KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 5 November 2012

Ikan Bawal Goreng Bercili



Dah siap dinner ke kekawan semua...hihihi..
Aku ni dh mula nk wat aksi golek2 la ni kalau dh kenyang sangat...
Balik keja tdi hujan kemain lebat...
Rasanya bila petang hujan jer..tapi xper la segar ckit segala tumbuhan atas muka bumi nih...
Balik jer terus ambik periuk belanga masak la apalagi..
Goreng jer bawal bercili cmni senang jer..
Ikut resepi Kak Wana Potret Kasih...
Tapi Kak Wana guna siakap..aku guna bawal dh la..
Malas la nk mencari siakap bagai..Guna bawal pun sedap okeyyy...
Layan jer resepi kat bawah..Kak Wana sy copy resepi kt sini yer..zassss

Sumber : Kak Wana Potret Kasih


1 ekor ikan siakap
2- 3 sudu tepung jagung
sedikit garam, gula
3 sudu sos tomato/sos cili

Bahan kisar - tp aku tumbuk jer...
6-12 biji cili kering ( potong2 dan rendam ) – ikut kepedasan yang diingini
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia

Cara penyediaan
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam kemudian lumurkan pula dengan tepung jagung.
2. Goreng ikan tadi kedalam minyak penuh hingga masak dan sedikit garing.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Untuk sosnya, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan sos cili/tomato dan sedikit air…
6. Sesuaikan rasanya bolehlah ditutup api.
7. Tuangkan kuah keatas ikan yang telah dihidang dalam pinggan….

2 comments:

  1. sedap .. menu simple aje ..
    akak suke buat
    tapi bukan ngan ikan bawal .. sbb bawal payah nak dpt huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple jer k.ieda...mene advance2 adda lak xreti..hihiih...yeker..adda plk ikan bawal ni kt kedai runcit depan umh ni pun ada..hihih

      Delete