KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday, 4 November 2012

Siakap Kukus


Bestnya bila hari minggu kan..Sedap dok guling2 kat umah tambah2 hujan..
Tapi pagi ni mintk En Hubby drop kt spa jap..dah lama x memanjakan diri nih..
Nasib baik En Hubby ckp nk jaga Rusydi..bleh la mama dia berjimba di spa..kihkihkih..
Balik umah dh lapar perut..Konon mood nk diet kita masak siakap kukus...


Sumber : K.Wana Potret Kasih & Dapur Kak Dayangjack


  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya) - adda tukar ke lemon 1 biji
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar

  • Cara-cara
    1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
    2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
    3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
    4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
    5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
    6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.




    Lepas tu nk tayang pic berjimba di spa td..kihkihkih..

    rendam kaki dalam air garam dulu..


    tambah garam jgn x tambah..saper xcukup stok garam kt umh bleh ambk..kihkih
    pastu jom massage plk..smpai tertido2 aku di watnya...
    last skali sauna..yg ni la paling xtahan..20min lama weii..10min pun aku xtahan...azab...




    4 comments:

    1. wahhh boleh tumpang mkn kt sini nie:) dappp

      ReplyDelete
      Replies
      1. alamakkkk dh tggl kepala jer...khikihkih...

        Delete
    2. kalau siakap kukus... sirip2nya sekali kita isap2...

      ReplyDelete
      Replies
      1. hahahha...tu namanya baru berbaloi2 masak..hihihi

        Delete