KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 3 October 2012

Udang Masak Lemak



Sapa yg alergik tu telan air liur jer la yer tgk udang tuh..kihkihkih..
Puas ati aku ngn En Hubby meratah udang malam nih...
Sedap weii....
Udang ni mmg peberet En Hubby la..
Kalau setakat 4-5 ekor tu dia sorg jer la...
Taknak cakap byk..nk g ronda2 umah org lak..
Layan jer la resepi simple aku kt bawah..


Bahan-bahan:

beberapa ekor udang dibersihkan 
5 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 inci kunyit ~ kisar
1 inci halia ~ kisar
5 cili padi ~ kisar
santan secukupnya
1 keping asam keping
serai ~ diketuk

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau hingga wangi. Tambahkan  serai.
2. Kacau seketika kemudian tuangkan santan dan kacau lagi.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan udang. Biarkan selama beberapa minit sebelum menambah asam keping dan garam secukup rasa. Angkat dan hidang.

4 comments:

  1. jarang masak udang ni...selalu masak ngan mee aje.tapi kalau nak hulur boleh aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihkih..nk hulur cmne..yg tinggal mangkuk jer..

      Delete
  2. gebunyer udang tu.. peberet tu...nyam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat umah ni pun udang ni mmg peberet laki bini la...

      Delete