Ni kek aku wat masa raya 2-3ari lepas...
Sajer nk cuba wat kek nih..
Ni kira pestime wat kek gula hangus nih...
Yes yes yes akhirnya jadi gk..
Aku ni kalau dh masuk dlm oven jer mula la gelabah..
Dok fikir2 jadi x kek aku nih..
Risau cm nk bersalin okey...
Ni aku cuba guna resepi Mak Lang..
Manis pun kurang..okey2 jer la...
Laki aku klu kek manis2 nih mula la berbunyi mulut dia..
Yang ni berketul2 la gk dia makan...
Sumber : Dapur Mak Lang & Pn Halimah
Bhn :
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
Bila gula dah agak cair masukkan air panas
(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung
gandum
2 sd kecil soda
bikarbonat
1 sd kecil esen
vanila
Pukul telor sampai
kembang & pekat.
Masukkan susu
pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung
& soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuangkan esen
vanila last sekali masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini
selama 3 hingga 4 jam (Bertutup - untuk dapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60
mnt suhu oven 160 api bawah sahaja.
Balance terakhir
11 minit tu pulak api atas & bawah.