) Masukkan nasi, sos tomato, sos ikan dan cili padi. Kacau biar semua sekata. Dah masak angkat la yer..
4) Kemudian dalam kuali lain. Pecahkan telur untuk membuat telur dadar. Letakkan semangkuk nasi goreng pastu balut la dia bentuk 4segi.....Tapi aku punya tu sememeh jer...


Wednesday, 11 April 2012

Tongseng Tempe


Resepi ni aku ambk kt dapur Ummi Kuantan...
Tapi Ummi wat campur ngn udang..
Udang plak xde stok dalam icebox..
Tapi ada la aku derhaka ckit sebab tambah kicap..
Maaf yer Ummi...Huhuhuhuuh..
Cubalah resepi ni memang sedap...
Sapa yg xsuka tempe tu..
Tak dapat den nak nolong yer...
K la xlarat dh ni ngantuk pun ngantuk dh..
Petang td bwk si kecik ni jalan2 kt Putrajaya..
Pergi umh member papa dia...
Lepak punya lepak tiba2 jer rasa pening semacam..
Rasa semua bergegar...
Rupanya gegaran kat Acheh tu..
1st time aku rasa gempa bumi...
Cepat2 turun bawah & balik terus...
K la banyak plak melalutnya ek...
Kata td ngantuk..Hehehehe..



Bahan:-
  • 200 gm tempe - hiris nipis
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 4 ulas bawang putih - dihiris
  • 9 tangkai cili padi - dihiris
  • sedikit kicap
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 biji tomato - didadu
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing sikit dan masukkan kicap. Angkat dan ketepikan. 
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga kuning dan terbit aroma.
  3. Masukakn tempe dan kacau balik sebentar. (kalau x goreng dulu, masak selama 10 minit)
  4. Masukkan pula gula, garam, tomato serta cili padi. Masak lagi biar tomato hancur.
  5. Akhir sekali masukkan udang dan air asam jawa.
  6. Masak hingga kuahnya kering. Angkat dan hidangkan.

Sunday, 8 April 2012

Sambal Ikan Bilis


Hari ni En Hubby request nak makan sambal ikan bilis...
Memang selalu aku wat sambal ikan bilis ni...
Dia suka sgt makan ngan nasi @ roti wat cam sandwich gitu..
Tapi hari ni aku cuba wat sambal ni ikut resepi MamaFami..
Sajer jer nk cuba kelainan ckit...


Sumber : MamaFami

bahan-bahan:

3 sudu besar pes cili
4 bawang merah ~ ditumbuk
1 bawang putih ~ ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
1 sudu kecil gula
ikan bilis kering
minyak masak

kaedah:

1. Goreng ikan bilis kering dan biarkan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tambah dalam pes cili. Tumis lagi hingga wangi.
3. Tambah dalam bawang merah dan bawang putih dikisar / ditumbuk. Kacau hingga rata.
4. Masukkan jus asam jawa dan sedikit air jika perlu.
5. Tambah garam dan gula.
6. Api dan biarkan ia sejuk sedikit sebelum memasukkannya ke dalam ikan bilisgoreng. Gaul rata.

Nota: Kalau nak lagi pedas boleh tambah lagi...aku pun suka gk pedas2 ni..tp sebab kan menyusu sikecik ni xde la wat pedas sgt..cirit birit lak sikecik tu nanti..




Saturday, 7 April 2012

Asam Pedas Ikan Kembung


Ini adalah salah satu makanan peberet aku...
Dulu slalu gak makan kat luar..
Tapi jarang yang memenuhi taste aku ni...
Jap benda ni xkena, jap benda tu xrasa...
Last2 aku wat sendiri la senang..
Apa yang xkena bleh la aku tambah..
Kalau kat kedai xkan la aku nk g tambah kt dapur diorang lak kan..
Asam Pedas ni sedap di wat ngn ikan yang segar..
Baru rasa dia terangkat...
Tapi kat icebox aku ni yg ada nya ikan kembung jer...
So aku yg ni aku ambk resepi kt umh Wana Potret kasih..
Rasanya memang sedap..
Kuah nya aku hirup berkali2...



K xnak cakap banyak lgi..
Sila la tgk resepi kat bawah ni yer..
K.wana sy mintak copy kat sini yer..

Sumber : Wana Potret Kasih

Bahan-bahannya
3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.
Cara membuatnya
1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
2. Masukkan buah tomato  kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
5. Kacau seketika dan angkat.


Thursday, 5 April 2012

Cendawan Goreng


Nampak sedap jer kan cendawan goreng ni kan...
Perasan lak aku ni...
Yer la kalau tak puji diri sendiri, sapa lagi nk puji..ahaksss..
Sapa yang xmakan cendawan memang rugi betulll...
Makan camtu jer pun best...
Xsedar pun dh hbis sepinggan...
Kena plak bila goreng, rangup dan sedap cam resepi yang aku ambk kt Blog Resepi ni..
Memang puas ati la...bleh wat lainx..dan lainx lgi...sedapppp...
Tima kasih Ijan utk resepi ni yer..
Mintak copy kt sini plk yer..
Jom kita tengok resepi kat bawah..



Sumber :  Ijan Blog Resepi

  • 1 liter cendawan
  • 2 ulas bawang putih-didadu
  • 2 ulas bawang merah-didadu
  • 3 biji telur
  • sedikit lada sulah
  • sedikit lada hitam
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk bawang putih-optional
  1. Bersihkan cendawan dan toskan hingga kering.
  2. Kacau telur bersama lada sulah, lada hitam, serbuk bawang putih dan garam di dalam mangkuk.
  3. Tumis bawang dengan sedikit minyak hingga layu.
  4. Masukkan cendawan dan goreng hingga airnya kering.
  5. Masukkan pula telur yg dikacau tadi. Goreng hingga masak.