KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 19 June 2012

Daging Masak Lemak Cili Api


Assalamualaikum semua...
Cuaca membimbangkan betul sekarang..
Tebal betul sekarang yer..
Nak bawak si kecik tu kuar jalan2 pun takut..
Balik semalam igtkan malas nk masak..
Tengok2 sepupu En Hubby dtg umh dan tido situ..
So kena la jgk masak..
Bila selalu dok dapur ni kdg2 blur gk taktau nk masak ape..
Resepi dlm list bukan main panjang lagi beratur..
Tapi kena ada mood baru best..
Jadi layan la lauk semalam ambk dr 
Lawan plk ngn ikan masin dan sambal daging goreng yang mak sedara En Hubby kirimkan..

Bahan-bahannya:
Ayam
Santan
15 Cili Padi – blend
2cm Kunyit hidup – blend
1 helai Daun kunyit
2btg Serai-diketuk
2 biji Ubi kentang 
Asam keping
Garam

Cara memasak:
Masakkan ayam dan cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan . Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.
Bila  santan dah mendidih masukkan asam keping, ubi kentang, santan pekat, serai dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap.

4 comments:

  1. salam..rasa lapar lak tengok masak lemak cili api nih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..jemput2 ambk nasi tu ek..jgn malu2...Ahakss

      Delete
  2. kalau la cheq sue pi umah adda, xleh makan dah masakan ni, sampai 15 biji cili padi... alamatnya tengok aje laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq su tak makan pedas ker? Cili padi yang kita guna no xpedas sgt la..letak 10 xpedas..tmbh lgi 5..kalau En Hubby kita cili ni dia gigit wat ulam..menyeramkan betul...

      Delete